Nuffnang

Selasa, 24 September 2013

Mawi af - Google Blog Search

Mawi af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2013 09:26 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Sep 2013 09:16 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Aug 2013 09:34 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Aug 2013 09:29 AM PDT


25 GAMBAR NOSTALGIA <b>MAWI AF3</b> ~ Dunia Ummi

Posted: 20 Jul 2013 09:53 PM PDT

Tahukah anda yang Mawi AF3 baru-baru ini telah memenangi dua anugerah di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia (AF) yang diadakan pada Sabtu lalu di AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur?

Dalam Majlis itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang berasal dari Felda Taib Andak, Johor telah berjaya memenangi Anugerah Balada Lelaki dan Anugerah Duet dengan pasangan duet Lagu Jiwa Lagu Cinta iaitu Datuk M.Nasir yang pernah menjadi pengetua Mawi sewaktu di AF3.



Untuk info, Konsert bertemakan malam anugerah itu diadili oleh bekas tenaga pengajar AF iaitu Fauziah Nawi, Adnan Abu Hassan, Adam Corrie Lee, Dr Azahari Othman, Fazley Yaakob dan pengacara Diari Ext AF, Zainal Alam Kadir.

Malah difahamkan, Konsert tersebut akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada Sabtu, 31 Disember ini, pukul 10 malam bagi menyambut tahun baru 2012. Dan Konsert itu juga telah menghimpun dan menggabungkan hampir semua bekas pelajar AF 1 hingga AF9 bagi memberi anugerah terhadap pengorbanan mereka.

Jadi istimewa kali ini, myartis bawakan nostalgia Mawi yang pernah cipta sejarah hingga menggemparkan industri hiburan kita apabila demam 'Tsumawi' melanda negara. Meskipun Mawi agak kurang menyerlah sejak akhir-akhir ini, namun hakikat kecermerlangan 'Mawi World' sememangnya tidak dapat disangkal apabila lagu 'Saleha' menjadi siulan ramai.

Jom imbas..!

BIODATA:
Nama: Asmawi Ani
Tarikh Lahir: 25 Ogos 1981
Tempat Lahir: Felda Taib Andak, Kulai Johor
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Ahli Silap Mata, Duta Produk, Usahawan menerusi Mawi World Sdn Bhd
Status: Berkahwin

NamaMu Asma&#39;Mu - <b>Mawi</b> feat. Jeff A To Z #Lirik @lagubestbest

Posted: 13 Aug 2013 06:50 PM PDT

Tajuk Lagu/ Song Title: NamaMu Asma'Mu
Artis/ Artist: Mawi feat. Jeff A To Z
Album/ Info: Single 2013 / Nasyid Asma'ul Husna ditambah rap / Ⓟ AF Talents

Video Muzik/ Music Video: NamaMu Asma'Mu - Mawi feat. Jeff A To Z
Youtube (Official MV)

Lirik Lagu/ Lyrics: NamaMu Asma'Mu - Mawi feat. Jeff A To Z
Arrohmaanur Rohim Almalikul Qudduusus Salaam Almu'minul Muhaimin
Aziizul Jabbaar Almutakabbirul Khooliqulbaariul Mushowirul Ghoffar
Alqohharul Wahaabur Rozzaaqul Fattaahul 'Aliim
Alqoobidhul Baasithul Khoofidhur Roofi'ul Mu'izzul AlMudhil
AsSamii'ul Bashiirul AlHakamul'adl Allathiif

Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah
Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
Al-Malik -Yang Maha Menguasai
Al-Quddus -Yang Maha Suci
Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera
Al-Mu'min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa
Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa
Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
Al-Fattah -Yang Maha Pembuka
Al-'Alim -Yang Maha Mengetahui
Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang)
Ar-Rafi' -Yang Maha Peninggi
Al-Mu'izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
Al-Muzill -Yang Maha Menghina
As-Sami' -Yang Maha Mendengar
Al-Basir -Yang Maha Melihat
Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
Al-'Adl -Yang Maha 'Adil
Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus

Uhhh..
Dikaulah yang memulakan segala-gala nama-nama
Dia yang mengembalikan segala yang bernama
Empunya 99 nama kesemuanya
Dia yang memiliki Asma'Ul Husna
Nama terindah terpuji tertinggi
Sememangnya Engkau yang Maha Berkuasa
Maha Suci Maha Kaya Maha Tertinggi
Tiada yang lain yang bisa menandingi

AlKhobiirul Haliimul 'Adhimul ghofurus Syakuur
Al'aliyul Kabiirul Hafiidhul Muqiit Alhasiibul Jaliil AlKariim
AlRoqiibul Mujiib

Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
Al-Halim -Yang Maha Penyabar
Al-'Azim -Yang Maha Agung
Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
Al-'Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
Al-Kabir -Yang Maha Besar
Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
Al-Karim -Yang Maha Pemurah
Ar-Raqib -Yang Maha Waspada
Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul

Ohh.. ohhh..
Lidahku menyebut dan ku hitung 99 namaMu
Di hujung tasbih sanubariku
Ku seru semua namaMu
Tanda hubunganku denganMu
Setiap waktu
NamaMu ku sebut selalu
Bersedia menyeru
SifatMu asmaMu
Yang lain juga begitu
Dengan cara apa
Hanya Engkau saja yang tahu

AlWaa Si'ul Hakiimul Waduudul Majiid AlBaa''its AsSyahid
Alhaqqulwakiilul qowiyul Matiinul Waliy AlHamiid
Almuhshilul Mubdiul Mu'iidul Muhyiyul Mumiit AlHayyul Qoyyum
Alwaajidul Maajidul Waahidul Ahabis Shomadul Qoodirul Muqtadirul
AlMuqoddimul Muakh Khirul Awwalul Akhiir
Addhoohir AlBaatin AlWaali AlMuta AlBar Ruttawwaaab AlMuntaqimul

Al-Wasi' -Yang Maha Luas
Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
Al-Majid -Yang Maha Mulia
Al-Ba'ith -Yang Maha Membangkitkan Semula
Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
Al-Haqq -Yang Maha Benar
Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
Al-Matin -Yang Maha Teguh
Al-Waliy - Yang Maha Melindungi
Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
Al-Mu'id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
Al-Mumit -Yang Mematikan
Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
Al-Wajid -Yang Maha Penemu
Al-Majid -Yang Maha Mulia
Al-Wahid -Yang Maha Esa
Al-Ahad -Yang Tunggal
As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh
Al-Awwal -Yang Pertama
Al-Akhir -Yang Akhir
Az-Zahir -Yang Zahir
Al-Batin -Yang Batin
Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah
Al-Muta'ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)

Sana sifatMu maha suci terpuji
Di langit dan juga di bumi
Semuanya memuji muji

AlAfuwwur Roufum Maalikul Mulki Dzul Jalaali Wal Ikroom Almuqsit
Al Jaami'ul Ghoniy AlMughnil Maani'ud Dhoor Runnaafi'
AlNuurul Haadiiul Badii' AlBaaqiiul waaritsur rosyiidus AsShobuur

Al-'Afuw -Yang Maha Pengampun
Ar-Ra'uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
Al-Muqsit -Yang Maha Saksama
Al-Jami' -Yang Maha Pengumpul
Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
Al-Mani' -Yang Maha Pencegah
Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
Al-Nafi' -Yang Memberi Manfaat
Al-Nur -Yang bercahaya
Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
Al-Badi' -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
Al-Baqi -Yang Maha Kekal
Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
As-Sabur -Yang Maha Penyabar

Pasti segala nama-nama memangnya
Maha Berkuasa pemurah perkasa pencipta pencinta
Pengasih pemberi terpuji
Pengampun penyantun pemaaf pembuka hati
Mengetahui -- diri
Menyaksi mendengari mengawasi melindungi
Memulai dan mengakhiri
Maha kaya berjaya pereka
Maha raja
Maha segala galanya
Maha segala galanya hoo..
Uuuu...

Nada Pemanggil/ Ringback Tone: NamaMu Asma'Mu - Mawi feat. Jeff A To Z
Maxis - Dail *131*326704# dan tekan CALL
Digi - Taip CT 0404190 dan hantar ke 2000
U-Mobile - Taip CT 484536 dan hantar ke 28118

Ooo Ni Project Terbaru <b>Mawi AF</b> Rupanya! | Namee Roslan

Posted: 20 Mar 2013 12:00 AM PDT

Assalamualaikum...well hello... :)

-scroll down for the latest entry-

Eh hari tu tiba-tiba teringat Mawi AF tu sebab dah lama tak nampak dia kat tv. *yela sebab saya tak tengok tv pun. haha. Pastu tiba-tiba tengok rancangan Romantika astro ria tu , ada update pasal dia dengan wife dia Iekin tu dengan baby comel dia.Patutlah lama dah tak nampak kat tv, rupanya dia ada project baru dengan wife dia. Baru tahu...hihi. Diorang buat business rupanya . Tubuhkan product sendiri nama Unequein. vahvahvah

Product kecantikan.! Macam-macam jenis product kecantikan dia jual. Ada collagen, skincare and multijuice. Tapi saya dah cuba multijuice (Liquid health supplement) and collagen drinks Unequein ni. 

MULTIJUICE Liquid Health Supplements
Terasa nak cuba multiejuice dia sebab ingredients dia gabungan buah-buahan botani seperti delima, minyak zaitun, minyak habbatus sauda', cecair kurma, buah tin, kismis , air zam-zam dan madu yang mengandungi pelbagai khasiat mineral dan vitamin . Saya kalau nak makan supplement apa-apa mesti nak cerewet nak tengok ingredients dia. Ok, ini yang saya dah cuba....
Cara nak makan senang je, koyak je packet tu then makan macam makan chocolate tu. hehe

Diperbuat dari....

  • Delima – digelarkan ' superfruit' yang mengandungi anti oksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payudara, organ paru-paru dan jantung.
  • Kurma – terdiri daripada fenol, sterol, pigmendasquelen yang memainkan peranan penting, dalam kesihatan manusia. Dapat mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan seharian, membantu menyeimbangkan metabolism badan banyak lagi.
  • Buah Tin – Menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Membantu membersihkan hati dan jantung serta membersihkan lendir dalam usus.
  • Kismis – Menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, membersihkan hati dan mencerahkan mata.
  • Madu – Mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima.
  • Minyak Zaitun – Mengandungi perlindungan kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai proses penuaan.
Dah tengok ingredients ,memang yakin lah nak cuba product Unequein ni untuk kecantikan dalaman. Plus,packaging dia mudah sangat nak bawa gi mana-mana. 
sangat best. Ni packaging untuk multiejuice tu. Packet panjang-panjang. Antara kebaikannya..
DAPAT MEMBANTU PARA WANITA :-

1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)


Ini lagi satu yang saya dah cuba jugak...

Collagen: Vitamin B, C, L-Glutathione & Acai Berry + Beauty Technology

Yang ni pulak minuman collagen. Bermula umur 25 tahun memang elok sangat mula minum benda macam ni sebab mula umur 25 tahun dan keatas sebanyak 1.5% bilangan collagen akan hilang dari badan kita setiap tahun sehingga umur kita 45 tahun. So at that time, memang kulit pun akan kurang anjal, gigi, rambut dan tulang tak tahan. Minuman collagen ni lah yang bantu kita untuk maintain collagen dalam badan kita supaya maintain cun dan solid! mihmih. Faham tak ni ? hehe

Collagen... Kalau perempuan , collagen ni memang lah penting sangat. Sebab collagen ni bantu untuk kuatkan kulit, gigi, kuku, rambut and tulang kita. Membantu jugak untuk anjalkan kulit supaya tak berkedut. Then only, kita boleh jadi awet muda. Yay ! :)

Vitamin B... membantu mengurangkan simptom anemia dan depresi.

Vitamin C... adalah anti oksidan yang melambatkan kadar kerosakan radikal dan melindungi tubuh daripada jangkitan, mengekalkan kesihatan tulang dan gigi dan mempercepatkan penyembuhan luka.

 L-Glutathione.... mengurangkan kesan merah dibahagian tubuh kerana peningkatan usia. Ia juga membantu mencerah dan memutihkan kulit. 

Acai Berry.... baik untuk tubuh serta khususnya kerana tindakbalas anti oksidannya. Ia mampu mengelakkan gangguan toksid dalam badan dalam masa yang singkat.

Rasa dia sedap gila. Ketagih pulak nak minum collagen ni. Cara guna mudah je, bancuhkan dalam air suam then terus boleh minum. weeee. Dah dapat juice sedap. Rasa dia macam orange juice !  

Unequein ni pun ada jual produk penjagaan muka juga. Ini antaranya...


Kurangkan lingkaran dark circles and kedutan di mata. 
Membantu untuk avoid jerawat / ruam dari tumbuh di wajah kita.
Bantu untuk hapuskan jerawat-jerawat yang ada. 
Memutihkan , melembutkan kulit and anti-penuaan. 
Tengok product penjagaan muka macam best jugak. Tapi belum try lagi, lepas ni nak try. Tapi dia punya collagen and supplement multijuice tu memang saya highly recommended. Sedap dan berkhasiat ! Sesiapa yang nak cuba product Unequein dari Mawi dan Ekin ni atau berminat nak jadi dealer boleh terus ke sini... 
Toodles. :)

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Bersedia Jika Ditimpa Musibah - MyNewsHub

Posted: 21 Aug 2013 10:15 AM PDT


KUALA LUMPUR – Penyanyi Jamal Abdillah sudah lama membuat persediaan jika masa depannya gelap sekiranya jatuh sakit atau berlaku apa-apa musibah lain sehingga tidak membolehkan dia menyanyi lagi.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 54, berkata, sejak lapan tahun lalu dia telah memulakan pelbagai perniagaan seperti menjual produk kesihatan, kosmetik serta menyertai beberapa pelaburan lain demi kestabilan hidup.

"Dalam kerjaya saya, suara merupakan 'produk' utama yang harus dijaga.

"Saya juga tahu satu hari nanti saya mungkin tidak dapat menggunakan bakat yang diberikan Allah ini. Dan sejak lapan tahun dulu saya sudah mula mendalami bidang perniagaan.

"Alhamdulillah, bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi setakat ini saya memiliki beberapa buah perniagaan termasuklah melabur di bursa saham. Saya jadikan ia sebagai sumber pendapatan selain untuk simpanan masa depan saya," katanya.

Jamal ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diadakan di Dewan Merdeka di sini pada Rabu.

Tambah Jamal, dia juga baharu saja menceburkan diri dalam pelaburan hartanah dan mencadangkan kepada orang ramai agar mengikut jejaknya jika ingin melaburkan wang mereka.

Dalam pada itu Jamal turut bersyukur kerana sehingga kini dikurniakan Allah kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit serius.

"Syukur Alhamdulillah kerana saya tidak mempunyai penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung walaupun ada keturunan saya mudah mendapat penyakit tersebut.

"Sebab itulah saya amat berjaga-jaga dan tidak mahu terlalu berlebih-lebihan jika menikmati makanan. Kerana makanan biasanya menjadi punya segala penyakit," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Jamal bakal mengadakan persembahan konsert di Hotel Permai Kuala Terengganu pada 4 Oktober depan.

Sementara itu, mengenai majlis rumah terbuka PWTC, penyanyi Ramli Sarip turut hadir membuat persembahan menghiburkan kira-kira 2000 tetamu yang hadir.

Majlis bertemakan santai itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Maxson Abdullah Jaafar. – mStar

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


<b>Scha Al-Yahya</b> Geletek Awal Ashaari Bangun Sahur - Murai.com.my

Posted: 02 Aug 2012 05:00 AM PDT

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR,2 OGOS 2012: Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama sebagai pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha Al- Yahya akui mereka melalui pengalaman dan detik manis bersama yang sangat menyeronokkan ramadan ini.

Malah Awal Ashaari berkata dia dapat merasakan banyak perubahan ramadan kali ini bersama Scha Al-Yahya, apatah lagi waktu sahurnya kali ini tidak lagi dikejutkan ibunya, sebaliknya ia dilakukan isteri tersayang dengan cara yang sangat berbeza dan manja.

"Saya akui memang susah untuk bangun sahur. Jika saya bangun sahur pun saya hanya akan minum air atau mengambil apa jua makanan yang ringan.Tetapi waktu dulu ibu saya sangat memberatkan kepada kami untuk bangun waktu sahur kerana dia akan masak dengan banyak untuk kami sekeluarga makan. Jadi macam mana pun dia akan paksa anak-anaknya bangun sahur.

"Namun, cara ibu saya kejut sahur adalah dengan cara memercikkan air ke muka dan cubit-cubit supaya saya tetap akan bangun bersahur. Berbeza dengan Scha yang tidak terlalu memaksa tetapi tetap mahu saya bangun untuk minum paling tidak segelas air.

"Cara Scha kejut sahur tidak terasa kerana dia akan menggeletek saya sehingga saya bangun. Jika tidak dia akan begurau dengan mempercepatkan waktu di jam bagi menakut-nakutkan saya bahawa waktu bersahur hampir tamat. Walau bagaimana pun dia berjaya buat saya tertipu dan akhirnya bangun," katanya kepada murai.com.my pada majlis berbuka Astro Shaw, di Hotel One World, malam kelmarin

Sementara itu, Scha Al-Yahya pula memberitahu dia gembira kerana sudah berpeluang memasak untuk suami tercinta dengan menyediakan juadah kegemaran Awal.

"Walaupun sedih kerana kami tidak dapat berbuka bersama pada 1 Ramadan disebabkan tuntutan kerja masing-masing tetapi saya bersyukur kerana berpeluang dapat memasak juadah berbuka untuk kami bersama.

"Saya masak lauk yang ringkas sahaja iaitu sambal goreng ikan bilis dan juga sotong goreng kunyit, tetapi Awal sangat suka masakan sotong goreng kunyit saya. Kami masak bersama di dapur. Saya masak dan Awal tolong kritik. Dia suka mengkritik dan apa yang saya sediakan itu banyak mengikut citarasanya berbanding saya.

"Namun saya gembira kerana kami banyak habiskan masa bersama dalam menjalani ibadah puasa termasuk dapat melakukan terawih bersama-bersama," jelasnya Scha.

Awal dan Scha yang hingga kini masih menunggu rezeki untuk menimang cahaya mata telah berkahwin pada 4 Mei lalu.

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search


BOLLWOOD CARMEN LIVE | <b>Stephen Rahman</b>-<b>Hughes</b>

Posted: 12 Jun 2013 04:39 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]You can catch me in the show still at http://www.bbc.co.uk/iplayer/episode/p0193ywt/Bollywood_Carmen_Live/. Post Categories. movies · news · Uncategorized. Older Posts. June 2013 (2); October 2012 (1); July 2012 (2) ...

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Rapat Dengan Johan As&#39;ari, <b>Shila Amzah</b> Bimbang Dituduh <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2013 09:23 PM PDT

ohartis-shila-amzah-johan-as'ari-1

Lepas putus cinta tidak lama dulu, penyanyi Shila Amzah kini kelihatan sangat intim dengan pelakon Johan A'sari, Banyak gambar yang membuktikan kemesraan mereka dimuatnaik sendiri oleh mereka berdua ke laman sosial Instagram masing-masing sempena menyambut Syawal baru-baru ini.

Ramai peminat yang membuat spekulasi sendiri bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta. Namun, menurut Shila Amzah hubungannya dengan Johan As'ari hanyalah sebagai sahabat dan menafikan dakwaan mereka selama ini bercinta. Malah Shila juga bimbang dituduh perampas kerana sedia maklum bahawa Johan bakal melangsungkan pertunangan pada tahun ini.

"Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As'ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini. Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah Johan.

"Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi. Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham," ujar Shila mengulas tentang gosip terbarunya itu.

Shila juga menegaskan bahawa dia sudah tiada keinginan untuk mempunyai teman lelaki dan mahu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada kerjaya seni yang semakin melangkah jauh itu.

"Terus-terang saya katakan, saya sudah tidak ada keinginan untuk mempunyai teman lelaki buat masa ini. Hati saya belum terbuka untuk jadi teman wanita kepada seseorang. Seandainya jodoh saya sudah sampai, saya akan terima lelaki itu dengan seadanya dan saya akan berkahwin. Kalau hendak bercinta dan mempunyai teman lelaki, saya sudah tidak mahu. Saya pilih untuk fokus kepada kerjaya sahaja ketika ini. Saya juga tidak kisah siapa yang akan menjadi jodoh saya nanti," luah Shila lagi

Berikut beberapa keping gambar kemesraan antara Shila Amzah dan Johan As'ari. Klik untuk melihat gambar dengan saiz lebih besar.

OHARTIS: LEBIH BAIK BEGITU, DAH JUMPA JODOH TERUS KAHWIN TAK PAYAH BERCINTA LAMA-LAMA LAGI.

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


<b>Alif Satar</b> Gementar Temui Keluarga Kekasih - MyNewsHub

Posted: 12 Jul 2013 10:41 AM PDT


PETALING JAYA – Penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku iaitu Alif Satar mengakui gementar untuk bertemu dengan keluarga kekasihnya pada majlis berbuka puasa dalam masa terdekat ini.

Alif, 23, berkata, perasaan itu timbul kerana ini adalah kali pertama dia akan bertemu dengan keluarga teman wanitanya yang dikenali sebagai Shadila, 29, selepas tiga tahun bercinta.

"Insya-Allah saya bakal bertemu dengan keluarga kekasih dalam masa terdekat ini untuk berbuka puasa.

"Sudah tentu rasa gementar dan gugup itu ada dan berharap semuanya berjalan dengan lancar," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Hotel Royale Bintang Damansara di sini, Khamis lalu.

Dalam perkembangan sama, Alif berkata, dia tidak melihat perbezaan usia sebanyak enam tahun sebagai satu masalah dalam sesebuah hubungan kerana apa paling penting persefahaman di antara dua pihak.

Kata Alif, dia sangat selesa dengan Shadila dan tidak pernah memikirkan soal usia apabila bersamanya.

"Saya selalu rasa kami sebaya dan paling penting kami selesa di samping persefahaman yang menjadikan sesuatu hubungan itu kuat dan bukannya jarak usia," katanya.

Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Alif berkata dia meletakkan perkara itu kepada jodoh namun berharap hubungan tersebut akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

Dalam perkembangan lain, Alif berkata, bersempena bulan Ramadan kali ini dia berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual sejenis kuih tradisional Melayu iaitu biskut bakar.

Jelas Alif, penglibatannya itu hanya secara suka-suka dan ingin membantu ibu saudaranya yang membuat kuih berkenaan bersempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri.

"Peminat atau sesiapa yang membeli lima balang dan ke atas saya sendiri akan hantar biskut berkenaan ke rumah mereka sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

"Tetapi penghantaran itu hanya terhad di Lembah Klang sahaja," ujarnya.

Tambah Alif peminat yang berminat untuk mendapatkan kuih berkenaan boleh membuat tempahan menerusi laman Instagramnya di Alifsatar. – mStar Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


Gambar Bahagia Norman Hakim, <b>Memey Suhaiza</b>, Abby Abadi <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2013 07:33 AM PDT

Gambar Bahagia Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi & Farhan

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Mommy in Wonderland: <b>Memey Suhaiza</b> Pun Minum EPHYRA

Posted: 21 Aug 2013 02:00 AM PDT

Hah tunggu apa lagi Mommies....?

Kulit dia kalau cakap putih memang la dah putih sebelum ni. Tapi kan nampak lain seri dia tu. Nampak berseri sangatkan. Kalau tak percaya follow la Instagram dia.
Cepat la order siapa yang berminat tu. Harga masih promosi sempena bulan Syawal ni.
SMS : 019-9332747 *sms lagi cepat reply!
1x PREMIUM BOX = RM185 (POSTAGE INC)
FREE: 1 SHAKER + 1 RECYCLE BAG

@ 

2x PREMIUM BOX = RM350 + RM10 (POSTAGE)
FREE : 2 SHAKER + 2 RECYCLE BAG + 1 BAG ORGANIZER ( sementara stok masih ada. Sebab company dah stok keluarkan organizer bag)