Nuffnang

Khamis, 26 Disember 2013

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


(VIDEO) GARA-GARA LAWAK INI <b>NORA DANISH</b> TERSINGGUNG <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 09:27 PM PST

Pagi tadi ammboi ada post mengenai pelakon dan juga juri Maharaja Lawak Mega, Nora Danish tersinggung dengan 'lawak' Boboi. Kata Nora lawak dari Boboi itu seolah-olah merendahkan fungsi juri program berkenaan.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Nora juga berkata, Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai pengalaman berlawak tetapi dilantik mengadili acara itu.

"Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Jujurnya, saya sayangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah 'otai' dalam industri ini. Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu," ujarnya.

boboi sindir juri maharaja lawak mega 2013

Sementara itu, Afdlin yang dihubungi mStar Online pula berkata, Nora tidak sepatutnya berasa hati dengan persembahan Boboi kerana sindiran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa.

"Menjadi perkara normal dalam bidang lawak apabila seseorang pelawak itu menyindir dalam persembahan mereka. Bagi pelawak, mereka faham dengan situasi tersebut. Kenapa mereka (juri) tidak anggap persembahan itu hanyalah komedi semata-mata?" soalnya.

Selain Nora Danish, juri tetap program itu ialah Datuk Yusof Haslam, Luna Maya (Indonesia) dan Syed Haikal (Singapore).

Jom lihat video lawak dari Boboi yang telah mengguris hati Nora Danish itu dibawah:

Maharaja Lawak Mega 2013 – Minggu 5 – Persembahan Boboi

p/s: agak-agak kasar ke lawak Boboi ni?

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan