Nuffnang

Ahad, 5 Januari 2014

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


Saya Sedang Bercinta - <b>Maya Karin</b> | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 29 Oct 2013 06:47 PM PDT

Saya Sedang Bercinta   Maya Karin

"Gosip yang diperkatakan itu benar, saya sedang bercinta dengan seseorang."

Mungkin kerana sudah penat dengan pelbagai gosip dan khabar angin yang diterima, Maya Karin akhirnya mengakui dia sedang bercinta dengan seseorang kepada akhbar Kosmo! hari ini.

Bagaimana pun, pelakon jelita ini masih tetap merahsiakan identiti jejaka bertuah tersebut.

"Bukan saya tidak mahu berkongsi dengan peminat, tetapi buat masa ini saya tidak dapat memberitahu dengan siapa saya bercinta."

Saya Sedang Bercinta   Maya Karin

Maya Karin pernah digosipkan bercinta dengan Remy Ishak

Menjawab pada gosip mengatakan dia seorang yang memilih pasangannya, Maya menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang yang memilih dan mengakui dia juga mengidamkan lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman.

"Saya jenis tidak memilih tetapi saya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman tersendiri seperti wanita yang lain.

"Namun ciri-ciri tersebut tidak mempunyai bangsa yang khusus serta saya juga tidak mengambil kira warganegara sesorang itu sebelum menjalinkan hubungan kerana saya seorang yang terbuka."

Sehingga kini, masih belum ada foto Maya Karin bersama jejaka yang dikatakan. Tak diakui diakui, Maya Karin memang seorang yang pandai berahsia. Apa pun, semoga berbahagia buat Maya Karin.

<b>Maya Karin</b> Promosi Lagu Di Radio Switzerland | ROTIKAYA

Posted: 04 Dec 2013 09:01 AM PST

Baru baru ini, Maya Karin telah diundang sebagai tetamu istimewa untuk sebuah program radio di Switzerland dan pelakon juga penyanyi ini sempat melontarkan suara beliau membawakan lagu Bintang Syurga untuk para pendengar di sana.

"Program yang disiarkan di Radio Television Suisse itu dikendalikan penyanyi terkenal di sana, Bastian Barker — selain ditemubual, Maya juga berpadu suara dengan Barker untuk beberapa lagu termasuk Bintang Syurga," ujar Pegawai Promosi & Pemasaran Warner Music Malaysia.

"Selain itu, Maya Karin turut mengadakan mini persembahan di Radio Television Suisse yang disaksikan oleh kira-kira 200 penonton," tambahnya lagi.

Dalam kenyataan yang sama hari ini, Maya Karin khabarnya telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton di Switzerland dan mereka menyukai akan alunan suara Maya Karin yang gemersik itu. Mana tahu rezeki boleh bina karier di'sana 'kan? (rtky/m)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan