Nuffnang

Ahad, 18 November 2012

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


Tidak Jatuh Talak – <b>Vanidah Imran</b> | The Kuala Lumpur Post <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2012 07:40 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

Vanidah yang dihubungi mStar Online di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

"Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku," tegasnya.

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

"Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya.

Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.

"Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok," katanya. – MStar

 

Atilia - Google Blog Search

Atilia - Google Blog Search


Photoshoot <b>Atilia</b>, Yasmin Hani & Daphne King untuk Bajookoo (5 <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 05:30 PM PDT


Baru-baru ini Atilia, Yasmin Hani & Daphne King telah bersama bergambar untuk photoshoot sebuah gedung diberi nama Bajookoo. Mereka telah share gambar tersebut di Instagram milik masing-masing. Gambar penuh selepas ini.

Related posts:

Stacy af - Google Blog Search

Stacy af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Stacy af</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2012 01:32 AM PDT


<b>Stacy AF6</b> Tak Jadi Ke Bulgaria Sempena FMPAD | LIMAUAIS

Posted: 16 Apr 2010 07:36 AM PDT

stacy, stacy af6, stacy pakai buang

Stacy batalkan hasrat ke Festival Muzik di Bulgaria


Stacy yang sebelum ini diberitahu akan ke Bulgaria bagi mewakili Malaysia dalam Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery (FMPAD) 2010 terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tahun lalu, juara Akademi Fantasia (AF5) Aizat telah meraih tempat ketiga dalam kategori Lagu Terbaik melalui Lagu Kita dan Anugerah Khas Khas Juri di Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009 yang diadakan di Varna, Bulgaria tersebut. Sebelum itu, pada tahun 2008, Mila Jirin terlebih dulu mewakili Malaysia dalam majlis anugerah yang sama dengan mendapat Anugerah Khas Juri bagi Lagu Terbaik (Ilham Di Matamu).

Menurut pihak pengurusan Stacy, Astro Entertainment Sdn. Bhd, keputusan ini dibuat disebabkan Stacy terlalu penuh dengan aktiviti beliau

stacy, stacy af6, stacy af, stacy pakai buang, stacy seksi

Stacy, my favourite singer ever

"Jadual Stacy ketika ini sangat padat. Kebetulan pula, Stacy sekarang ni sibuk menduduki kelas pengajian di Universiti Lim Kok Wing. Selain itu, kami masih belum bersedia sepenuhnya untuk membawa Stacy ke Bulgaria. Insya-Allah tahun depan kami akan cuba menyertainya sekali lagi bila kami dah buat persediaan yang rapi," jelasnya.

Pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. akan menghantar artis lain ke Festival Muzik tersebut. Namun begitu keputusan belum dibuat lagi.

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


(TAHNIAH)<b>Ning Baizura</b> Sahkan Dirinya Hamil |

Posted: 13 Sep 2012 06:25 PM PDT

Selepas memberitahu keputusan menarik diri daripada persembahan yang melibatkan syarikat arak, Ning Baizura semalam berkongsi satu lagi berita gembira buat peminatnya. Ning telah mengesahkan yang dirinya disahkan hamil.  Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas berita gembira ini.

ning baizura mengandungNing akan mengadakan satu majlis media untuk mengumumkan kehamilannya pada minggu hadapan. Untuk makluman, Ning telah pun berkahwin dengan Omar Shariff pada 31 Januari 2008. Pastinya pasangan suami isteri ini sedang berada di dalam fasa keterujaan. Tahniah sekali lagi.

P.S: Akuarium berbentuk pondak telefon di Osaka Jepun

Baca Yang Ini Pulak:-


Fina af - Google Blog Search

Fina af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Fina af</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Oct 2012 12:00 AM PDT


Foto : <b>Fina AF9</b> Tindik Pusat, Kini Makin Daring? | OHBULAN!

Posted: 22 Oct 2012 11:41 PM PDT

Jarang muncul di dada akhbar bukan bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini. Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.

Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu 'Menangis Lagi' telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya. Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.

Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini. Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?

"Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka. Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu."

Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan Fina memakai gaun ketat dan seksi juga turut dimuatnaik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar tersebut telah menimbulkan beberapa spekulasi serta persoalan kepada para peminat.

Ditanya kenapa kini sudah berani berpakaian begitu, pantas Fina menjawab,"Fina berpakaian sebegitu hanya untuk sesi fotoshoot dan kesemua baju tersebut telah ditaja, jadi Fina pun pakailah."

"Pihak penaja cuma mahukan Fina berpakaian sebegitu, tidaklah seksi pun dan Fina dibayar untuk promosikan pakaian mereka," tambahnya lagi.

Tidak cukup disitu, pihak OHBULAN! turut terdengar suara-suara kecil yang mengatakan Fina kini tidak ubah seperti perempuan murahan kerana sanggup berpakaian begitu.

"Saya rasa saya bukanlah seperti apa yang orang kata. Maklumlah, mulut orang, siapa boleh tutup, kan? Jadi, kalau saya pakai macam tu je, saya ni murahlah?

"Orang yang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Ibu saya sendiri tahu saya ini macam mana," jelas Fina menafikan tuduhan tersebut.

Terdapat juga tuduhan melulu dari sumber-sumber yang dipercayai mengatakan Fina kini berparti di kelab malam dan penyanyi ini sekali lagi menafikan tuduhan tersebut.

"Kalau saya pergi kelab malam pun, saya cuma pergi tengok 'live band' dan akan ditemani oleh ibu serta adik beradik saya. Memang tiap-tiap minggu saya pergi, tapi hanya untuk tengok 'live band' bersama keluarga saya."

Mengakhiri perbualan, Fina turut memberitahu,"Kalau benar pun saya mahu bersosial, takkanlah saya nak masukkan ke dalam laman sosial. Saya tahu diri saya berada di mana."

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Nov 2012 01:34 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Nov 2012 02:09 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Nov 2012 01:41 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Nov 2012 01:08 AM PST


Rumah Andy <b>Kumpulan Estranged</b> Kena Rompak, Andy Diugut Bunuh

Posted: 14 Jun 2012 07:06 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Dahsyat perompak-perompak sekarang ini. Nampaknya mereka maam dah tukar taktik operasi la pulak. Dari pemerhatian saya, perompak sekarang ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah artis tapi kita kena berhati-hati juga sebab mana tahu selepas ini giliran kita pula. 
Pada ahad lalu pukul 3.45 pagi, rumah Andy Estranged telah dimasuki perompak ketika beliau baru saja pulang ke rumah. Beliau dan sekeluarga telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk rumah yang didiaminy bersama keluarga di Kota Damansara.
Andy atau nama sebenar Azwin Andy Malik juga telah diugut bunuh jika dia atau ahli keluarga lain cuba melawan. Tapi yang malangnya apabila abanag Andy iaitu Azlan Rudy telah dibelasah teruk oleh perompak itu ketika beliau cuba melawan.
Sudah namanya perompak jadi mestilah habis semua dikebasnya, kalau boleh habis licin rumah mereka nak kebas. Antara barang-barang yang dirompak ialah sebuah komputer riba, iPad, sejumlah wang tunai, barang kemas dan beberapa barang lain.
"Pada mulanya, saya sangka nenek saya datang ke rumah dan berborak bersama ahli keluarga yang lain apabila mendengar bunyi orang sedang bercakap. Ketika mahu naik ke tangga, terdapat dua lelaki memakai baju hitam turun dan masa itu saya tidak dapat berbuat apa-apa. Habis semua barang-barang berharga diambil. Mereka juga bertanya sama ada kami menyimpan peti besi atau tidak? Mujurlah perompak tersebut memenuhi permintaan saya supaya memulangkan kad pengenalan dan kad kredit," ujarnya.
Apa yang paling penting sekali di sini adalah keselamatan keluarga dan diri sendiri. Apa yang dibuat oleh Andy sememangnya ada betulnya apabila beliau memberitahu perompak agar mengambila apa saja asalkan jangan mencederakan kami sekeluarga.

InsyaAllah apa yang terjadi kepada keluarga Andy pasti ada hikmahnya. Kredit info dan gambar mStar. 

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search


Black Mentor 3 Dilamar <b>Meet Uncle Hussein</b>? | LIMAUAIS

Posted: 27 Jul 2009 05:52 AM PDT

black mentor, meet uncle hussin

Black Mentor


Kumpulan Indie terkenal tanahair Meet Uncle Hussein (MUH) akan dapat pengganti Lan yang dah tidak lagi bersama kumpulan popular itu.

Dengar-dengarnya pengganti Lan ialah seorang penyanyi yang juga memiliki nada suara yang tinggi persis Lan. Orangnya ialah Black, juara Mentor 3. Tapi ia bukanlah pasti, hanya buah mulut orang sajalah.

Tapi setakat ini kata sumber itu, ia belum diputuskan lagi. Yalah bukan senang nak cari pengganti. Mungkin suaranya sesuai tapi kalau jiwa si penyanyi tidak seiring dengan arus muzik mereka, nanti akan menyusahkan juga. Macam mana dia nak menghayatinya.

Semua orang tahu arus muzik yang disukai oleh Black, bukanlah macam muzik MUH.