Nuffnang

Ahad, 1 April 2012

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Neelofa Bercinta Dengan <b>Hans Isaac</b> | Koqin&#39;s World

Posted: 12 Feb 2012 05:46 PM PST

Bekas awek aku, pelakon jelita, Neelofa secara tidak langsung mengiyakan gosip percintaannya dengan Hans Isaac apabila dia saban malam bersama aktor kacak itu sepanjang persembahan Lawak Ke Der? di Istana Budaya (IB) di sini baru-baru ini.

Menurut sumber dari IB, Neelofa dilihat hadir menemani Hans yang merupakan penerbit persembahan itu yang diadakan di Panggung Sari, IB pada 3, 4, 5, 10, 11 dan 12 Februari lalu di mana mereka kelihatan amat intim sewaktu berada di panggung tersebut.

"Boleh dikatakan setiap malam persembahan Lawak Ke Der? Neelofa pasti hadir dan duduk bersebelahan dengan Hans. Paling ketara apabila Neelofa dan Hans duduk bersebelahan di tempat duduk VIP sewaktu menyaksikan persembahan malam terakhir itu semalam.

"Malah, Neelofa turut membawa ibu, nenek serta beberapa orang adik beradiknya menonton sama persembahan tersebut. Ahli-ahli keluarga Neelofa dilihat amat mesra dengan Hans dan seolah-olah merestui hubungan intim mereka itu," kata sumber dari IB itu lagi.

Kelibat pasangan itu yang sering ke sana ke mari sewaktu di menyaksikan Lawak Ke Der? yang dijayakan oleh kumpulan Osbon, Boboi, Jozan, Harith Iskander dan Nabil Raja Lawak itu telah menjadi perhatian kebanyakan daripada 1,200 penonton di IB pada malam tersebut.

Sebelum ini, Neelofa yang enggan berterus terang hubungan intimnya dengan Hans dikatakan mula rapat dengan Hans sewaktu mereka pertama kali terbabit dalam penggambaran sebuah produksi di sekitar Lembah Klang pada hujung tahun lalu. –sumber

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


16 September Tarikh Pilihan <b>Eira Syazira</b> & Azad Jazmin | Berita <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2011 02:52 AM PDT

Home » Latest » 16 September Tarikh Pilihan Eira Syazira & Azad Jazmin
By Melodi

Posted on 05 Sep 2011 at 5:52pm

Kongsi di FB

eira syazira dan azad 16 September Tarikh Pilihan Eira Syazira & Azad JazminPelakon, Penyanyi dan dramatis kegemaran ramai, Eira Syazira telah membuat 'pengumuman' yang beliau akan mendirikan rumahtangga bersama pelakon yang agak kecoh bila membawa watak, Azad Jazmin pada 16 september ini di kediaman keluarga Eira di Putrajaya.  Majlis tersebut akan bermula pada pukul 8 malam bertepatan dengan tarikh 16 september tersebut. Majlis yang dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak bersama rakan media ini bertemakan Cermin & Kristal dengan warna temanya Red White dan Silver. wah memang indah sekali majlis mereka.Glamer u…

Majlis menyambut menantu pula akan berlangsung pada 26 november nanti, Majlis itu akan mendapat tajaan sepenuhnya dari Butik Jalinan Kasih. Eira Syazira & Azad Jazmin akan memakai persalinan rekaan dan tajaan oleh pereka fesyen Hairi Tajuddin & Wanpa.Tentang dulang hantaran pada maljis nanti, kata Eira pihak lelaki akan membawa 9 dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada pihak perempuan.

Setelah 3 tahun mereka menjalinkan percintaan, akhirnya mereka menamatkannya dengan menaiki jinjang pelamin. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua semoga majlis nanti berjalan lancar.

Incoming search terms:

lg share en 16 September Tarikh Pilihan Eira Syazira & Azad Jazmin

Post Lain Yang Patut Dibaca

Read Also

PERHATIAN: Pihak Wstarz tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Protege <b>Faizal Tahir</b> untuk Mentor 6 = Anas Ridzuan #anasayo | lAl®

Posted: 13 Mar 2012 01:13 AM PDT

Tadi diadakan sesi sidang media untuk rancangan realiti terbitan TV3 iaitu Mentor musim ke 6 yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Bagi aku, untuk Mentor 6 kali ni, salah seorang mentor yang wajar diberikan perhatian ialah Faizal Tahir.

Beliau yang kerapkali digelar sebagai Rockers dan juga seorang penyanyi yang berbakat besar kini diberi peluang untuk mendidik protege pilihannya.

Setelah sesi ujibakat yang diadakan pada Februari lalu, nampaknya Anas bin Ridzuan telah dipilih untuk menjadi protege beliau.

Bagi aku Anas Ridzuan ni harus diberikan perhatian kerana beliau juga seorang yang berbakat besar dan amat gigih dalam meneruskan minat beliau dalam industri kreatif tanah air.

Beliau bukan sahaja seorang yang pandai berlakon, tetapi bakat nyanyian yang beliau ada amatlah bagus.

Antara teater yang telah dilakonkan oleh Anas Ridzuan ialah Teater Juta-Juta arahan pengarah muda Fasyali Fadzli, dan juga Teater yang mendapat sambutan terhangat di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Teater 1 Plastik Hitam arahan Syahrul Fithri Musa.

Aku harap kita ramai-ramai memberikan sokongan padu untuk Anas Ridzuan  untuk Mentor musim ke 6.

Jangan lupa untuk FOLLOW twitter Anas Ridzuan di twitter beliau @AnasRidzuan
Sumber: Gua Malaysia

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


<b>Zul Huzaimy</b> bermentorkan Eman - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2012 05:40 AM PST

SINONIM dengan watak antagonis, aktor kelahiran Grik, Perak ini sudah lama bertapak dalam hati peminat filem Melayu. Berikan apa sahaja karakter, hampir tiada cacat dizahirkannya. Tidak keterlaluan meletakkan dia sebagai antara aktor hebat yang sedang segar menghijau.

Cuma, sensasi Zul Huzaimy Marzuki gara-gara kisah perceraiannya bersama bekas isteri sedikit masa dahulu membuatkan dia berdiam diri. Membawa kisah peribadi jauh daripada publisiti tidak bermakna pelakon berusia 33 tahun itu sepi berkarya.

Dalam diam, dia melebarkan sayap seninya. Bermula sebagai pelakon kecil dari pentas-pentas teater kepada pelakon drama dan terjulang mengungguli anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem Wayang, bapa anak satu ini, mengukuhkan nama sebagai pengarah pula.

Kata Zul, dia berehat dan memilih untuk berkarya dalam naskhah sendiri kerana karakter yang diberikan pengarah tidak mengujakan selera seninya.

"Minat untuk pengarahan memang telah lama ada, kecintaan saya ada di situ. Seronoknya bila berkarya sendiri, kadang-kadang ada watak ciptaan sendiri tidak mampu saya lakonkan. Jadi, bila mengarah drama, watak berat harus diberi kepada pelakon lain," katanya terpetik nama pelakon handalan, Eman Manan sebagai pelakon kegemarannya.

Dalam banyak drama tulisan sendiri mahupun karya penulis skrip lain, nama Eman Manan kerap menjadi taruhannya, terbaru mereka bekerjasama dalam Kenapa Aku Mencuri yang disiarkan di saluran Astro.

"Eman ada kefahaman dan mampu menyampaikan tulisan saya dalam pengucapan dan gaya bahasa terbaik. Drama pertama arahan saya berjudul Rambung (2009). Eman jadi pelakon utama dan individu yang banyak bagi kepercayaan kepada saya ketika itu ialah Baharin Abu Bakar. Selepas itu, banyak juga drama yang sudah saya arahkan," terletus tajuk-tajuk seperti Dia Bukan Ibuku dan Di Langit Ada Cinta sebagai drama yang pernah menerima sentuhannya.

Sudah banyak drama tercipta dan semuanya adalah telemovie, tahun ini bakal menyaksikan percubaan pertama Zul bertindak sebagai pengarah drama bersiri.

Tidak lupa asal kariernya sebagai pelakon, Zul yang selesai penggambaran drama arahannya Aku Belum Mati itu menantikan kemunculan terbaharunya dalam drama Ampunkan Dosaku, mengisi Slot Azalea di TV3. Dia masih laku sebagai pembawa watak anak derhaka, suka bersosial dan mengenepikan nilai hormat dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga.

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


<b>ALONG CHAM</b>, DUTA PERTAMA MODENAS | MummyNemo

Posted: 22 Mar 2012 04:30 AM PDT

ALONG CHAM, DUTA PERTAMA MODENAS

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

No of View :196
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Ungkapan ini sesuai ditujukan buat pelawak serta pelakon, Along Cham di mana beliau kini dilantik menjadi duta pertama bagi Modenas. Pengumuman ini dibuat malam tadi ketika majlis kesyukuran filem Adnan Sempit 2 yang berjaya mendapat kutipan sebanyak RM6.8juta.

"Sejujurnya, saya terperanjat apabila ditawarkan oleh pihak Modenas pada awal tahun ini. Saya klasifikasikan perkara ini sebagai rezeki anak, rezeki dari Allah dan juga rezeki Adnan Sempit. Fenomena Adnan Sempit ini kuat, watak saya, Bobby juga selalu menggunakan motor Modenas, jadi mungkin sebab itu mereka memilih saya sebagai duta mereka," ujar Along ketika ditemui di Kelantan Delights, malam tadi.

"Ini duta yang pertama saya dan saya memang terperanjat sangat. Bukan senang untuk saya menjadi duta produk. Masa tengok tawaran, alhmadulillah, saya tak fikir panjang kerana ia berbaloi untuk saya terima. InsyaAllah, kontrak saya bersama Modenas selama setahun."

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, dia baru saja selesai menjalani penggambaran filem 'Wawa Semput'. Pada 17 April ini, Along akan menjalani pula penggambaran filem Adnan Sempit 3. Hari ini, filem lakonannya bersama Angah Raja Lawak, 'Jidin Sengal' akan mula ditayangkan di pawagam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> tak sangka 3 kali jadi finalis Artis Komedi Wanita Popular <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 07:56 AM PST

Kerja keras Didie Alias selepas nekad kembali aktif dalam dunia lakonan berhasil apabila nama Didie masih kekal dalam senarai Top 5 Artis Komedi Wanita Popular ABPBH 2011. Ia pencalonan ketiga diterima Didie yang kembali mendapat kepercayaan beraksi di depan kamera selepas membintangi drama, Labuna Labuni di samping Enot.
"Ia sesuatu yang di luar jangkaan saya. Bayangkan pada usia hampir 40 tahun, peminat masih menerima dan meletakkan saya dalam senarai popular. Anehnya putaran hidup ini. Alhamdulillah, Tuhan sentiasa membentangkan laluan rezeki selesa untuk saya nikmati. Melihat apa yang saya lalui dulu, saya bersyukur kerana diberi Tuhan kekuatan untuk terus bertahan dalam bidang ini.

"Orang lain mengecap kemasyhuran dan populariti pada usia muda, saya pula cuma menikmatinya ketika usia matang. Namun itu rezeki masingmasing, saya tidak pernah mengeluh atau menyesal," katanya yang nekad meninggalkan karier lakonan ketika namanya mula di puncak kerana mendirikan rumah tangga pada 1992.

Didie menjelaskan, tiada siapa tahu getir dilaluinya ketika kembali mahu membina tapak sebagai pelakon selepas perkahwinan pertama rebah di pertengahan jalan. Kegagalan itu membawa Didie mengalihkan fokusnya kepada kerjaya di balik tabir. Status yang berubah itu, sekelip mata membuatkan ada segelintir memperlekehkan dirinya. Biarpun terkilan, Didie akur untuk bertahan kerana semangat juangnya sebagai insan seni begitu tinggi.

"Saya pernah berada di bawah, tempat di mana tiada siapa yang memandang dan mengambil tahu hal kita. Saya tidak kecewa, sebaliknya situasi itu menyuntik keazaman tinggi untuk saya bekerja kuat. Syukur kerana Tuhan memberikan saya peluang kedua. Peluang yang jarang diperoleh ramai orang, namun saya diberi kesempatan kembali mengecap populariti. Disebabkan itu saya serius menjaga kerja," katanya yang sentiasa mencabar diri memberikan persembahan terbaik dan menolak sifat malas.

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


Zizan & <b>Noorkhiriah</b> Menang Artis Lelaki Komedi Paling Popular <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2011 04:00 PM PST

Hai semua…

Senarai finalis kategori Artis Lelaki Dan Wanita Komedi Paling Popular telah diumumkan dan mereka-mereka yang tersenarai amat-amat menepati citarasa saya.Semuanya memang ada kelebihan dan lawak-lawak mereka memang terbaik lah.

Ini adalah senarai finalis untuk kategori lelaki:-

  • Zizan
  • Johan
  • Nabil
  • Along
  • Angah

Dan ini pula adalah kategori wanita:-

  • Didie Alias
  • Kak Engku
  • Kenchana Dewi
  • Sharifah Shahirah
  • Noorkhiriah

Bagi pendapat saya yang layak memang untuk kategori Artis Lelaki dan Wanita Komedi Paling Popular adalah Zizan dan Noorkhiriah.Kalau Zizan memang takleh nak sangkal lagi lah.lawak zizan memang terbaik kalau nak dibandingkan dengan Nabil atau finalis yang lain.

Tapi itu just jangkaan saya sahaja.Bagaimana dengan korang pulak?siapakah artis pilihan korang?Apa-apa pun,mai kita main vote sikit kat bawah ini.Kita lihat siapakah yang dijangkakan akan menang kategori Artis Lelaki dan Wanita Komedi Paling Popular.

[poll id="6"]

[poll id="7"]

p/s:korang juga boleh vote di blog Abang Nara.