Nuffnang

Rabu, 30 April 2014

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


<b>Fouziah Gous</b> Bersabar Difitnah Dalam Instagram - Webberita

Posted: 23 Apr 2014 09:58 AM PDT

Fouziah Gous Bersabar Difitnah Dalam Instagram

Fouziah Gous Bersabar Difitnah Dalam Instagram - KL : Murai Batu tabik dengan sikap seorang pelakon cantik iaitu Fouziah Gous apabila dirinya telah difitnah secara terbuka oleh seorang peminat di dalam laman Instragram seorang pereka fesyen popular, Ezuwan Ismail baru-baru ini.

Murai Batu rasa pendekatakan yang digunakan oleh Fouziah Gous itu wajar dicontohi oleh ramai artis lain terutama apabila menyentuh isu sensitif atau yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita dan isteri.

Yalah kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh peminat berkenaan di salah satu gambar milik Ezuwan Ismail bersama-sama Fouziah Gous, dia berkata pelakon berkenaan seorang kaki kikis atau gold digger.

Malah apa yang lebih teruk apabila Fouziah Gous turut dikaitkan dengan seorang VVIP untuk terus popular sebagai pelakon.

OMG! Bukan saja Murai Batu, malah sesiapa saja yang membacanya pasti akan naik berang atau kalau tidakpun akan sedih lebih-lebih lagi dimalukan secara terbuka.

Tetapi Murai Batu dapat rasakan Fouziah Gous tetap tenang dan dia menjawab kenyatan oleh peminat berkenaan dengan penuh rendah diri serta yakin kerana dia sedar bahawa dia sebenarnya berada di pihak yang benar.

Fouziah Gous juga meminta pengirim kenyataan berkenaan untuk menujukan bukti sekiranya benar segala perkara yang disebarkannya wanita itu adalah perkara sahih.

Namun apa yang Murai Batu lihat, sebaik saja Foziah Gous meletakkan komen ikhlasnya susulan daripada kenyataan berkenaan, peminat berkenaan terus senyap atau lenyap daripada terus memberikan sebarang komen.

Lebih menggembirakan hati Murai Batu apabila Fouziah Gous telah mendapat banyak maklumbalas positif atau berbentuk sokongan daripada pengikut Ezuwan Ismail yang mahukan dia terus bersabar dan cekal.

Murai Batu dapat rasakan apa yang Fouziah Gous rasakan dan Murai Batu rasa ramai generasi hari ini yang telah menyalah gunakan teknologi terutama laman sosial untuk menghentam seseorang tanpa berfikir sebelum bertindak.

Jika benar Fouziah Gous telah melakukan kesilapan, mengapa tidak peminat berkenaan bertemu pelakon itu sendiri untuk meleraikan kekusutan dan bukannya dengan cara memalukannya di hadapan khalayak seperti ini.

Bayangkan sekiranya perkara yang sama terjadi pada diri sendiri ataupun ahli keluarga kita. Bukankah ianya satu perkara yang amat menyedihkan lagi tidak bertamadun?

Renung-renungkanlah. – Webberita | Terkini via Murai

comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan