keyboard shortcuts: ← previous photo → next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts
Pada: Rabu, 23 April 2014 Baru-baru ini Shaheizy Sam pergi bercuti ke pulau peranginan terkenal di Indonesia, pulau Bali. Pemergian Shaheizy ke sana bukan seorang-seorang tapi dengan kekasih dan juga ahli keluarganya.
Dengarnya kekasihnya itu bernama Najwa, Najwa satu masa dahulu adalah kekasih kepada Shaheizy dan putus di tengah jalan, tapi rasanya mereka dah ber'couple' semula.
Turut kelihatan Khaty Fauziah dan juga Zizie Ezette.
KUALA LUMPUR – Penyanyi lelaki kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia (AF), Hazama AF9 mengaku dirinya sememangnya berlagak dan sombong.
Namun, Hazama berkata, kenyataan yang dirinya berlagak hanyalah ketika dia beraksi dan sedang membuat persembahan di atas pentas.
"Ya. Saya memang berlagak. Tapi di atas pentas semasa saya menyanyi sahaja. Itu pun atas dasar menjiwai lagu dan nak berikan persembahan yang terbaik kepada penonton," kata Hazama seperti dalam akhbar Pancaindera.
Sebelum ini, cerita kurang enak melibatkan penyanyi itu berperangai sombong juga pernah dicanang umum.
Namun, Hazama mengambil pendekatan meleraikan segala spekulasi serta akan berubah dan bersikap lebih berhati-hati dalam membawa dirinya melayari industri hiburan.
Cerita yang mengatakan dia sombong dan berlagak timbul selepas ada beberapa pihak sekali lagi mendakwa Hazama bersikap angkuh dengan teman-temannya yang pernah berkerja sekali di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
"Sombongkah saya? Berlagakkah saya? Saya pun tak faham macam mana isu tak tegur-menegur ni boleh timbul. Ya, masa cerita ni keluar, saya ada terbaca dan sedia maklum mengenainya. Cuma saya tertanya-tanya, orang yang menyampaikan cerita ni betulkah kenal dengan saya? Betulkah kawan saya?
"Saya mengaku pernah bekerja di hotel berkenaan sebelum menyertai AF9. Lebih kurang lima tahun saya bekerja sebagai pembantu dapur hotel itu. Jadi, saya memang kenal dengan kebanyakan pekerja di situ. Tak ada sebab untuk saya sombong dan berlagak dengan mereka sebab saya dengan pekerja-pekerja di sana ibarat kawan rapat. Dah lama kenal," katanya.
Dengan tersebarnya cerita itu, Hazama menolak spekulasi teman-temannya yang menyebarkan cerita tersebut.
Hazama juga menyifatkan cerita yang dibuat tentang dirinya hanyalah rekaan dan karut semata-mata.
"Saya tak rasa yang menyampaikan cerita ni adalah kawan saya. Kalau dia betul kawan saya, dia sepatutnya lebih mengenali saya. Saya sendiri dah tanya pada kawan-kawan saya di hotel itu dan saya percaya mereka tak bawa cerita-cerita mengarut macam ni," katanya.

"Ya. Saya memang berlagak. Tapi di atas pentas semasa saya menyanyi sahaja. Itu pun...

Oleh: NAIMAH SHAARI

Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
Mencari Peluang Kerja Dari Rumah
PENYANYI Alif Satar, 24, telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Sha Dila Halid, 30, pada 14 Januari lalu di kediaman keluarga Sha Dila di Rembau, Negeri Sembilan.
Bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan September ini, pelantun Lelaki Seperti Aku itu sudah mempunyai tarikh kahwin.
Namun, enggan mendedahkannya kepada umum dalam masa terdekat ini demi menghormati permintaan ibunya.
Alif juga berkongsi perasaan terujanya dapat berkolaborasi dengan penyanyi terkenal antarabangsa, Ricky Martin, menerusi lagu Piala Dunia FIFA 2014, Vida.
Mereka sempat berbual menerusi Skype ketika mengikuti lawatan bersama Sony Music ke Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Alif selanjutnya.
Kosmo!: Difahamkan Alif bakal mendirikan rumah tangga pada bulan September ini sempena sambutan ulang tahun anda dan Sha Dila? Sudah mempunyai tarikh?
ALIF: Sudah ada tarikh tetapi maaf saya tidak dapat dedahkan ia buat masa ini demi menghormati permintaan ibu.
Sudahkah anda bersedia berumah tangga pada usia yang baru mencecah 24 tahun?
Walaupun agak gementar tetapi saya sudah bersedia. Saya sudah ada rumah dan kereta sendiri. Apa lagi yang saya mahukan kalau bukan seorang isteri. Saya juga sudah bertemu dengan keluarga bakal mertua.
Ada yang beranggapan anda berkahwin pada usia muda kerana ingin menjaga hati Sha Dila yang enam tahun lebih berusia daripada anda? Benarkah?
Saya sememangnya sudah bersedia memperisterikan dia. Bukan sebab hendak menjaga hati. Lagipun, saya sudah usung dia ke hulu ke hilir. Lebih elok sekiranya berkahwin.
Bagaimanakah penerimaan keluarga terutama ibu pada mulanya apabila anda mengambil keputusan untuk berkahwin?
Mama (panggilan pada ibunya) dan peminat sangat menyokong. Saya akui dalam perhubungan kami selama empat tahun memang banyak cabaran. Cabaran sebab saya sibuk dengan karier nyanyian. Kadang-kadang sampai tiga minggu kami tidak berjumpa.
Bagaimana pula penerimaan kawan-kawan apabila anda menyuarakan hasrat ingin berkahwin?
Ada seorang kawan saya cakap tak takut ke selepas kahwin kerjaya jatuh. Saya sebenarnya tidak suka bila dia cakap macam itu. Bagi saya perkahwinan merupakan permulaan dalam hidup saya. Adakah dia tidak percaya pada rezeki Allah? Saya ambil contoh Faizal Tahir dan Aaron Aziz, walaupun mereka sudah berkahwin, mereka tetap dapat membina kerjaya.
Bagaimanakah persiapan perkahwinan, sudah selesai?
Sudah selesai semuanya. Lokasi pun sudah ada. Kami akan bernikah dan melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur.
Ada dapat sebarang tajaan untuk perkahwinan anda?
Ada, tetapi saya tidak mahu menerimanya. Bukan sombong, sebaliknya saya mahu menggunakan duit saya sendiri.
Apakah keistimewaan Sha Dila sehingga dapat menambat hati anda?
Saya suka tengok dia ketawa. Dia juga pandai bawa diri dan pandai menjaga hati kanak-kanak serta orang tua.
Boleh kongsikan pula perasaan dapat berbual dan berkolaborasi dengan Ricky Martin menerusi lagu Vida?
Sebenarnya saya berharap sangat dapat bertemu dengan dia (Ricky). Saya bangga dapat berbual dengannya menerusi Skype. Malah, dapat turut sama berkolaborasi menerusi lagu Vida ini dengannya. Selain Ricky, saya juga teruja dapat bekerja sama dengan penyanyi popular Indonesia, Judika dan penyanyi Singapura iaitu Sezairi.
Selain daripada kolaborasi tersebut, apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang muzik?
November tahun lalu saya ada keluarkan album baharu berjudul Definisi. Album ketiga ini lain dengan album terdahulu saya seperti Nakal (2009) dan Lelaki Seperti Aku (2011). Album ini menunjukkan sisi matang saya. Sebanyak 90 peratus gaya lagu Bruno Mars dan Justin Timberlake ada dalam album baharu saya ini.
Lagu anda seperti Jangan Nakal dan Lelaki Seperti Aku cukup popular dan diminati ramai. Tetapi kenapa nama anda belum cukup popular dan kukuh dalam industri?
Saya sedar hakikat itu. Bagaimanapun, falsafah saya, saya lebih rela berada dalam situasi konsisten daripada popular dan nama merudum. Kalau boleh saya mahu menyanyi lama seperti Amy (Search) dan Zamani (Slam).
Fina AF9 telah memuat naik gambar pusat yang bertindik di akaun Istagram milik beliau. Bagaimanapaun, Fina yang popular dengan lagu 'Menangis Lagi' menafikan gambar itu kepunyaan beliau. Kata Fina:
"Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka. Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu."
Dalam pada itu, beberapa keping gambar yang menampakkan Fina memakai gaun ketat serta seksi juga turut dimuat naik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar berkenaan telah menimbulkan beberapa spekulasi serta dan persoalan kepada para peminat.
Pelakon dan pelawak Saiful Apek didapati bersalah memasukkan dadah kanabis dalam badan, empat tahun lalu. Gambar daripada thestar.com.my.Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 September tahun lalu.
Beliau turut memerintahkan semua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun.
Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.
Pada 30 September tahun lalu, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepas dan membebaskan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, serta tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 31; Shaiful Baharom, 27; dan Noremy Mohamad, 31, daripada pertuduhan selepas berpuas hati pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Berikutan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam
Sebelum ini, Mahkamah Majistret sama melepas dan membebaskan semua tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pada 22 Mei tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan semua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan tersebut.
Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan, Shaiful dan Noremy didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan. – Bernama,
Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.
Online user : 2,798 Widget Aktif : 3,868 Banner Aktif : 5,511