Nuffnang

Rabu, 2 April 2014

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


<b>Aizat Amdan</b> Janggal Dilantik Sebagai Duta - Gua.com.my

Posted: 27 Mar 2014 09:00 AM PDT

Pada hujung minggu yang lalu, Aizat Amdan bersama artis-artis di bawah naungan label Kasi Gegar Entertainment (KGE) mengadakan sebuah konsert amal. Konsert yang diberi nama 'Let's Rock Cancer' ini diadakan di Dewan Cancelor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Konsert ini merupakan anjuran Yayasan Kanser Malaysia (YKM) dan kolaborasi bersama KGE. Hasil kutipan tiket konsert tersebut akan disalurkan kepada YKM untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

"Ini merupakan satu perkara yang boleh saya dan artis-artis KGE bantu bagi meringankan beban orang yang memerlukan. Sudah menjadi satu tanggungjawab saya sebagai seorang manusia untuk membantu mereka yang lain. Konsert ini juga merupakan salah satu usaha pihak YKM untuk memberi kesedaran mengenai apa itu penyakit kanser di kalangan orang muda masa kini," ujar pelantun lagu 'Pergi' ini.

Dilantik menjadi duta bagi YKM, Aizat mendedahkan yang dia belum pernah lagi dilantik sebagai duta bagi mana-mana organisasi sebelum ini dan ini merupakan pengalaman pertamanya sebagai seorang duta.

Mengakui dirinya masih belum biasa dalam menggalas tugas sebagai duta, Aizat merasakan apa yang sudah dia lakukan sekarang masih kurang dan dia akan berusaha untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada YKM dan menganggap konsert ini sebagai satu permulaan. Selepas ini, berkemungkinan konsert ini akan menjadi sebuah konsert jelajah yang bakal diadakan di tempat-tempat lain pula, namun semuanya masih dalam perbincangan lagi.

"Ini satu permulaan yang baik. Penonton yang datang memberikan kerjasama yang sangat menggalakkan. Di samping berhibur, mereka juga diberi pendedahan mengenai kesedaran tentang penyakit kanser yang menjadi musuh manusia," ujar Aizat mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan