Nuffnang

Jumaat, 6 Disember 2013

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


gambar ekslusif! sambutan hari lahir <b>mia sara</b> - abgteror hotline news

Posted: 02 Oct 2013 03:43 AM PDT

Post image for GAMBAR EKSLUSIF! SAMBUTAN HARI LAHIR MIA SARA

GAMBAR EKSLUSIF! SAMBUTAN HARI LAHIR MIA SARA | Pelakon cilik Mia Sara Nasuha yang terkenal dengan kepetahannya bercakap dan pandai mengambil hati penonton dengan watak lakonannya yang comel dan bersahaja.

Untuk makluman, pada tanggal 30 September lalu, genaplah umur Mia lapan tahun dan sempena ulangtahun kelahirannya itu, Mia telah disambut meriah oleh kelab peminatnya malam semalam.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan, nampaknya Mia telah menerima kek comel daripada peminat setianya, di mana kek yang direka khas itu diukir seakan-akan gaun patung dan diselitkan dengan replika anak patung Barbie.

Dalam pada itu, menerusi laman sosial pelakon tersebut, Mia turut berkongsi sekeping fotonya sewaktu bayi dan diselitkan dengan ungkapan rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini.

Mia juga difahamkan menerima hadiah istimewa daripada ayah tercinta berupa sebuah basikal berwarna ungu. Apa pun, untuk semua peminat si cilik ini, jom layan beberapa foto comel Mia sekitar sambutan ulangtahun kelahirannya semalam.

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
GAMBAR EKSLUSIF! SAMBUTAN HARI LAHIR MIA SARA, 10.0 out of 10 based on 1 rating Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan