Nuffnang

Rabu, 19 Februari 2014

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> Nafi Dakwaan Jadi Anak Emas Osman Ali | ROTIKAYA

Posted: 17 Feb 2014 05:59 AM PST

Muncul dalam empat filem arahan pengarah popular, Osman Ali nampaknya memberi kesan kepada persepsi para peminat akan status seseorang pelakon itu dan Maya Karin tidak terlepas di'panggil anak emas pengarah itu.

Selepas Anak Halal, Cun dan Ombak Rindu, Maya Karin sekali lagi terpilih untuk menjadi teraju utama dalam filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Sejoli yang akan ke pawagam 20 Februari di pawagam berdekatan anda (bukan iklan berbayar).

Maya Karin berkata kepada Sinar Harian hari ini tiada istilah anak emas sepanjang kerjaya beliau kerana keputusan untuk berlakon di bawah Osman Ali adalah kerana selesa berbuat demikian.

BACA: Maya Karin Kecewa Banyak Filem Lakonan Belum Tayang

"Secara jujurnya saya tidak kisah untuk bekerjasama dengan sesiapa pun dan tidak ada istilah lebih istimewa daripada yang lain ketika bekerja," ujar beliau.

Maya Karin yang ditemui media pada tayangan perdana filem Sejoli juga berkata yang beliau tidak menyasarkan untuk berkahwin tahun ini walaupun mengakui sedang bercinta dengan seorang jejaka mat saleh.

"Sebab tahun ini fokus saya untuk kerjaya seni dan tengoklah tahun depan ke atau tahun seterusnya (ketawa). Lagipun saya tidak letak sebarang sasaran bila untuk berkahwin selepas saya sedar dalam hidup ini bukan semua kita boleh rancang.

"Jadi biarlah masa yang menentukannya," tambah Maya Karin. (rtky/eka)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan