Nuffnang

Selasa, 3 Disember 2013

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> Tidak Kisah Dilabel Gemuk? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 02 Dec 2013 04:00 PM PST

Tiz Zaqyah Tidak Kisah Dilabel Gemuk?

Sejak kebelakangan ini pelakon yang kerap kali membawakan watak wanita bertudung, Tiz Zaqyah dilihat telah mengalami pertambahan berat badan.

Malah pada majlis Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung baru-baru ini, Tiz telah menerima pelbagai respon daripada peminat yang melabelnya gemuk.

Bagaimanapun, Tiz yang ditemui sewaktu majlis pelancaran kempen May Cares For You 2 pada Jumaat lalu mengakui berat badannya bertambah namun dia tidak kisah dengan perubahan itu.

Tiz Zaqyah Tidak Kisah Dilabel Gemuk?

Biarpun pernah diminta untuk mengurangkan berat badan oleh produser dan ibunya, Tiz masih belum mengambil sebarang inisiatif untuk berbuat demikian.

Kalau nak diikutkan memang tertekan bila ramai yang menegur saya gemuk walaupun berat badan saya cuma naik sedikit sahaja. Kalau kita terlampau fikirkan benda macam ni, kusut juga kepala.

Tapi saya nak sampaikan pesanan, dalam kes macam ni keyakinan tu paling penting. Jadi saya rasa lebih elok saya bersyukur dan rasa bangga dengan keadaan saya sekarang.

Menurut Tiz lagi, dia langsung tidak memaksa dirinya untuk mengawal pengambilan makanan supaya menjadi lebih kurus.

Dalam perkembangan lain, Tiz dijangka akan memulakan penggambaran bersama Aaron Aziz dan seorang pelakon dari Filipina untuk sebuah drama berjudul Chef pada bulan Disember ini hingga Mac tahun hadapan.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto terbaru Tiz sewaktu menghadiri majlis pelancaran May Cares For You 2 baru-baru ini. Adakah anda rasa Tiz terlampau gemuk atau biasa-biasa sahaja?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan