Nuffnang

Selasa, 13 Mei 2014

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


Noh <b>Hujan</b> Dengan <b>Kumpulan</b> Baru? - Siakap Keli

Posted: 10 May 2014 01:03 AM PDT


Vokalis Hujan, Noh Salleh kini tampil dengan kumpulan baru, Da Vagabonds. Bagaimanapun, penyanyi yang turut bergerak solo ini menafikan dia akan meninggalkan Hujan biarpun ada desas-desus yang mendakwa Hujan bakal berpecah.
"Kami sudah 10 tahun bersama, jadi tidak mungkin saya akan tinggalkan Hujan. Walaupun saya kini mempunyai kumpulan lain, tetapi keutamaan masih kepada Hujan. Da Vagabonds merupakan tempat untuk saya mengeksprestasikan muzik," ujar Noh yang tidak bersetuju tindakannya itu akan membuatkan peminat keliru.
Dalam masa yang sama, Noh juga memberitahu dia tidak mahu mempedulikan kata-kata orang, sebaliknya hanya ingin berkarya mengikut kepuasan dirinya.
Da Vagabonds menghasilkan lagu runut bunyi untuk filem CEO yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 12 Jun depan. Dalam sidang media pelancaran runut bunyi berjudul 'Serahkan Segalanya' itu, Noh memberitahu lagu itu pada tahun lalu dan mempunyai melodi yang rancak serta liriknya mudah dihafal. 
Selain Noh, Da Vagabonds terdiri daripada Heri Hamid (gitar utama), Alea Sutan (gitar bass) dan Irfan Iskandar (dram).
Dalam perkembangan lain, Noh bakal tampil dengan single terbaru yang berjudul 'Angin Kencang'. Ia mengisahkan mengenai kerinduan seorang suami kepada isterinya yang diadapatasi dari kisah hidupnya sendiri.
"Lagu itu dihasilkan ketika Mizz Nina sedang sibuk merakamkan lagu bersama Jay Park. Saya dan Nina akan ke Jepun untuk rancangan Romantika selama 3 hari. Dalam masa yang sama akan merakamkan penggambaran lagu 'Angin Kencang' di sana," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan