Nuffnang

Selasa, 28 Januari 2014

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Popular Di France Pula? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 20 Jan 2014 08:58 PM PST

Shila Amzah Popular Di France Pula?

Dalam kesibukannya berhempas pulas menaikkan nama di Shanghai, Shila Amzah kini mengorak langkah dalam meluaskan lagi popularitinya di negara lain iaitu Perancis.

Namun begitu, Shila bukanlah mahu menetap di sana, sebaiknya hanya memenuhi undangan sebuah festival muzik antarabangsa yang diberi nama Marche International du Disque et de I'Edition Musicale (Midem).

Festival yang berlangsung dari 1-4 Februari 2014 di Cannes itu turut menampilkan sebilangan penghibur dari seluruh dunia dan diserikan lagi dengan penyanyi-penyanyi Malaysia termasuklah Shila, Azlan & The Typewriter, Goldkartz dan ThomasJack.

Shila Amzah Popular Di France Pula?

Shila yang ditemui sewaktu majlis ramah mesra bersama Shila Amzah di Petaling Jaya tempoh hari memberitahu akan menyanyikan empat buah lagu antaranya seperti Masih Aku Cinta, Sedar (versi bahasa Inggeris), dan dua buah lagu Inggeris yang masih belum dipastikan tajuknya.

Selain tercalon dalam World Music Awards untuk 5 kategori iaitu World's Best Live Act, World's Best Song, World's Best Video, Best Female Artist dan Best Entertainer of the Year di Amerika Syarikat, nampaknya Shila benar-benar berusaha keras bagi memastikan bakatnya diterima di seluruh dunia bersesuaian dengan gelaran penyanyi bertaraf antarabangsa yang digalas.

Mungkin ini adalah peluang terbaik Shila untuk mengembalikan semula momentum kerjaya seninya selepas dilanda pelbagai kontroversi yang sedikit sebanyak mencalarkan reputasinya sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan