Nuffnang

Jumaat, 23 Mei 2014

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


<b>Bront Palarae</b> Dedah Identiti Isteri | Suarapeople Dot Com

Posted: 20 May 2014 12:22 AM PDT

Walaupun hampir genap setahun mendirikan rumah tangga, sehingga ke hari ini peminat Bront Palarae tidak dapat melihat wajah serta identiti sebenar isteri kepada aktor popular tersebut.

Namun, menerusi akhbar mingguan Bi-Pop semalam, Bront akhirnya akur membuka cerita serba sedikit mengenai permaisuri di hatinya itu.

Isteri Bront yang dikenali sejak 15 tahun lalu bernama Rozi Isma, yang enggan dikenali orang ramai kerana tidak mahu dihujani dengan publisiti.

Menurut Bront, dia mengganggap Rozi sebagai soulmatenya kerana sudah bersusah senang dengan wanita itu sejak dirinya belum menjadi artis lagi.

"Saya dan Rozi sudah kenal hampir 15 tahun sebelum kami berkahwin. Rozi soulmate saya. Rozi kenal saya sebelum saya punya nama lagi, kami melangkah bersama dalam industri hiburan. Susah senang bersama. Rozi pernah bekerja dalam bidang pengiklanan dan saya pula lakonan. Sekarang, kami sama-sama mengusahakan syarikat Pixel Play mengikut kemahiran masing-masing," ulasnya lanjut.

Khabarnya, Bront dan Rozi yang juga bergelar penolong pengarah kini berada di Perancis menghadiri Festival Filem Cannes.

Penulis mencari-cari juga gambar Rozi namun hanya ini yang dijumpai hasil carian google.

Memang hebat betul Bront jaga privasi isterinya ya!

rozi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan