Nuffnang

Jumaat, 4 April 2014

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


<b>Zul Huzaimy</b> Sangkal Cintai Isteri Orang | MyArtis - Mynewshub.my

Posted: 02 Apr 2014 07:28 PM PDT

PETALING JAYA – Pelakon Zul Huzaimy menyangkal laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa teman wanitanya masih bergelar isteri orang.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 36, berkata, dia hairan bagaimanapun gosip berkenaan timbul dan menegaskan gosip berkenaan sama sekali tidak berasas.

"Saya tidak nafikan wanita berkenaan adalah teman wnaita saya tetapi dia bukanlah isteri orang seperti yang didakwa. Ia sama sekali tidak benar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbaharu itu dan menyifatkan ia sebagai perkara remeh.

Jelas pelakon itu lagi, dia juga tidak kisah tentang apa juga pandangan orang lain terhadap kehidupan peribadinya kerana ia tidak memberi kesan kepadanya.

Zul turut memuat naik sekeping gambar bersama seorang wanita dengan panggilan 'sayang' yang didakwa teman wanitanya.

"Biarlah orang hendak kata apa pun kerana saya lebih tahu siapa dia dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara itu," ujarnya.

Bagaimanapun Zul tidak menafikan dia mula bercinta dengan wanita berkenaan sejak setahun lalu namun masih belum terfikir ke arah perkahwinan buat masa ini.

Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin dengan Nor Dalilah Muhammad, 31, pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan bercerai talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.

Dalam perkembangan lain, Zul berkata dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Karambit bersama Eman Manan untuk siaran RTM. – mStar Online

Anda mungkin juga meminati:

<b>Zul Huzaimy</b> bercinta dengan isteri orang? | CERITA KOSONGKU

Posted: 01 Apr 2014 07:03 PM PDT

Zul Huzaimy bercinta dengan isteri orang - Zul Huzaimy pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila secara tiba-tiba menceraikan Nor Dalilah Muhammad, bekas isterinya tiga tahun lepas tanpa memberitahu sebabnya.

Ada spekulasi mengatakan, punca penceraian itu ada kaitan dengan sikap Zul Huzaimy yang tergila-gilakan seorang wanita di laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, spekulasi berkenaan senyap begitu sahaja tanpa pencerahan lanjut. Baru-baru ini portal ohbulan telah menerima dua keping foto pelakon kacak itu bersama seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

Di laman Instagram Zul pula, beliau turut berkongsi foto bersama wanita itu dan secara terang-terangan membahasakan wanita tersebut dengan panggilan sayang.



Menariknya tentang wanita berusia 28 tahun itu yang didakwa berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan pelakon bagi sebuah drama terbitan produksi swasta, dia dikatakan masih berstatus isteri orang. Benarkah dakwaan ini?

Apapun, kita tunggu sahaja penjelasan dari Zul mengenai status sebenar hubungannya dengan wanita yang dibahasakan beliau dengan panggilan sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan