Nuffnang

Rabu, 26 September 2012

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


<b>Alif Satar</b> - Lelaki Seperti Aku (2011) | Audio Malaya: Music of <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2012 12:17 PM PDT

Home » » Alif Satar - Lelaki Seperti Aku (2011)

Artist/ Band: Alif Satar

Album: Lelaki Seperti Aku

Year: 2011

Size: 87.65 Mb

Quality: MPEG-4 Audio File Format (.m4a)

Download Medium: Mediafire.com

Tracklist: 
01. Lelaki Seperti Aku
02. Abdul
03. Pendusta
04. Rapuh
05. Dalam Sunyi
06. There We go
07. Timesless
08. Lelaki Seperti Aku (minus One)
09. Abdul (Minus One)
10. Timeless (Minus One)

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


<b>Iqram Dinzly</b> Semakin Tenang Selepas Mendekatkan Diri Dengan <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 11:17 PM PDT

Iqram Dinzly yang mengakui semakin tenang selepas keputusan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Sudah menjadi topik hangat di kalangan peminat-peminat yang mengatakan barisan artis yang berhijrah ke jalan Allah S.W.T adalah kerana ingin menyertai parti politik, Iqram pula tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan.

Bagi Iqram, dia kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak.

Iqram dengan jelas menyatakan untuk mendalami ilmu agama Islam, banyak cara yang boleh dilakukan selain dengan menyertai parti politik.

"Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

"Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com.

Menceritakan saat hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama, Iqram menyatakan semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya.

Selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam, Iqram mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif.

"Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.

"Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini.

"Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," katanya.

Iqram telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas.

Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini. – Mynewshub

Blog Widget by LinkWithin

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Drama Ikatan Lakonan <b>Iqram Dinzly</b> dan Ayu Raudah | Sensasi <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2012 07:26 PM PDT

Lakonan dan Dalam Slot Citra di TV2

"Ikatan" seringkali dikaitkan dengan hubungan persaudaraan, persahabatan, percintaan dan apa jua bentuk hubungan yang terbina antara seorang individu dengan individu yang lain. Ianya lebih menarik bila ikatan-ikatan tersebut disatukan dan dikembangkan dalam sebuah telemovie bertajuk "Ikatan" yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 25 September 2012, jam 10.00 malam.

Mengisi slot Citra di TV2, drama menggandingkan watak utama Iqram Dinzly dan Ayu Raudah di samping , dan ini mengisahkan persahabatan yang terjalin antara Noraini dan Fariz yang bersahabat sejak kecil patahlagi kedua ibu bapa mereka juga bersahabat baik. Namun takdir memisahkan mereka apabila bapa Fariz dihantar bertugas ke tempat kerja baru. Sebagai kenangan perpisahan, Noraini memberikan hadiah kepada Fariz. Fariz yang tidak memberikan hadiah semasa perpisahan tersebut berjanji untuk membalas hadiah Noraini apabila mereka bertemu semula. Perpisahan dan janji-janji tersebut diabadikan dalam sebuah portrait oleh bapa Fariz.

TELEMOVIE IKATAN

Noraini dan Fariz tidak pernah bertemu semula selepas itu sehinggalah 22 tahun kemudian. Ketika itu kehidupan Noraini penuh cabaran dan rintangan setelah dipisahkan keluarga kerana berkahwin tanpa restu ibubapa. Noraini yang bekerja sebagai penyelia kilang juga telah berpisah dengan suaminya, Rostam apabila suaminya dipenjara kerana menyamun.

Fariz pula menjadi seorang akitek yang berjaya dan memiliki cinta hatinya sendiri bernama Suraya. Fariz sibuk melayan kekasihnya dan ketika melihat gambar-gambar lama bersama-sama Suraya, Suraya terjumpa sekeping gambar Fariz semasa zaman kanak-kanak bersama seorang kanak-kanak perempuan. Ibu Fariz menceritakan kepada Suraya dan Fariz kisah di sebalik potret tersebut. Fariz menyimpan gambar tersebut, bertujuan untuk mencari dan menunaikan janjinya kepada 'Baby'.

Kehidupan Noraini nampak cerah apabila ia ditawarkan bekerja sebagai pembantu kerani akaun oleh syarikat tempat ia bekerja, namun kesihatan anaknya Azam yang disahkan mengidap penyakit buah pinggang membantutkan usaha tersebut. Dia terpaksa kerap meminta cuti dari majikannya. Lebih mendesak, kos rawatan yang tinggi juga memaksa Noraini meminjam wang dari rakan sekerja.

Rakan sekerja Noraini membantu mengumpul dana di kilang tempat mereka bekerja, namun jumlah kutipan terlalu sedikit. Bagi membantu Noraini, pihak kilang mencadangkan Noraini mendapatkan bantuan akhbar. Walaupun agak keberatan, namun demi kesihatan anaknya Noraini bersetuju. Apabila cerita Noraini keluar diakhbar, ia mendapat reaksi baik dari orang ramai. Ramai yang tampil menderma termasuk Fariz. Fariz tidak mengenali Noraini tetapi mengecam muka Noraini yang dilanggarnya di laluan pejalan kaki hospital, ketika Azam pertama kali dikejarkan ke hospital. Ketika itu Fariz berada di hospital untuk bertemu rakan baiknya Dr. Daud.

Ibu Noraini yang telah berpisah dengan anaknya semenjak Noraini berkahwin lari dengan Rostam turut membaca cerita Noraini di dalam akhbar. Kasihan terhadap nasib Noraini, Radziyah telah menghubungi dan membantu Noraini tanpa pengetahuan suaminya.

Konflik berlaku bila Rostam yang baru sahaja keluar dari penjara juga terbaca cerita Noraini. Dia mahu membalas dendam kerana Noraini melarikan diri bersama anaknya 3 tahun lalu. Rostam mula mengintip segala pergerakan Noraini. Ketika Noraini baru sahaja keluar dari bank, begnya telah diragut. Rostam datang membantu Noraini dan cuba berbaik-baik semula dengan Noraini. Noraini tidak tahu bahawa Rostamlah perancang semua itu dengan rakan-rakannya.

Lalu apakah penyudahnya? Dapatkah Noraini mengharungi cabaran hidup yang merintang di hadapannya? Bagaimana pula kesudahan episod cinta antara Fariz dan Suraya akibat salah faham yang tidak dapat dielakkan?

Tags: , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


Hot : <b>Memey Suhaiza</b> & Abby Abadi Buka Puasa Bersama - OhBulan

Posted: 01 Aug 2012 11:40 PM PDT

Jika diikutkan sejak dari beberapa minggu lepas, ramai orang yang mengecam Abby Abadi kerana kenyataan politiknya. Tidak kurang juga ada yang menyokong tindakan Abby.

Namun dalam semua kontroversi yang ditimbulkan oleh Abby, berita terbaru mengenai Abby Abadi dan Memey Suhaiza sudah berbaik dan tidak mempunyai apa-apa masalah adalah yang paling ditunggu dan boleh OHBULAN! katakan, sesuatu yang mengejutkan untuk para peminat kedua-dua selebriti ini.

Terbaru dari laman Twitter Abby Abadi, dia telah memuat-naik 2 keping gambar menunjukkan dia dan Memey berbuka bersama sebagai satu keluarga. Turut kelihatan didalam gambar termasuklah anak-anak Abby Abadi dan juga Norman Hakim. Perubahan yang ketara ini berlaku selepas Abby mula mencetuskan beberapa kontroversi didalam industri hiburan baru-baru ini.

Kita lupakan yang keruh, ambil yang jernih. Itu saja yang OHBULAN! mahu katakan, walaupun Abby kini dikecam oleh pelbagai pihak kerana kenyataannya sebelum ini, namun sebagai seorang bekas isteri Norman Hakim, dia menunjukkan satu teladan yang baik kepada ibu-ibu tunggal yang lain apabila dia boleh berbaik dan tidak berdendam langsung terhadap Memey Suhaiza.

Dalam kenyatannya di Twitter, Abby menulis, "Kuasa Allah mengatasi segalanya. Doakan yang terbaik untuk kami dan anak-anak ini, huhu."

Turut disertakan ialah sekeping foto mereka sekeluarga sedang berbuka bersama.

Melalui Hot FM, Abby yang telah dihubungi oleh Fara Fauzana juga telah mengesahkan bahawa mereka sememangnya sudah berbaik dan telah berbuka bersama di rumah Abby Abadi.

Untuk pengetahuan, Abby Abadi dan Norman Hakim telah bercerai pada 18 Disember 2008 manakala Memey Suhaiza dan Norman Hakim pula telah mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011.

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


Gambar <b>Raja Farah</b> Bertudung

Posted: 07 Aug 2011 07:00 PM PDT

Desas desus cerita yang mengatakan pelakon Raja Farah telah bertudung telah pun kini terbukti. Isteri kepada Megat Bashirun membuat pendirian untuk bertudung bukan lah suatu paksaan dan juga desakkan mana-mana pihak namun melalui dirinya sendiri. Ini terjadi sebelum dia berkahwin apabila Raja Farah sendiri telah bernazar dia akan bertudung sekiranya bertemu jodoh.

Dan di bulan yang suci ini, kita dapat menyaksikan penampilan pertama Raja Farah bertudung. Ini membuktikan dia mengotakan janjinya. Suaminya juga menyokong 101% keputusan isterinya yang tercinta ini,

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


msredcheesecake: DIA MACAM <b>REMY ISHAK</b> KE?

Posted: 28 Aug 2012 07:37 PM PDT

Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Boleh wish lagi kan? Nak wish jugak. Rasa macam best pulak wish selamat hari raya banyak kali.

Belum ada kesempatan nak upload gambar raya. Ada separuh gambar kat kamera adik, ada yang kat kamera sendiri dan ada kat kamera mak. Nantilah kumpul sekali baru pilih yg paling cun upload sini.

Ini gambar Iman Zary Haqimie atau nama glamournya Iman. Tapi hari itu pergi beraya rumah adik msred di Alam Impian Shah Alam, one of my little sister cakap Iman macam Remy Ishak bila dipakaikan baju macam ni. Remy Ishak dalam cerita apa ntah suka pakai macam Dalam cerita 29 Febuari kot, suka pakai baju kemeja petak.

Ade ke sama?

- Posted using BlogPress from my iPad

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Fasha Sandha</b> Alah Ubat Gigi! - Gua.com.my

Posted: 10 Sep 2012 04:16 AM PDT

Pelakon popular Fasha Sandha yang kini sedang melalui trimester pertama kehamilan mengakui mempunyai alahan dengan ubat gigi. Enggan mendedahkan usia sebenar kehamilannya, pelakon 'Cinta Elyssa' ini memberitahu akan muntah pada setiap pagi jika menggunakan ubat gigi.

"Tiap-tiap pagi saya akan muntah tapi tidak bermakna jika saya alah pada ubat gigi, saya tidak menggosok gigi langsung. Apa-apapun saya kena tahan juga dengan situasi ini," ujar Fasha dalam keadaan mengah ketika ditemui pada majlis pelancaran drama 'Runtun Qalbu' di Sri Pentas TV3 petang tadi.

                

"Saya dah mula rasa mengah dan penat ketika hamil. Waktu tengah hari saya akan mula rasa mengantuk dan nak tidur. Mengenai selera makan pula, Alhamdulillah setakat ini okay dan saya tak ada mengidam apa-apa lagi. Cuma suami saya sajalah yang mengidam dan teringin nak makan macam-macam."

Ditanya tidakkah beliau mahu berehat seketika dalam dunia lakonan apatah lagi melihat keadaannya yang senang mengah, Fasha memberitahu, "Saya memang sedang berehat sekejap selepas tamat penggambaran drama 'Runtun Qalbu'. Tapi saya tak boleh nak rehat terlalu lama sebab saya akan cepat rindu dengan set penggambaran.

            

"Bulan November ini saya akan terlibat dengan penggambaran drama 'Janji Shirah' yang akan ditayangkan pada setiap malam Ahad di TV3. Saya ini jenis yang suka bekerja dan tak suka berehat. Lagipun, bagi saya rezeki jangan ditolak. Malah, jika tidak ada penggambaran pun saya akan ke salun milik saya," ujar Fasha yang akan berlepas ke Guangzhou, China, Ahad depan bagi menemani suaminya yang terlibat dalam perlumbaan kereta di sana.

Berkongsi mengenai penampilan terbarunya dalam drama 'Runtun Qalbu', Fasha memberitahu, "Saya memegang watak sebagai Idayu, seorang gadis pendiam namun menjadi gadis yang memberontak akibat dikongkong oleh bapanya. Wataknya berbeza dengan watak yang saya terima sebelum ini. Saya juga kena berlakon jadi budak remaja dan ia agak susah memandangkan saya dah matang sekarang.

"Ini kali pertama saya berlakon dengan Kamal Adli, Fida Ibrahim dan Shah Iskandar. Karakter Qalbu lakonan Kamal Adli sangat menonjol dan saya percaya macam mana nama Johan As'ari boleh naik selepas 'Cinta Elyssa', macam itu jugalah saya yakin nama Kamal akan naik," ujar Fasha sambil memberitahu gembira berlakon dalam produksi drama ini.

"Walaupun pertama kali berlakon, bagi saya mereka sangat bagus. Mereka pelakon muda yang sangat berbakat dan berdisiplin. Bila dapat 'team' yang komited sebegini, saya jadi gembira bila di set. Saya juga suka dengan skrip drama ini sebab ia sangat bagus. Saya percaya drama ini akan menjadi fenomena.

Selain Fasha, Kamal Adli, Shah Iskandar dan Fida Ibrahim, drama terbitan Excellent Pictures ini turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Reen Rahim, Kaza, Razak Ahmad, Rosnah Johari dan Juhara Ayob ini. 'Runtun Qalbu' bakal membuka tirainya pada 21 September depan, setiap hari Jumaat, jam 9 malam hanya di TV3.

Selasa, 25 September 2012

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


<b>Nur Fazura</b> Sambut Hari Jadi (7 Gambar)

Posted: 18 Sep 2012 07:09 PM PDT

Inilah gambar sekitar sambutan hari jadi / lahir Fazura. Mengikut kenyataan Fazura di Twitter, bahawa majlis hari jadi ini dianjurkan awal oleh rakan beliau hujung minggu lalu.

Tarikh ulangtahun kelahiran Nur Fazura sebenarnya jatuh pada 27 September. Untuk info, Fazura akan tampil dalam filem terbaru berjudul Kami Histeria Glamor Sampai Nak Mati tidak lama lagi.
Nur Fazura juga sedang merancang untuk membuka cawangan baru untuk butik'nya, House of Dolls sebagai langkah kembangkan perniagaan.







kredit gambar: rotikaya.com