Nuffnang

Isnin, 2 Jun 2014

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b> Nafi Serang Dan Tampar Kru Produksi | MYNEWSHUB

Posted: 16 May 2014 09:19 PM PDT

ADA cerita yang kurang enak kami dengar mengenai pelakon jelita, Eira Syazira.

Menerusi sebuah akhbar tempatan, seorang kru produksi mendakwa bahawa dia telah ditampar oleh pelakon itu sewaktu penggambaran telefilem Pulanglah Abah, baru-baru ini.

Ia dikatakan berpunca apabila kru tersebut meminta Eira menguatkan suaranya ketika penggambaran kerana tahap audio terlalu rendah di sebuah restoran di Ampang.

Berang dengan teguran itu, pelakon itu kemudiannya menyerang dan menampar muka kru produksi itu.

Bagaimanapun, memetik laporan GUA, Eira menyifatkan perkara itu sebagai mengarut dan menganggap ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkannya.

"Sebenarnya, sewaktu kejadian, saya sudah buat laporan polis. Tapi kini saya buat susulan lanjut untuk laporan tersebut. Sepatutnya, perkara ini boleh diselesaikan, tapi kenapa dia menggunakan media?

"Perkara ini tidak baik untuk saya dan seakan cuba menjatuhkan saya. Jadi, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

"Saya tidak terkilan, tapi saya rasakan perkara ini kelakar. Pihak sana mendakwa saya menampar dan memukul dirinya, sedangkan dia lelaki, saya perempuan. Perkara ini mengarut. Kini, saya harap pihak di sana bersabar dan biar polis yang selesaikan," ujar isteri kepada pelakon Azad Jasmin itu.

Kami setuju dengan kata-kata Eira itu. Tak guna jika saling berbalas-balas di media kerana kebenaran akan diketahui juga nanti.

Sama-sama kita nantikan…

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan