Nuffnang

Rabu, 12 Mac 2014

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>farid kamil</b> menjalani latihan utk? di mana? - Bersama Mazidul

Posted: 17 Jan 2014 12:55 AM PST

Berikut petikan artikel Utusan Malaysia.
Hebat sungguh pelakon masa kini. 
Farid Kamil Zahari, 33 tahun, sanggup menyertai latihan Unit Tindakan Khas, UTK, bertujuan mencergaskan badan.
"Saya sudah seminggu MENYERTAI sesi latihan pengambilan anggota baru UTK di Maktab Teknik PDRM di Muar, Johor. Sesi latihan itu disertai hampir 20 pelatih termasuk saya," kata Farid dipetik daripada laporan Utusan Malaysia.
Barangkali kini Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM telah mengambil pendekatan baharu, mendedahkan latihan taktikal UTK kepada orang awam. Setahu saya, Farid tidak pernah menjadi anggota atau pegawai PDRM.
Berdasarkan laporan Utusan, precedent  telah dibuat. 
Modul SULIT latihan kini dikongsikan bersama individu berstatus awam. Farid mendakwa dilatih menggunakan senjata api. Mesti meletup sana, meletup sini.
Persoalannya, benarkah Farid menjalani latihan UTK di Maktab Teknik PDRM Muar?
Setelah membuat pemeriksaan maklumat, saya bersetuju dengan Zulhazri Abu Bakar, difahamkan, tiada latihan UTK dikendalikan di Maktab Teknik PDRM di Muar.

Mungkin pusat latihan terbaharu UTK, tidak diketahui.

Mungkin.
Latihan UTK setakat ini dikendalikan di Ulu Kinta, Perak dan Bukit Aman, Kuala Lumpur sahaja. Pelatih tidak dibenarkan membawa sebarang alat komunikasi kerana modul latihan diklasifikasikan, SULIT.

Maklumat terkini diperolehi, Farid menjalani latihan ALA UTK untuk program High Profile Policing. Jika benar, tajuk akhbar terbabit agak megelirukan. 
Saya menjangka, dalam tempoh waktu terdekat Unit Media Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini. 

Klik di sini untuk mengetahui tindakan PDRM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan