Nuffnang

Sabtu, 28 April 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Foto: <b>Fizo Omar</b> Bercinta Dengan Kakak Anzalna Nasir? | OHBULAN!

Posted: 27 Mar 2012 08:57 PM PDT

Terkejut OHBULAN! bila mendengar khabar angin yang bertiup dari blog-blog hiburan mengatakan bahawa Fizo Omar sedang bercinta dengan kakak salah seorang selebriti jelita Malaysia, Anzalna Nasir.

Apa tidaknya, memang diakui, Fizo Omar jarang dikaitkan dengan gosip-gosip cinta walaupun dia memiliki wajah yang tampan dan badan yang "super-nyumnyum". Namun kali ini, sebuah blog hiburan telah menyiarkan 2 keping gambar dipercayai diambil ketika acara Formula 1 Grand Prix yang berlangsung baru-baru ini di Sepang.

2 keping gambar tersebut menunjukkan Fizo Omar dan kakak Anzalna, Diana Nasir kelihatan ceria dan selesa bergambar bersama. Fizo Omar pula hanya memakai baju 'Superman', biasalah duta produk Superman kan.

Apa yang pasti, jika benar Fizo Omar dan Diana Nasir mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan, maka tak salah jika cerita ini diuar-uarkan. Apa salahnya berkongsi berita baik? Kita nantikan pula jawapan dari Fizo Omar sendiri selepas ini ya!

OHBULAN! : Macam Kim Kardashian pun ada Diana Nasir ni kan?

Sumber : Beautifulnara

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2012 09:22 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2012 09:31 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 09:22 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2011 11:45 PM PDT


Video <b>Erul AF</b> Minggu ke 9- Nadiku (Sabhi Saddi) | nurizspace

Posted: 04 Jun 2011 11:30 PM PDT

Malam tadi merupakan persembahan terakhir buat Erul dengan lagu Nadiku (Sabhi Saddi) . Erul mendapat 21 % undian telah tersingkir smlm. Perserta yg berjaya masuk ke final ialah Lena, Azri, Hazama dan Fina.

Video persembahan Erul minggu ke 9

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.

<b>Erul AF9</b> – Cakap Minat KPOP, Sebut Annyonghaseyo Pun Tak <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2011 08:51 PM PDT

Nak tergelak dan tergolek-golek bila baca komen Abang Nara mengenai si Erul ini di blog BeautifulNara.Haha..Apa tidaknya cuba korang baca komen abang Nara ini:-

Ok Abang Nara tengah bengang tahap gila-gila sekarang ini. Rage tahap gaban. Baru lepas habis tengok konsert Tirai AF9 dan sangat marah dengan si Erul AF9. Selaku seorang yang pernah belajar di Korea, Abang Nara sumpah kecewa apabila si Erul yang mengaku minat K-POP tapi sebut "Annyonghaseyo" pun tak betul langsung. Memang salah 100%.

Dan tambah membengangkan ialah apabila si Erul ini menyanyi lagu Korea untuk persembahannya. Apa kejadahnya? Dah tak ada lagu Melayu ke? Dah la sebutan sepatah haram pun Abang Nara tak faham. Kalau tak reti tak payah la. Buat sakit telinga je. Atau ini cara Erul untuk pancing undi peminat KPOP Malaysia? So cheap kalau betul ini cara pancing undian.

Lain-lain pelajar persembahan ok-ok sahaja. Paling menyerlah sudah tentu Miza. Macam Beyonce. Kepada Erul, tak payah la cakap Korea. Buruk bebenor. Buat malu diri sendiri je.

haha…macam-macam dunia artis ini..biarkanlah itu pendapat Abang Nara,lain pula orang,lain pendapatnya.Mungkin budak itu masih baru dan masih banyak untuk dipelajari.Yang penting kita bagi sokongan kepada mereka.Mungkin hari ini mereka teruk,buat persembahan entah apa-apa,mana tahu selepas dua tiga persembahan mereka boleh menunjukkan performance yang lebih baik dari sekarang ini…Kita tunggu dah lihat…

Apa-apa pun harap si Erul ini lebih banyak berusaha selepas ini setelah membaca komen daripada Abang Nara itu.All De Best…

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Dutch Lady: <b>Faizal Tahir</b> Cipta Lagu Untuk Kontinjen Olimpik <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 08:17 PM PDT

Hari Susu Sedunia akan disambut lebih meriah pada tahun ini! Bagi meraikan sambutan kali ke-5 Hari Susu Sedunia, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) menjemput rakyat Malaysia menyertai usaha mereka dalam mengumpul 10,000 sorakan 'Go Malaysia, Go!' sebagai tanda sokongan kepada kontinjen Malaysia yang akan beraksi semasa sukan Olimpik di London. Usaha ini bertujuan untuk memecah rekod dunia Guinness bagi kategori 'Rakaman Sorakan Paling Banyak Gabungan Berkumpulan'!

Dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif "Drink More, Do More – 2 a Day", kempen mengumpul sorakan yang dilancarkan hari ini menjemput orang ramai untuk mengambil bahagian dengan cara menghantar sorakan menerusi laman Facebook Dutch Lady Malaysia. Kempen selama tiga minggu ini akan berakhir pada 15 Mei di mana acara kemuncaknya akan diumumkan oleh pihak Guinness World Records pada Ahad, 27 Mei bertempat di One Utama. Hari Susu Sedunia diwujudkan khas pada tahun 2001 oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan diraikan di seluruh dunia pada 1 Jun setiap tahun.

Dalam majlis yang sama, penyanyi terkenal Faizal Tahir turut hadir untuk menyampaikan lagu terbaharu ciptaannya yang bertajuk 'Go Malaysia, Go!'. Lagu tersebut akan disampaikan kepada kontinjen Malaysia sebelum mereka berlepas ke London pada Julai depan.

"Saya berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif Hari Susu Sedunia Dutch Lady Malaysia. Ini adalah tahun kedua saya bersama Dutch Lady Malaysia untuk kempen Hari Susu Sedunia. Saya mencipta lirik lagu 'Go Malaysia, Go!' semata-mata untuk kontinjen Olimpik Malaysia dan berharap sumbangan kecil ini akan memainkan peranan besar dalam menaikkan semangat para atlet kita di London," kata Faizal.

Untuk menghantar sorakan 'Go Malaysia, Go!', sila ikuti langkah di laman Facebook Dutch Lady.

- Langkah 1: Rakam sorakan video 'Go Malaysia, Go!' individu anda. Video sepatutnya sepanjang tiga hingga lima saat.
- Langkah 2: Layari laman Facebook Dutch Lady Malaysia – http://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk dan klik pada aplikasi 'Go Malaysia, Go!'
- Langkah 3: Hantar sorakan video 'Go Malaysia, Go!' bersama nama penuh (seperti yang tertera pada kad pengenalan anda/ atau pasport) beserta emel anda. Anda akan menerima emel sekiranya penyertaan anda layak, dan seterusnya akan dimuat naik di laman YouTube.
- Langkah 4: Penyertaan anda telah diterima!

Jadi, apa tunggu lagi? Mari rebut peluang anda sekarang!

Keluarga Tetap No 1 – <b>Faizal Tahir</b> | Sensasi Selebriti

Posted: 24 Apr 2012 06:09 AM PDT

KELUARGA TETAP NO 1 – FAIZAL TAHIR
FAIZAL TAHIR MENITIKBERATKAN SOAL KESIHATAN ORANG TERSAYANG

Sungguhpun berbekalkan jadual yang padat serta masa bekerja yang tidak menentu, Faizal Tahir tetap tidak mengabaikan soal penjagaan gigi yang dikira amat penting dalam kerjayanya sebagai seorang artis.

Masakan tidak, sewaktu sesi penggambaran mahupun sesi bergambar bersama peminat, senyuman yang manis dan menarik pastinya menjadi aset penting dalam menyerlahkan kekuatan gambar tersebut.

02

Meskipun sibuk dengan kerja, selebriti sokongan bagi Kempen Bulan Kesihatan Mulut 2012 ini tetap tidak melupakan keluarga dan anak-anak yang berada di rumah. Bagi beliau, sebagai seorang ayah, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dalam menerapkan penjagaan gigi yang betul datang secara semulajadi. "Sungguhpun saya selalu pulang lewat malam, namun bila berkesempatan saya pasti akan memeriksa gigi mereka sebelum mereka masuk tidur," ujar Faizal.

Faizal menggunakan pendekatan yang lembut dalam soal mengajar anak-anak tentang penjagaan gigi.

"Semua kanak-kanak termasuklah anak-anak saya sukakan makanan yang manis. Namun saya tidak menghalang mereka menikmati makanan tersebut, cuma saya tegaskan bahawa pengambilan makanan-makanan tersebut secara kerap adalah tidak bagus untuk gigi,". Faizal turut mendedahkan bahawa melalui kempen Bulan Kesihatan Mulut tahun ini yang bertemakan 'Misi Kami; Kaviti Sifar' ini, anak-anaknya mendapat pendedahan yang lebih menyeluruh tentang teknik-teknik penjagaan gigi yang betul.

Matlamat kesihatan mulut Organisasi Kesihatan Sedunia iaitu Start Early, Healthy Mouth for a Healthier Life (Mulakan Awal, Mulut Sihat, Hidup Lebih Sihat) turut diselarikan dengan tema kempen yang telah pun memasuki tahun kesembilan ini. "Melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya cuba menyebarkan kepada orang ramai tentang peluang mereka untuk mendapatkan pemeriksaan gigi secara percuma melalui klinik-klinik di bawah naungan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia."

"Saya sedar betapa pentingnya pemeriksaan gigi dalam memastikan mulut saya dalam keadaan yang baik. Sukar untuk saya mencuri masa untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana jadual yang ketat dan kerana itulah saya berada di sini hari ini, bukan sekadar memberi peringatan kepada orang ramai, tetapi juga kepada diri sendiri," kata beliau.

Faizal turut menyuarakan sokongan untuk usaha Colgate yang bekerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan yang bertujuan menekankan pendidikan seawal mungkin bagi penjagaan kesihatan gigi yang tepat dan amalan teknik-teknik penjagaan gigi yang betul.

"Inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Colgate dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) menunjukkan bahawa mereka berusaha keras untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan gigi. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya membabitkan diri dalam program ini kerana melaluinya saya boleh berkongsi pengalaman ini dengan anak-anak."

01

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini
  • Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya
  • Gambar Faizal Tahir Lemas Ketika Shooting Video Klip Sampai Syurga
  • Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya
  • Faizal Tahir Kemalangan di Lebuhraya Penchala Link
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Gambar Faizal Tahir di Sidang Media Mentor 6
  • Intan Ladyana - Google Blog Search

    Intan Ladyana - Google Blog Search


    BUTTON MY BUTTONS: <b>Intan Ladyana</b> in Buttonmybuttons Fancy <b>...</b>

    Posted: 28 Apr 2012 07:43 AM PDT

    in Buttonmybuttons Fancy Baju Kurung Styling
    (For custom order please email to buttonmybuttons@gmail.com) 

    Empayar Pemuda: 18SX : <b>INTAN LADYANA</b> TERTEKAN BILA <b>...</b>

    Posted: 24 Apr 2012 08:58 AM PDT

    Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai gambar lucah Intan Ladyana tersebar di internet sehinggakan Intan sendiri ingin menyaman pihak yang menyebarkan gambar tersebut bagi menjaga nama baiknya. 
    "Walaupun gambar itu bukan saya, tetapi sedikit sebanyak ia memberikan impak juga pada saya. Empat gambar yang tersiar tu, saya akui hanya tiga saja gambar saya dan gambar terakhir yang cukup melampau itu bukan saya dan Kevin. Saya memang berani letakkan tiga gambar tersebut di dalam Friendster, untuk tatapan kenalan. Gambar-gambar 'mesra' yang biasa, tetapi gambar yang melampau itu bukan saya. Saya tidak tahu siapa yang buat dan apa sebenarnya motif mereka buat macam itu. Awal-awal lagi, bila berlakunya perkara itu, saya terus tunjukkan gambar-gambar tersebut pada ibubapa saya. Mereka sendiri memang tidak percaya itu adalah saya sebab memang berbeza orang di dalam gambar itu dengan kami," ujar Intan yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan semalam. – sumber Mstar Online
    Nampaknya Intan di pihak yang benar apabila gambar lucah tersebut sebenarnya adalah gambar orang lain. 
    Anda nilaikan sendiri.. 
    Lagi kontroversi mengenai Intan Ladyana...KLIK SINI

    Yuna - Google Blog Search

    Yuna - Google Blog Search


    <b>Yuna&#39;s</b> US Album Preview | The Wknd - Indie music from Malaysia <b>...</b>

    Posted: 25 Apr 2012 10:10 PM PDT

    Posted on 26 April 2012 by admin,

    We can't deny that Subang Jaya has brewed many musicians and artists, and it's biggest export, Yuna, is one fine example. Having released her first single 'Live Your Life' a couple of months back under US based Fader Label, and her appearance on Conan O'Brien's show, your ears can now take a peek at what her debut album will sound like.

    Though its unfair to judge an album by listening to 58 – 60 seconds of each track, this self titled album seems like a record that you'd wind down / chillax to, we hope she releases remixed versions too (most of the tracks on the album seems like it's setup up for that). Dig this though, mentions on twitter by various US artist (most notably, Tyler the Creator from hip hop collective Odd Future) seems like this record will sink well with the masses.

    There is no official date on a Malaysian release yet, so check her official website for updates.

    Spin it below

    Along Cham - Google Blog Search

    Along Cham - Google Blog Search


    <b>ALONG CHAM</b>, DUTA PERTAMA MODENAS | MummyNemo

    Posted: 22 Mar 2012 04:30 AM PDT

    No of View :387
    Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

    Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Ungkapan ini sesuai ditujukan buat pelawak serta pelakon, Along Cham di mana beliau kini dilantik menjadi duta pertama bagi Modenas. Pengumuman ini dibuat malam tadi ketika majlis kesyukuran filem Adnan Sempit 2 yang berjaya mendapat kutipan sebanyak RM6.8juta.

    "Sejujurnya, saya terperanjat apabila ditawarkan oleh pihak Modenas pada awal tahun ini. Saya klasifikasikan perkara ini sebagai rezeki anak, rezeki dari Allah dan juga rezeki Adnan Sempit. Fenomena Adnan Sempit ini kuat, watak saya, Bobby juga selalu menggunakan motor Modenas, jadi mungkin sebab itu mereka memilih saya sebagai duta mereka," ujar Along ketika ditemui di Kelantan Delights, malam tadi.

    "Ini duta yang pertama saya dan saya memang terperanjat sangat. Bukan senang untuk saya menjadi duta produk. Masa tengok tawaran, alhmadulillah, saya tak fikir panjang kerana ia berbaloi untuk saya terima. InsyaAllah, kontrak saya bersama Modenas selama setahun."

    Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

    Dapatkan info terkini dengan klik link ini

    Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, dia baru saja selesai menjalani penggambaran filem 'Wawa Semput'. Pada 17 April ini, Along akan menjalani pula penggambaran filem Adnan Sempit 3. Hari ini, filem lakonannya bersama Angah Raja Lawak, 'Jidin Sengal' akan mula ditayangkan di pawagam.

    Incoming search terms:

    Farawahida - Google Blog Search

    Farawahida - Google Blog Search


    <b>Farawahida</b> Banyak Belajar Urus Diri Selepas Kontroversi

    Posted: 23 Apr 2012 09:05 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Penyanyi Farawahida mengakui banyak belajar menguruskan kerjaya seninya secara sendirian selepas dilanda kontroversi dengan bekas pengurusnya kira-kira dua tahun lalu.

    Farawahida berkata, dia lebih yakin selepas dapat belajar pelbagai perkara mengenai selok-belok bidang muzik sedirian yang sebelum ini hanya dipandang ringan.

    "Sebelum ini saya hanya saya tahu pergi ke studio, rakamkan lagu dan balik. Selebihnya diserahkan kepada orang lain untuk menguruskannya.

    "Insiden tersebut setidak-tidaknya telah mengajar saya banyak perkara terutamanya dalam mengukuhkan karier seni saya sendiri dan belajar membuat keputusan," katanya ketika ditemui mStar online.

    Farawahida ditemui ketika hadir pada majlis pelancaran Pertandingan Bintang RTM di Angkasapuri di sini, Isnin.

    Tambah penyanyi lagu Tanpamu ini, dia kini lebih selesa bergerak secara solo dalam bidang seni tanpa diuruskan sesiapa dan tidak bercadang untuk bernaung di bawah mana-mana syarikat pengurusan buat masa ini.

    "Biarlah saya berdikari buat ketika ini kerana jika ada apa-apa urusan pihak penganjur atau media boleh berhubung saya terus tanpa perlu melalui pihak pengurusan.

    Dalam pada itu, Farawahida memberitahu dia teruja apabila filem lakonannya berjudul Baik Giler yang telah menjalani penggambaran pada tahun 2010 akhirnya bakal ditayangkan pada bulan Jun depan.

    Filem itu turut menampilkan pelakon seperti Zizan (Raja Lawak), Sharifah Shahira, Awie dan Abon.

    Farawahida berkata, walaupun ada menerima beberapa tawaran berlakon selepas filem itu tetapi dia mengambil keputusan untuk menolaknya kerana ingin menunggu hasil akhir Baik Giler.

    "Saya tidak mahu terlalu yakin dengan bakat lakonan yang ada kerana saya hendak tunggu dulu hasil pertama ini keluar dan tengok bagaimana maklum balas daripada penonton.

    "Jika mereka menyukainya saya akan menerima tawaran lain yang diberikan selepas ini," katanya.

    Sementara itu, Farawahida yang sedang hangat dengan lagu Jangan Tanya Aku Lagi memberitahu masih lagi mempromosikan lagu tersebut dan sedang merancang untuk muncul dengan buah tangan baru.

    Namun dia tidak mahu terburu-buru kerana perlu mencari material dan muzik yang baik supaya dapat diterima oleh peminat.

    "Oleh kerana kos itu nanti akan dikeluarkan sendiri oleh saya jadi perlu lebih berhati-hati dalam memilih lagu kerana banyak faktor yang perlu diambil kira," katanya.