Nuffnang

Ahad, 20 April 2014

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Tidak Kisah Belanja RM20,000 Shopping Di India

Posted: 11 Apr 2014 02:22 PM PDT

Elfira Loy Tidak Kisah Belanja RM20,000 Shopping Di India

Baru-baru ini ramai yang bengang dengan Elfira Loy apabila didakwa berbelanja secara boros membeli kain yang mencecah harga RM20,000 di India. Iyalah... buat apa beli kain sampai banyak dan mahal macam tu, nak buat apa?

Bagaimanapun, Elfira tetap mempertahankan keputusannya membeli pelbagai jenis kain tersebut dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang berbaloi.


Malah katanya, isu itu tidak sepatuitnya menjadi persoalan kerana dia sendiri mengetahui nilai setiap fabrik yang dijual. 

"Saya pun tidak tahu nak komen apabila ada orang cakap begitu saya kena tipu. Ini kerana nilai RM20,000 bukan kain yang sikit, tetapi saya beli kain sehingga tiga buah beg.

"Jadi saya rasa ianya berbaloi lebih-lebih lagi ia digunakan untuk kerja," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

Tambah Elfira lagi, kebanyakan kain yang dibelinya merupakan fabrik daripada benang sutera. 

"Boleh dikatakan kebanyakan kain semuanya daripada sutera dan bagi saya harga yang ditawarkan kepada saya benar-benar berbaloi," jelasnya.

Difahamkan, nilai harga kain sutera dari India yang dijual di negara ini bagi setiap pasang boleh mencecah dari RM500 sehingga RM10,000 bergantung jenis kain itu sendiri.

Mungkin atas alasan itu, maka Elfira mengambil keputusan untuk memborong seberapa banyak yang boleh. Heh.

Untuk makluman semua, Elfira kini berada di Bali, Indonesia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan