Nuffnang

Khamis, 17 April 2014

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


Nubhan Af Bercinta Dengan <b>Siti Nordiana</b> | Sensasi Selebriti

Posted: 14 Apr 2014 10:58 AM PDT

Nubhan Af Bercinta Dengan Siti Nordiana | Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Nubhan dikatakan sedang hangat bercinta dengan rakan artis Siti Nordiana, apabila mereka dilihat telah bercuti bersama-sama di Pulau Perhentian bersama lapan lagi rakan yang lain.

Nubhan yang ditemui baru-baru ini menjelaskan, beliau dan Siti Nordiana tidak lebih daripada seorang sahabat yang boleh berkongsi masalah masing-masing.

"Saya memang rapat dengan Nana dan anggap dia macam sahabat dan kakak saya. Kami berkongsi masalah percintaan, peribadi dan apa-apa sahaja."

Bahkan, Nubhan juga tidak kisah jika beberapa pihak menyebarkan gosip mengenai mereka. Ini kerana, beliau masih tahu batas hubungan bersama wanita anak satu tersebut.

nubhan 2 Nubhan Af Bercinta Dengan Siti Nordiana

"Saya tahu dan saya tidak kisah apa yang orang akan cakap macam-macam pasal hubungan saya dengan Nana. Tapi apa yang penting saya tahu yang saya dan Nana memang rapat sebagai sahabat, tidak lebih daripada itu.

Saya rasa kontroversi perihal hubungan percintaan tidak diperlukan untuk menaikkan nama dan populariti saya. Malah, saya selesa dengan keadaan kini."

Tidak salah untuk anda berdua bercinta. Namun, jika benar niat untuk bersama itu ada, hargailah pasangan anda dengan baik dan jangan mempermainkan hati wanita jika anda belum bersedia untuk memikul tanggungjawab serta memberi komitmen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan