Nuffnang

Rabu, 9 April 2014

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


<b>Kumpulan</b> Sokongan, Tabung Dilancar - Wangolds

Posted: 08 Apr 2014 02:55 AM PDT

Yesterday, 12:55 AM

Kumpulan Sokongan, Tabung Dilancar >> wangolds.com
KUALA LUMPUR: Beberapa kumpulan dan syarikat Cina tempatan telah melancarkan 'Kumpulan Sokongan MH370 China-Malaysia' dan 'Tabung Prihatin MH370' bagi membantu keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang.

Pakar pelaburan hartanah Datuk Seri Gavin Tee berkata, timbul persoalan tentang tidak begitu banyak perhatian diberi terhadap keperluan praktikal dan emosional keluarga 50 penumpang dan kru Malaysia dalam penerbangan malang itu.

Beberapa buah syarikat milik Tee berada di belakang kumpulan sokongan dan tabung tersebut.

Dewan Perdagangan Malaysia-China, Persatuan Kebudayaan Cina Malaysia dan M101 Property Tourism, serta iProperty Group menyatakan sokongan terhadap inisiatif itu.

"Dalam pada itu, kesan insiden MH370 terhadap hubungan bilateral Malaysia-China sedang dikaji. "Rancangan dibuat bagi mempastikan kesinambungan hubungan bisnes dan persahabatan antara Malaysia dan China," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini hari ini.

"Selain daripada keluarga penumpang dan kru, pihak lain yang cukup terjejas oleh insiden itu ialah rakyat Cina Malaysia yang merupakan pengendali utama bisnes dan perdagangan di China. "Mereka faham bahasa dan budayanya, oleh itu akan dapat membantu memperbaharui hubungan antara kedua-dua negara," kata beliau.

Tee, pengasas dan presiden SwhengTee International Sdn Bhd akan menganjurkan ceramah mengenai 'Impak MH370 terhadap Pelancongan dan Hartanah di Malaysia' pada 20 April di Auditorium Wisma MCA.

Pesawat MAS MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 kru menuju China, lenyap dari imbasan radar pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi.

Sebanyak 154 penumpang adalah warganegara China. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...index_html

Possibly Related Threads...
Kumpulan Penyiasat Bebas Akan Dilantik - Hishammuddin
Kumpulan Terbaru Peninjau Udara Sertai Sar
Malaysia Hargai Sokongan Serantau - Najib
Artis Halimunan Beri Sokongan
Anjung Tinjau Klia Tidak Sunyi Dengan Sokongan Moral


Forum Jump:

User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

replies: 0 and views: 28

Kumpulan Sokongan, Tabung Dilancar sukawg 83851
Powered By MyBB, © 2002-2014 MyBB Group. RSS Syndication
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on wangolds.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of wangolds.com or it's owner. wangolds does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE
Online Users
There are currently 75 online users.
» 0 Member(s) | 75 Guest(s)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan