Nuffnang

Jumaat, 11 April 2014

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


"Kami Masih Lagi Tinggal Sebumbung"- Fiza Elite & <b>Adam AF</b>

Posted: 08 Apr 2014 12:25 AM PDT

"Kami Masih Lagi Tinggal Sebumbung"- Fiza Elite & Adam AF | Kecewa di tohmah dengan keretakan rumahtangga, Adam AF dan isterinya Fiza Elite tampil menjelaskan kepada media yang hubungan dan rumahtangga mereka masih lagi utuh dan baik.
"Kami masih bergelar suami-isteri dan tetap tinggal sebumbung. Bagaimanapun, lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Namun begitu, janganlah membuat sebarang spekulasi bukan-bukan, sebaliknya doakan yang terbaik untuk rumah tangga kami berdua," kata Adam.

Khabar angin pergolakan pasangan ini timbul setelah gambar penyanyi dan pelakon lelaki itu tidak lagi kelihatan di akaun Instagram milik isterinya.

Menjawab perkara itu, Fiza berkata, ia tidak seharusnya dijadikan isu hanya disebabkan gambar Adam tiada di laman sosialnya.


"Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan.

"Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya," tegas bekas anggota kumpulan Elite itu lagi.

sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Adam_Fizanafirumahtanggakinibergolak/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan