Nuffnang

Jumaat, 9 Mei 2014

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Awat Pulak <b>Que Haidar</b> Mai Berlakon Balik Pasai Ogy? | iskandarX <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 11:45 PM PDT


Awat Pulak Que Haidar Mai Berlakon Balik Pasai Ogy?


Beberapa tahun lalu, pelakon berbakat besar, Que Haidar pernah memberi tahu pihak media tentang hasratnya untuk berhenti atau bersara dalam bidang lakonan dan sejak itu kelibatnya di kaca TV atau di layar Perak sudah tiada.

Namun baru-baru ini, portal murai.com.my telah dimaklumkan bahawa Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar telah menerima tawaran sebuah produksi untuk berlakon dalam sebuah telemovie tempatan.

Telemovie  di bawah arahan Raja Mukhriz yang bertajuk Malaikat Yang Tersembunyi itu telah menjalani penggambaran selama lapan hari di sekitar ibu negara dan Tanjung Karang, Selangor.

Suami kepada guru tari profesional, Linda Jasmine itu khabarnya telah bersetuju untuk memegang watak penting bersama-sama pelakon berkarektor, Fauziah Dato' Ahmad Daud atau Ogy dan beberapa pelakon hebat lain.

Sumber memberi tahu, penggambaran untuk telemovie berkenaan sudahpun selesai dan Que Haidar telah memegang watak sebagai anak kepada Ogy dan dalam masa yang sama suami kepada pelakon cantik Sherry Merlis.

"Que memegang watak penting iaitu Zhariff iaitu anak kepada Mak Timah lakonan Ogy, di mana Zhariff mempunyai masalah mental sejak dia dilahirkan lagi," kata sumber berkenaan.

Masih belum pasti bilakah Malaikat Yang Tersembunyi akan ditayangkan di kaca TV, sumber itu juga bagaimanapun melihat gabungan pelakon-pelakon hebat berkenaan akan memberi impak tersendiri apabila ianya ditayangkan kelak.

Nampaknya kata-kata Que Haidar sebelum ini bahawa dia bersara daripada berlakon, tidak kekal lama kerana anak seni itu nampaknya amat merindukan dunia lakonan yang sudah menjadi darah-dagingnya selama ini.

Apapun portal murai.com.my mendoakan yang terbaik untuk Que Haidar kerana sesungguhnya industri sangat memerlukan pelakon berbakat besar sepertinya.

Tuesday, April 22, 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan