Nuffnang

Rabu, 15 Januari 2014

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Buah Hati <b>Erry Putra</b> Tidak Melecehkan - Gua.com.my

Posted: 12 Jan 2014 04:00 PM PST

Dalam diam, aktor yang sinonim dengan watak antagonis, Erry Putra sedang menyulam cinta dengan seorang gadis misteri. Ditemui selepas majlis pelancaran majalah gaya hidup digital, Yours, dia memberitahu GUA perancangannya untuk mengikat tali pernikahan Disember nanti.

"Erry mengenali dia melalui laman Instagram kira-kira tujuh bulan lepas. Dia rajin berinteraksi dengan saya di sana dan saya pun rajin melayannya. Saya tak mahu dedahkan siapa dia sebab saya mahu ia menjadi satu kejutan. Mulanya dia macam jual mahal sikit tapi sebenarnya bila dia sombong, lagi saya suka mengurat sebab saya memang suka cabaran," katanya berseloroh.

         

Ujar Erry lagi, wanita misteri ini seorang yang ringkas dan tidak 'melecehkan'; menjadikan dia calon teman hidup terbaik untuknya yang sering dihimpit kesibukan kerja.

"Ini adalah sebahagian dari resolusi tahun baru yang ingin saya capai, selain dari mahu mempelbagaikan watak yang saya lakonkan di kaca televisyen. Kalau sebelum ini saya sinonim dengan watak jahat, saya juga mahu cuba watak yang mencabar kemampuan fizikal dan mental saya seperti watak orang kurang upaya, 'psychopath' dan mungkin juga watak-watak gangster."

                          

Tambahnya, dia merasakan dirinya tidak sesuai untuk membawa watak 'control macho' yang sinonim dengan karakter hero dalam mana-mana drama sebab risau lakonannya akan menjadi kaku. "Saya seorang yang gila-gila. Jadi, kalau saya kena lakonkan watak hero, watak itu akhirnya akan jadi seorang yang skema!"

Dalam perkembangan lain, Erry yang baru-baru ini memperkenalkan single terbarunya berjudul "Macam Cantik Macam Comel", meluahkan rasa gembira apabila lagu ciptaan sepenuhnya itu mula mendapat tempat di hati peminat dan semakin rancak memanjat carta muzik tempatan.

         

"Pada mulanya, saya rakamkan lagu tersebut untuk suka-suka sahaja. Bila saya muatnaik lagu ini ke YouTube, tak sangka ia telah menerima lebih dari 50,000 tontonan dalam masa tiga hari, malah menjangkau 100,000 tontonan dalam seminggu.

"Saya kira mungkin muzik dan liriknya yang 'catchy' dan ringan membuatkan peminat suka mendengar lagu ini. Selepas itu, barulah saya ajak Zul 2By2 dan Zimi Sofazr untuk membantu saya merakamkan lagu ini dengan sempurna."

                          

Diterbitkan oleh Zul 2By2 dengan susunan dari Zimi Sofazr, lagu "Macam Cantik Macam Comel" adalah salah satu dari 12 lagu yang dimuatkan dalam album penuh Erry edaran Rusa Records. Katanya, lagu-lagu yang disenaraikan merupakan kompilasi lagu-lagu nyanyiannya yang banyak kali menghiasi siri drama yang pernah dibintanginya. Buat masa ini, album tersebut akan dijual secara langsung kepada peminat setiap kali dia terlibat dengan sebarang persembahan pentas.

Bercerita tentang drama terbaru yang bakal ditayangkan tahun ini, Erry memberitahu dia kini dalam proses penggambaran untuk siri terbaru dalam slot Azalea berjudul 'Janji Jaslina'. Manakala untuk slot Samarinda, dia bakal membintangi 'Feloni Sebuah Cinta'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan