Nuffnang

Isnin, 17 Februari 2014

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Malu Bicara Soal Cinta | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 16 Feb 2014 04:00 PM PST

Remy Ishak Malu Bicara Soal Cinta

Seperti yang umum ketahui, Remy Ishak kini sedang hangat digosipkan menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis cantik yang juga anak pelakon Wan Hanafi Su bernama Budi Citawan.

Khabarnya Remy dan Budi sudah berkenalan sejak setahun yang lalu namun pelakon itu sendiri pernah menafikan bahawa mereka sedang bercinta.

Malah Remy yang ditemui sewaktu majlis pra-tonton filem Sejoli: Misi Cantas Cinta di Mutiara Damansara tempoh hari mengakui tiada perkembangan mengenai hubungan mereka berdua.

Tiada perkembangan mengenai hubungan saya dan Budi. Saya sibuk bekerja dan tak terfikir lagi untuk ke arah seterusnya.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai tahap keseriusan hubungan tersebut, Remy ternyata masih belum bersedia untuk berkongsi dengan khalayak ramai.

Remy Ishak Malu Bicara Soal Cinta

Saya sebenarnya malu nak bercakap soal cinta. Bukan takut, cuma bagi saya ini sifat orang Melayu. Kita belum ada apa-apa, adalah lebih baik untuk tidak berkongsi dulu. Saya tak selesa nak bercerita soal perhubungan dengan khalayak, mungkin sebab saya lelaki. Rasa macam pelik pula.

Beralih kepada watak yang dibawakannya di dalam Sejoli pula, Remy memberitahu dia tidak berdepan dengan cabaran hebat memandangkan ianya sebuah filem santai.

Watak Hardy ringan sahaja, saya terima watak ini pun kerana dah lama sangat kerja keras dan tertekan dengan projek-projek yang lain. Jadi bila Osman Ali tawarkan watak yang lebih santai, saya fikir apa salahnya untuk mencuba.

Di dalam filem ini, Remy berlakon sebagai seoarang anak orang kaya yang memutuskan hubungan dengan tunangnya dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan perempuan lain.

Untuk pengetahuan anda, Sejoli yang turut dibintangi oleh Maya Karin, Bront Palarae dan Izara Aishah ini akan ditayangkan di pawagam berdekatan mulai 20 Februari 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan