Nuffnang

Selasa, 21 Januari 2014

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Jodoh Yang Dinanti - <b>Alyah</b> | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 04 Dec 2013 04:00 PM PST

Jodoh Yang Dinanti   Alyah

Melihat pada tajuk diatas, mungkin ada diantara anda yang terkejut dan tertanya-tanya adakah Alyah sudah bertemu dengan jodoh pilihannya, kan?

Mana taknya, tak ada ribut tak ada angin, Alyah yang kini sedikit tenggelam dalam industri hiburan tempatan tiba-tiba bangkit membicarakan tentang soal jodoh.

Penyanyi  yang pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muzik, Ramli M.S kini tampil bersikap terbuka apabila membincangkan soal jodohnya.

Bagaimana pun, itu hanyalah sebahagian daripada topik hangat yang bakal dibicarakan oleh Alyah dalam majalah Pesona Pengantin untuk edisi Januari 2014.

Jodoh Yang Dinanti   Alyah

Busana berperincian mewah serlahkan kejelitaan Alyah

Menerusi laman Instagram-nya, Alyah telah memuatnaik beberapa keping foto sewaktu sesi photoshoot bersama majalah Pengantin. Apa yang pasti, kejelitaan penyanyi ini terserlah tatkala menggayakan busana putih berperincian mewah.

Jika diamati setiap foto yang dikongsi, Alyah kelihatan sangat menawan dengan busana pengantin yang digayakan walaupun wajahnya hanya dicalit dengan solekan yang tipis. Penyanyi ini turut menggayakan beberapa aksesori tambahan seperti gelang dan rantai yang kami kira sangat sesuai dan padan pada Alyah.

Sebagaimana anda semua tahu, perkahwinan yang sempurna merupakan idaman bagi setiap uda dan dara. Jadi, untuk edisi kali ini, majalah ini akan mengupas isu-isu menarik bagi si dia yang bakal menempuhi alam perkahwinan.

Apa-apa pun, mari layan foto-foto jelita Alyah selepas ini.

Sumber : Instagram Alyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan