Nuffnang

Sabtu, 12 Mei 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Aliff Aziz</b> Lebih Matang Untuk Album Terbaru - Gua <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 09:00 AM PDT

Selepas muncul dengan album 'Alif' dan 'It's Aliff's Time', penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang, Aliff Aziz kini muncul dengan album ketiganya berjudul, 'Aliff Aziz'. Walaupun masih mengekalkan konsep Pop seperti mana album-albumnya yang terdahulu, namun album terbitan Sony Music ini menampilkan sisi kematangan Aliff yang sudah lima tahun berkecimpung dalam bidang seni muzik.

"Album pertama dan kedua menyaksikan saya masih mencari identiti sebenar di mana saya memuatkan pelbagai jenis genre lagu dalam album lalu. Walaupun masih menetapkan arah tuju yang sama iaitu Pop bagi album terbaru ini, namun untuk menunjukkan kematangan, saya turut menyelitkan unsur Balada dalam album ini," ujar Aliff ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya di The Bee Publika, Solaris Dutamas, petang tadi.

Album yang diterbitkan oleh Zimi Sofazr dan Azlan Abu Hassan ini memuatkan 8 buah lagu dan 2 minus one antaranya Jangan Ganggu Pacar Ku, Cinta Ya Cinta, Sudah Nasibku, Cinta Dusta, Hanya Lagu, Nada Cinta dan Dilema Cinta duet bersama Hao Ren. Ditanya apakah cabarannya menghasilkan album ini, Aliff memberitahu terpaksa membahagikan masanya dengan bidang nyanyian dan juga lakonan.

"Saya kini terlibat dengan bidang lakonan jadi ini merupakan satu cabaran baru buat saya. Saya kena jaga waktu di studio dan juga di lokasi penggambaran. Tidak dinafikan,  saya memang rasa penat sangat, namun alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya bersyukur kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan segala proses rakaman lagu dan klip video dalam masa tiga minggu lebih saja."

Ditanya tidakkah tiga minggu terlalu cepat untuk menyiapkan sesebuah album di mana tidak seperti artis lain yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan album, Aliff memberitahu, "Dulu masa album pertama, saya hanya mengambil masa selama 12 hari saja untuk menyiapkan album saya. Saya terpaksa bekerja keras dari pagi hingga lewat malam setiap hari, untuk menyiapkannya. Walaupun nampak agak terburu-buru, namun tidak bermaksud saya tidak mementingkan kualiti untuk album saya. Saya amat berpuas hati dengan hasilnya dan saya harap peminat dapat menerima album terbaru saya
ini."

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


Siapakah Awek Baru <b>Jehan Miskin</b> Selepas Jue Aziz?

Posted: 11 May 2012 07:06 PM PDT

KUALA LUMPUR – Semua peminat setia pelakon Jehan Miskin semestinya tahu bahawa Jue Aziz merupakan bekas kekasihnya tetapi persoalannya siapakah kekasih baru aktor kacak ini selepas percintaannya selama beberapa tahun itu terputus di tengah jalan baru-baru ini?

Menurut pelakon dan model berusia 33 tahun ini, dia mengakui sudahpun mempunyai kekasih hati yang baru, namun dia belum bersedia untuk mendedahkannya kepada pihak media massa mahupun para peminatnya kerana merasakan masanya belum tiba lagi untuknya berbuat demikian.

"Saya memang sudah ada awek (kekasih) yang baru tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan dahulu siapakah orang itu. Apa yang boleh saya beritahu, saya sudahpun berkenalan dengan kekasih saya itu sejak setahun yang lalu dan perhubungan kami semakin intim.

"Bagaimanapun, kami belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini. Ini kerana, saya sibuk berlakon dan menguruskan syarikat yang baru saya tubuhkan iaitu Mastermind Group Sdn. Bhd," katanya sewaktu ditemui di Putrajaya baru-baru ini.

Jelas Jehan dia kini bukan setakat berlakon tetapi turut mula menerbitkan drama televisyen (TV) antaranya yang berjudul Suka Benci Kamu dan Buta Warna bersama seorang rakan kongsinya di mana ia akan disiarkan di salah sebuah TV swasta tidak lama lagi.

Pada masa sama, dia juga baru habis menjalani penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid yang bertajuk Amukan Frnakenstein yang diadakan di Taiping, Perak minggu lalu selain sibuk terbabit dalam rancangan Master Chef Celebrity terbitan Astro pada dua minggu lepas.

"Sejak kebelakangan ini saya memang sibuk dengan berlakon dan terbabit dalam rancangan Master Chef Celebrity sampaikan saya terpaksa meluangkan masa untuk belajar memasak. Dalam seminggu saya memasak lapan kali sewaktu terbabit dalam rancangan tersebut.

"Dalam rancangan itu, saya mewakili badan amal iaitu Malaysia Aids Council di mana ia bertujuan mengisi dana badan terbabit. Apatah lagi, selepas ada syarikat produksi sendiri, maka semakin sibuklah saya sampaikan hendak dating dengan awek pun tidak ada masa," ujarnya lagi. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Raja Farah</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Apr 2012 03:19 AM PDT


Kedai Frozen Yogurt Milik <b>Raja Farah</b> &#39;Snogurt&#39; | Oh! Artis | Dunia <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2012 08:27 AM PST

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

30 Disember 2011 merupakan detik penting dalam hidup dalam hidup pelakon Raja Farah apabila kedai ais krim yogurt'nya dengan rasminya membuka cawangan yang terletak di G-02, Ground Floor, MetroPoint Complex, Jalan Semenyih Kajang. Kedai ais krim yogurt (ala ala Tutti Frutti) di namakan Snogurt. Perniagaan keluarga yang dimulakan pada bulan Oktober 2010 ini juga mempunyai cawangan di No.9, SS17/7, Subang Jaya.

Apabila ditanya mengapa agak lama menyepi selepas berumahtangga, pelakon ini sebenarnya sedang sibuk menguruskan perniagaan keluarganya ni.

"Saya sedang menumpukan kepada perniagaan keluarga dan sebuah lagi cawangan kedai Snogurt telah dibuka dan dilancarkan di Metro Point Complex, Kajang pada 30 Disember lalu. Snogurt adalah produk tempatan dan kami memulakan perniagaan pada Oktober 2010. Kami masih dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan ini di Malaysia dahulu sebelum membawa produk ini ke luar negara. Kami turut membuka francais bagi mengembangkan perniagaan tersebut di tempat lain dalam negara ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para pembaca boleh layari www.snogurt.com."

Farah yang bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada November 2010 mengakui belum mempunyai tanda-tanda kehamilan.

"Nampaknya saya belum mempunyai rezeki untuk hamil. Tetapi semuanya saya serahkan kepada Allah."

Jom kita tengok sikit kedai milik Farah ni :

Tahniah dan selamat berjaya Farah. Baguslah buka produk tempatan untuk memberikan saingan kepada produk luar. Semuga terus berdaya saing dengan 'Tutti Frutti'.

OH ARTIS : BIASA KE TUTTI FRUTTI DI SEKITAR AMPANG SAHAJA. MUNGKIN NANTI BOLEH CUBA PULA SNOGURT NI. DENGAN RM0.49/GM KITA BOLEH PILIH FROZEN YOGURT FLAVOR SENDIRI DAN TAMBAH TOPPING APA SAHAJA DAN BAYARAN MENGIKUT BERAT. TIP : AMBIL JE TOPPING YANG RINGAN-RINGAN :)

vimax

vimax

hawanafsu

vimax

jutawanklik

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Arry Dunia Fotografi » <b>Awi Rafael</b>

Posted: 11 May 2012 10:27 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Awi Rafael. Twitter · Digg · Facebook · Delicious · StumbleUpon. This entry was posted by admin on May 12, 2012 at 1:27 am, and is filed under Celebrity. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or ...

BERITA ARTIS - Eros SO7 Jadi Pilihan <b>Awi Rafael</b> - Gua.com.my

Posted: 08 May 2012 07:01 PM PDT

Terlanjur berbicara tentang single terbaru, Awi juga berkongsi cerita tentang album terbarunya yang sedang dalam pembikinan.

"Selain muatkan single Asalkan Aku Ok, album itu juga akan memuatkan sembilan buah lagu lain. Kesemua lagu itu saya cipta sendiri. Mudah-mudahan peminat akan suka sebab saya masih kekalkan genre muzik yang santai dan gembira. Saya mahu peminat sentiasa gembira apabila mendengar lagu-lagu saya.
Satu lagi keistimewaan album ini ialah, saya berjaya mendapatkan Eros, Sheila On 7 (SO7) untuk bermain gitar dalam lagu Asalkan Aku Ok.  Kolaborasi ini cukup menggembirakan  kerana saya memang meminati Eros yang banyak mencipta lagu-lagu popular SO7. Jika semuanya berjalan lancar, album ini akan berada di pasaran selepas Aidilfitri nanti. Sekarang ini cuma tinggal dua buah lagu yang belum dirakam," ujar Awi.

Mengulas tentang penghargaan yang diterima daripada Berita Harian sebagai salah seorang artis yang memberi komitmen sepenuhnya pada acara jelajah ABPBH 2011, Awi memberitahu dia sebenarnya tidak sangka Berita Harian mengambil langkah sedemikian.

"Walau apa pun saya hendak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Berita Harian. Awi turut serta dalam jelajah ABPBH 2011 kerana  Awi rasa bukan mudah untuk dapat peluang sebegitu. Itulah peluang untuk Awi bertemu dengan peminat-peminat yang banyak memberi sokongan. Saya turut serta bukan kerana mengharapkan kemenangan di ABPBH, tetapi ingin mendekatkan diri dengan peminat," ujar Awi mengakhiri perbualan.

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Neubodi Mother&#39;s Day Promotion « www.<b>ning</b>-<b>baizura</b>.com

Posted: 10 May 2012 06:19 AM PDT

Mother's day Promotion is up again, but this time it is more attractive than last year for Neubodi VIP.
Promotion period start from 28th April 2012 till 31st May 2012 at Bangsar Village II, Bangsar.

1) Promotion on bra:

1st  – Normal Price

2nd -10%

3rd – 50%

4th onwards all in 20% discount

(Must be in the Single Receipt)

Related Posts with Thumbnails

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Tuntut Hutang Dari David Teo | Akid azami

Posted: 11 May 2012 08:25 AM PDT

Saiful apek tuntut hutang rm200,000 dari david teo? Baru je semalam atau dua hari lepas aku ternampak screenshot saiful apek dah maafkan david di atas keterlanjuran katanya dalam isu minta sedekah arwah bob kuman. Aku pun fikir dah settle lah masalah antara diaorang sebab nampak macam dah berdamai balik. Sekali aku terbaca laporan dalam harian metro hari ini yang apek akan tuntut hutang dari david teo. Pulak dah?


Berdasarkan laporan tu, saiful apek menyatakan david teo tak langsaikan pulangan pelaburannya dalam filem anak mami kembali dan lady bos sebanyak RM200,000. Tu pulangan pelaburan. Belum masuk lagi duit lakonan apek untuk kedua filem tu yang mencecah RM100,000. Gila. Berdasarkan laporan tu lagi, david jugak dikatakan gagal siapkan album apek yang kalau mengikut kontrak, album tu patut siap tahun 2005. Fuhh.. Ini dah kira pecah amanah ni.


Dan untuk makluman korang, satu sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ahad ni untuk apek tunjukkan segala bukti dan dokumen berkaitan hutang david pada beliau. Actually ada lagi 50 artis yang akan sertai saiful apek dalam sidang media ni sebab diaorang pun nak tuntut hutang. 
Hmm hari ahad tak lama je lagi. Lagi dua hari je. Kalau ada perkembangan terkini isu ni ahad nanti, aku akan update sini. Nantikan update isu ni nanti. 

kumpulan Spider - Google Blog Search

kumpulan Spider - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Apr 2012 01:09 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2012 01:34 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Feb 2012 10:22 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Feb 2012 10:22 AM PST


Percubaan solo Tam | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 29 Feb 2012 03:57 PM PST

TAM akan muncul solo tanpa ahli kumpulan Spider? Itulah yang akan cuba ditampilkan Tam Spider atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 39, apabila bakal muncul solo tanpa ahli Spider yang lain pada tahun ini dengan membawakan imej dan genre muzik yang baharu.

Tam juga akan tampil dengan sisi yang cukup berbeza berbanding ketika bersama kumpulan Spider dahulu. Persoalan yang bermain di minda, kenapa Tam mengambil keputusan bergerak solo? Adakah kerana sambutan terhadap grup itu yang hampir tidak dipedulikan telah membuat Tam mengambil keputusan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai seorang penyanyi secara solo.

Bertemu dengan lelaki yang tak makan dek usia itu di Studio Luncai Emas milik Datuk M. Nasir di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini, Tam mengakui, keputusan untuk bergerak solo bukan kerana perbalahan yang berlaku di antara dirinya dengan ahli-ahli Spider lain. Sebaliknya dia teringin untuk mencuba dan mengikut arus peredaran penyanyi berkumpulan yang bergerak solo seperti Awie Wings dan Amy Search.

"Saya sudah terlalu lama dengan Spider. Teringin juga nak ikut arus peredaran seperti artis berkumpulan yang bergerak solo.

"Saya ambil keputusan bergerak solo ini bukan mudah. Kena fikir semua aspek. Saya tahu banyak cabaran baharu yang perlu ditempuhi dan banyak juga benda baharu yang perlu saya terokai apabila muncul solo tanpa ahli kumpulan kelak," ujarnya yang sudah mengumpul lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam albumnya nanti.

Ditebak soalan sama ada dia akan membawa genre rock seperti yang dibawanya bersama Spider, Tam yang juga merupakan penggubah lagu itu masih tidak tahu genre muzik apa yang akan dipilihnya.

"Lagu sudah ada cuma kena pilih sahaja tetapi sehingga kini saya masih tidak tahu genre apa yang harus dipilih. Apa yang pasti, kemunculan solo saya nanti adalah berbeza sama sekali dengan diri saya semasa dengan Spider," ungkapnya yang gembira kerana rakan-rakan di dalam Spider memberi sokongan penuh kepadanya untuk muncul solo.

Malah celah Tony, Napi dan Ayie ketika Tam ditemu bual Kosmo!, mereka tidak sabar melihat Tam muncul solo nanti.

Buang perasaan malu

Tanpa berselindung, penyanyi Rela Ku Pujuk itu juga mengakui, terpaksa membuang perasaan malu ketika muncul solo nanti.

"Memang sangat berat bila fikirkan macam mana keadaan saya bergerak solo nanti. Tapi saya kena biasakan. Sebab, saya memang teringin untuk merasai bagaimana perasaan menyanyi solo tanpa ahli kumpulan," jelasnya yang juga merancang untuk berduet bersama penyanyi Aizat dan Alyah.

Tidak bermakna apabila Tam muncul solo kelak dia akan meninggalkan terus rakan-rakan Spidernya. Malah, sudah ada sesuatu yang dirancang Tam bersama rakan-rakannya.

Bagi Tam, keutamaannya masih dengan kumpulan Spider. Malah, dia juga mengakui, sedikit sebanyak kemunculan solonya nanti juga akan membantu menaikkan nama kumpulan Spider.

Bercerita tentang projeknya bersama kumpulan Spider, ungkap Tam, bulan April tahun lalu, Spider sudah muncul dengan album baharu berjudul KitaSatu.

Malah lagu single ketiga mereka, Tapi Bagaimana sedang diputarkan di corong-corong radio dan juga digunakan untuk runut bunyi drama bersiri Vanila Coklat.

Promosi kurang?

Mengenai kenapa kemunculan album KitaSatu tidak begitu diketahui peminat, promosi yang kurang menjadi alasan Tam dan rakan-rakannya.

"Sebagai artis kami memang mengharapkan promosi. Memang promosi untuk album baharu Spider KitaSatu kurang. Kami rasa mungkin pihak promosi anggap nama kumpulan Spider sudah kukuh jadi tidak perlu melakukan promosi yang gempak," tutur Tam.

PROFESIONAL. Keputusan Tam untuk muncul solo diterima oleh anggota kumpulan Spider yang lain, (belakang dari kiri) Aie, Tony dan Napi.

Namun, timbul pula persoalan sama ada promosi yang kurang terhadap Spider disebabkan kumpulan itu dipinggirkan dek kerana promosi lebih tertumpu ke arah kemunculan kumpulan-lumpulan baharu yang tumbuh bak cendawan selepas hujan sekarang ini?

Akui mereka, sudah menjadi adat industri muzik apabila muncul sesebuah kumpulan baharu maka ia lebih difokuskan. Tetapi mereka tidak ambil peduli, kerana bagi mereka nama Spider sudah begitu kukuh kepada peminat-peminat muzik malah sampai satu tahap ia akan naik semula.

Tidak hanya tertumpu kepada projek Spider semata-mata, Tam juga memberitahu, ahli-ahli kumpulan Spider banyak menghabiskan masa bekerja di studio untuk menghasilkan lagu-lagu baharu masing-masing.

Bagi salah seorang ahli Spider, Ayie yang juga merupakan adik kepada Along Exist, dia banyak menghasilkan lagu nasyid untuk pelajar-pelajar universiti yang menubuhkan kumpulan nasyid. Malah, Ayie juga merancang projek istimewa bersama Along untuk menghasilkan album.

"Selain memberi fokus dengan Spider, saya juga ada buat projek sendiri bersama Along. Kami menghasilkan lagu-lagu metal. Malah, kami yakin dapat tarik peminat kerana ia bukan muzik metal yang berat," katanya yang tetap meletakkan keutamaan kepada Spider.

Sementara itu, bagi Napi pula, dia banyak menghabiskan masa di studio untuk menyusun lagu. Salah satu lagu yang disusun Napi adalah lagu nyanyian Hafiz AF iaitu Awan Nano.

Malah, Napi juga banyak melakukan susunan lagu untuk artis-artis popular lain seperti Datuk DJ Dave dan Datuk Jeffrydin.

Bagi Tony pula, selain menghasilkan lagu buat kumpulan Spider, dia juga ada menghasilkan lagu sendiri dan buat penyanyi lain seperti kumpulan Massa. Menghasilkan lagu pelbagai genre, sehingga kini Tony sudah menghasilkan sebanyak 40 buah lagu.