Nuffnang

Khamis, 13 Februari 2014

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> Tak Kisah Digelar &#39;Pembawa Bala&#39; | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2014 04:00 PM PST

Izreen Azminda Tak Kisah Digelar Pembawa Bala

Nama Izreen Azminda kerap meniti dibibir peminat drama tanah air kerana lakonannya yang sering mendapat perhatian dan mampu meninggalkan kesan mendalam terutamanya apabila diberi watak antagonis.

Namun, akhir-akhir ini Izreen dilihat kerap memegang watak  yang memerlukannya bermain dengan air mata seperti drama terbarunya, 7 Suami.

Walaupun masih baru ditayangkan, Izreen dilihat berjaya menghidupkan watak tersebut hingga ada peminat yang menggelarnya 'pembawa bala'.

Izreen Azminda Tak Kisah Digelar Pembawa Bala

Bagi Izreen, dia terima apa jua gelaran yang diberikan kepadanya dan menganggap lakonannya berjaya apabila menerima maklum balas seperti itu.

"Saya tidak kisah bila digelar 'membawa bala' kerana saya merasakan karektor yang dibawa itu berkesan dan ia menunjukkan penonton suka dengan cara saya berlakon.

Sebelum ini pun ramai yang menggelar saya perempuan jahat kerana watak-watak yang saya bawa, tapi bagi saya ia merupakan satu pujian yang menunjukkan lakonan saya dihargai peminat."

Izreen mengakui semenjak dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Seri Angkasa yang lalu, ramai produser filem semakin berani memberi watak yang lebih berat kepadanya.

"Sebenarnya, saya ingin lari dari menggalas watak antagonis kerana takut digelar pelakon stereotype, Alhamdulillah kini Izreen mula diberi kepercayaan untuk melakonkan watak yang memerlukan Izreen bermain dengan air mata."

Walaubagaimanapun, aktres cantik ini mengidamkan karakter tanpa dialog tetapi banyak bermain dengan ekspressi muka kerana menganggap watak sebegitu lebih mencabar.

Dalam perkembangan terbaru, Izreen bakal muncul dengan dua telemovie baru yang berjudul 'Perjalanan' dan 'Hanya Diatas Kertas'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan