Nuffnang

Sabtu, 16 November 2013

saleem iklim - Google Blog Search

saleem iklim - Google Blog Search

Seribu Kali Sayang Bangladeshi Saleem Iklim - SukaSedap

Posted: 12 Nov 2013 10:03 PM PST

WW atau Wordless Wednesday ialah satu fenomina di mana setiap hari Rabu blogger akan menerbitkan gambar tanpa apa-apa diskripsi – gambar tersebut menjelaskan apa yang ingin disampaikan.

");(function(){var nn=document.createElement('script');nn.type='text/javascript';nn.src='http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js';var s=document.getElementsByTagName('script')[0];s.parentNode.insertBefore(nn,s.nextSibling);})();/*]]>*/

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad Senang Akan Hubungan Shila Amzah Dan Johan ...

Posted: 03 Nov 2013 09:27 AM PST

Sharnaaz Ahmad yang suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Shila Amzah telah mengakui sebelum ini dia tertekan ketika gosip mengatakan bekas kekasihnya itu dan Johan As'ari berkawan rapat, bercinta dan sebagainya.

"Ya, saya tahu bahawa mereka katanya sedang berkawan rapat dan pada mulanya saya sukar untuk menerima hakikat ini tetapi apabila kelamaannya saya sudah tidak kisah dan boleh menerimanya," ujar Sharnaaz Ahmad yang ditemui.

Dia juga turut memberitahu bahawa berkat sokongan dari keluarga, dan pengurusnya telah menguatkan semangatnya untuk terus bergerak ke hadapan untuk menempuh fasa seterusnya dalam kehidupan.

"Alhamdulillah keluarga dan begitu juga dengan pengurus saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk saya terus kuat dan lebih maju ke hadapan. Biarlah benda lepas kita buang jauh-jauh," katanya lagi.

"Rezeki di tangan Tuhan," itulah semangat yang diucapkan oleh Sharnaaz Ahmad kerana selepas peristiwa tersebut rezekinya dalam bidang lakonan ini semakin banyak dan buktinya pada malam Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) dia telah dicalonkan dalam 2 kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan juga Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi drama Di Bawah Langit Mu dan filem Juvana.

"Saya bersyukur sekali selepas peristiwa tersebut hidup saya kembali seperti sedia kala dan meneruskan kerja-kerja saya seperti biasa. Saya juga bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan kerjaya saya dengan menerima beberapa tawaran lakonan"

Sementara itu, dia juga turut memberitahu bahawa jiwanya kini seolah-olah kosong dan sepi.

"Saya rasa kosong dan kadang-kadang sunyi, apa yang terjadi kepada saya banyak yang saya kongsikan dari Pengurus saya dan dialah banyak memberikan sokongan dan dorongan sehingga kini," katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search

Akim Ahmad Sasar Kahwin Tahun Hadapan | Portal Hiburan ...

Posted: 02 Oct 2013 05:03 PM PDT

Akim Ahmad Sasar Kahwin Tahun Hadapan

Sebelum ini timbul cerita berkenaan Akim mula berkongsi ilmu-ilmu keagamaan dengan Stacy, sekaligus membuatkan ramai pihak berpendapat bahawa pasangan yang digosipkan bercinta ini sudah bersedia untuk melangkah ke jinjang pelamin.

Artikel berkaitan:

Akim yang ditemui sewaktu majlis sidang media Liga Lawak Superstar semalam bagaimanapun menyatakan masih belum betul-betul bersedia kerana menyedari tanggungjawab menjadi seorang suami sangat besar.

Sebenarnya saya belum sedia kerana masih di dalam proses melengkapkan diri saya untuk menjadi seorang suami. Jadi, dalam proses tu, saya kena sediakan macam-macam untuk bakal isteri saya. Iyalah, nak menjadi suami bukan satu tanggungjawab yang senang, kalau takde persiapan, susah lah nanti.

Namun begitu, Akim telah menyasarkan tahun hadapan untuk menamatkan zaman bujangnya. Walaupun baru berumur 22 tahun, Akim akui gemar dengan konsep kahwin di usia muda.

Akim Ahmad Sasar Kahwin Tahun Hadapan

Saya sebenarnya suka kahwin awal. Jadi saya letak target untuk saya berkahwin adalah pada tahun depan.

Berkenaan kerjaya pula, Akim kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk tiga episod terakhir Kampung Girl sebelum bakal menumpukan sepenuh perhatian kepada program Liga Lawak Superstar.

Jika dilihat sekarang ini wajah Akim semakin kerap menghiasi kaca televisyen sebagai seorang pelakon berbanding penyanyi. Namun anak muda ini menganggap segalanya adalah rezeki dan berkat doa dari ibu bapanya.

Alhamdulillah, semuanya adalah hasil daripada doa ibu bapa saya sendiri yang membuatkan rezeki saya semakin mencurah-curah. Saya ceburi bidang lakonan bukan bermaksud saya lupakan nyanyian, cuma saya mahu kutip seberapa banyak pengalaman yang boleh untuk timba pengetahuan.

Dalam perkembangan lain, Akim juga kini sedang dalam proses untuk mengumpulkan material dan idea untuk album baru yang dijangka akan dilancarkan tahun hadapan.

Menurut Akim lagi, peminat-peminat juga boleh menantikan kemunculan single terbarunya berjudul Dunia Dan Syurga dalam masa terdekat ini.

Ezany Nizariff - Google Blog Search

Ezany Nizariff - Google Blog Search

Ezany Nizariff Tak Kenang Budi – Zed Zaidi | Sensasi Selebriti

Posted: 17 Jul 2013 08:21 AM PDT

zedzaidi ezany Ezany Nizariff Tak Kenang Budi   Zed Zaidi
Tuduhan pelakon Ezany Nizariff kononnya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak bertindak terhadap dua laporannya adalah satu kenyataan yang dianggap tidak mengenang budi.

Presiden Seniman, Zed Zaidi, 33, berkata, pihaknya telah berusaha untuk membantu Ezany, 40, tetapi perkara itu mestilah mengikut peraturan tertentu termasuklah mempunyai surat dengan pihak-pihak berkenaan.

"Kami sudah mendapat surat jawapan daripada pihak-pihak berkenaan untuk diaturkan temu janji bagi menyelesaikan masalah Ezany tetapi pada saat-saat akhir Ezany tidak memberi respons kepada kami sama ada untuk menyertai pertemuan itu atau pun tidak.

"Sebaliknya Ezany memberi kami pilihan untuk melantik sebuah persatuan seni lain sebagai pemerhati dalam pertemuan itu. Mana boleh macam tu? Persatuan mana yang dia nak minta tolong sekarang ini?", ujar Zed Zaidi.

Beliau mengulas kenyataan Ezany yang kesal dengan tindakan Seniman kerana gagal bertindak selepas pelakon membuat dua laporan pada April lalu berhubung isu tunggakan hutang syarikat produksi terhadapnya dan kes kononnya dia digam oleh RTM.

Bagaimanapun maslah Ezany itu selesai apabila dia menerima semula baki hutang sebanyak RM3,500 untuk penggambaran drama Titian Dua terbitan NR Network selain salah fahamnya dengan pihak RTM juga dapat diselesaikan selepas meminta bantuan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.

Katanya, perbuatan Ezany yang menuduh Seniman 'tidak buat kerja' itu benar-benar tidak profesional kerana dalam masa yang sama dia merujuk kes berkenaan kepada persatuan lain untuk meminta bantuan.

"Kami buat kerja ikut peraturan. Bukan ikut cara cowboy. Kami berniat nak bantu Ezany tetapi akhirnya dia kutuk kami balik. Dia tuduh kami tak buat kerja tetapi bila kami nak tolong, muncul pula persatuan lain yang nak tunjuk hero," katanya.

sumber : mStar online

229 total views, 1 views today

Incoming search terms:

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad Berhati-hati Dalam Cinta - myNewshub

Posted: 03 Oct 2013 09:34 PM PDT

Mengikuti perkembangan pelakon, Fahrin Ahmad, satu soalan yang tidak pernah lekang dari bibir wartawan dan peminat pastinya pada soalan berkaitan jodoh.

Mana tidaknya, dalam usia matang 34 tahun, mana mungkin jejaka kacak ini tidak mendapat perhatian dari mana-mana wanita di luar sana.

Fahrin menerusi temubualnya bersama Harian Metro mengakui bahawa beliau kurang bernasib baik dalam percintaan kerana telah beberapa kali putus cinta.

Beliau turut menyatakan bahawa dirinya sudah mula serik menjalinkan hubungan dengan selebriti wanita.

"Sebelum ini apabila saya sukakan seseorang, saya akan minta nombor telefon tetapi sekarang saya akan bertanya pada diri sendiri dulu adakah gadis itu boleh dipercayai untuk memulakan sesuatu hubungan.

"Terus terang, saya kini lebih berhati-hati menjalinkan hubungan dan bersikap lebih realistik berbanding dulu. Kalau nak jadi lelaki romantik pun biarlah selepas berkahwin," katanya.

Tambah Fahrin lagi, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk tidak mengulangi kesilapan lalu dan yakin Allah S.W.T akan mempertemukan beliau dengan jodohnya suatu hari nanti.

Tidak menafikan ibunya pernah mahu memperkenalkan seseorang kepadanya, namun pelakon ini tampaknya lebih suka memilih calon pilihan hatinya.

Fahrin juga tidak menganggap kehidupan solonya sebagai suatu masalah kerana pada masa ini dia cukup fokus pada karier selain menjaga ibunya yang kurang sihat.

Baguslah kalau begitu Fahrin. Tidak perlu tergesa-gesa, bimbang nanti tersilap membuat pilihan, tak pasal-pasal merana badan.

Oleh: ELZA

Fahrin Ahmad Berhati-hati Dalam Cintahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Fahrin-Ahmad.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Fahrin-Ahmad-150x150.jpgMyNewsHub myArtisTerkini

Mengikuti perkembangan pelakon, Fahrin Ahmad, satu soalan yang tidak pernah lekang dari bibir wartawan dan peminat pastinya pada soalan berkaitan jodoh. Mana tidaknya, dalam usia matang 34 tahun, mana mungkin jejaka kacak ini tidak mendapat perhatian dari mana-mana wanita di luar sana. Fahrin menerusi temubualnya bersama Harian Metro mengakui bahawa beliau...

Mengikuti perkembangan pelakon, Fahrin Ahmad, satu soalan yang tidak pernah lekang dari bibir wartawan dan peminat pastinya pada soalan berkaitan jodoh.

Mana tidaknya, dalam usia matang 34 tahun, mana mungkin jejaka kacak ini tidak mendapat perhatian dari mana-mana wanita di luar sana.

Fahrin menerusi temubualnya bersama Harian Metro mengakui bahawa beliau kurang bernasib baik dalam percintaan kerana telah beberapa kali putus cinta.

Beliau turut menyatakan bahawa dirinya sudah mula serik menjalinkan hubungan dengan selebriti wanita.

"Sebelum ini apabila saya sukakan seseorang, saya akan minta nombor telefon tetapi sekarang saya akan bertanya pada diri sendiri dulu adakah gadis itu boleh dipercayai untuk memulakan sesuatu hubungan.

"Terus terang, saya kini lebih berhati-hati menjalinkan hubungan dan bersikap lebih realistik berbanding dulu. Kalau nak jadi lelaki romantik pun biarlah selepas berkahwin," katanya.

Tambah Fahrin lagi, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk tidak mengulangi kesilapan lalu dan yakin Allah S.W.T akan mempertemukan beliau dengan jodohnya suatu hari nanti.

Tidak menafikan ibunya pernah mahu memperkenalkan seseorang kepadanya, namun pelakon ini tampaknya lebih suka memilih calon pilihan hatinya.

Fahrin juga tidak menganggap kehidupan solonya sebagai suatu masalah kerana pada masa ini dia cukup fokus pada karier selain menjaga ibunya yang kurang sihat.

Baguslah kalau begitu Fahrin. Tidak perlu tergesa-gesa, bimbang nanti tersilap membuat pilihan, tak pasal-pasal merana badan.

Oleh: ELZA