Nuffnang

Ahad, 29 Disember 2013

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


photo terkini <b>kumpulan jinbara</b>-latihan muzik - Media Shah Alam

Posted: 02 Jul 2012 08:35 PM PDT


Jinbara -Kumpulan ini sedang mengadakan latihan untuk persembahan di Kuala Lumpur beberapa hari lagi,Antara yang hadir semasa sesi latihan ,Anjang,Hakim.Atan,Chepot,Manakala  Tiar penyayi kumpulan ini tidak dapat hadir kerana ada urusan,

Peralatan muzik disediakan oleh pertubuhan bukan Kerajaan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" syabas Jinbara dan "Persatuan Kebajikan Shah Alam"

Media Shah Alam sempat merakam beberapa foto untuk tatapan para peminat Jinbara,,,,,,,

About the Author

Posted by Oren SKA on Tuesday, July 03, 2012. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

By Oren SKA on Tuesday, July 03, 2012. Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

"; removeRelatedDuplicates_thumbs(); printRelatedLabels_thumbs();

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Rambut Saya Takkan Dilihat Oleh Sesiapa - <b>Lisdawati</b> | Portal <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2013 05:08 PM PDT

Rambut Saya Takkan Dilihat Oleh Sesiapa   Lisdawati

Umum tahu dramatis terkenal, Lisdawati kini telah tampil dengan imej yang lebih sopan dan ayu bertudung.

Namun begitu, sewaktu di awal penghijrahannya, pelakon tersebut pernah dipalitkan dengan isu yang tidak berasas, di mana dia didakwa sanggup membuka tudung jika diarahakan oleh pihak pengarah.

Artikel Berkaitan :

Berikutan isu itu, Lisdawati  telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh melihat rambutnya selepas ini.

Kenyataan itu salah. Sebenarnya ada maksud yang tersirat dan tersembunyi. Tetapi bila cara penulisan itu salah,  jadi orang akan fikir, saya akan buka tudung kalau pengarah suruh. Akan tetapi, semua itu tidak benar.

Kalau dah pakai tudung, pakailah terus. Mana ada istilah buka balik. Kenyataan itu saya tak boleh jelaskan.

Rambut saya tak akan dilihat oleh sesiapa. Kalau ada drama-drama yang keluar di kaca televisyen sekarang nampak saya tidak bertudung, itu adalah drama-drama saya sebelum berhijab. Untuk tidak mengelirukan, sebenarnya saya masih ada beberapa drama dan telemovie yang masih belum ditayangkan sebelum saya bertudung.

Rambut Saya Takkan Dilihat Oleh Sesiapa   Lisdawati

Lisdawati & Fauzi Nawawi sekitar pelancaran butik online terbaru, Didie Alias

Mengulas lebih lanjut mengenai soal pemakaian hijab dan lakonan, dramatis ini akui merasa terkejut apabila melihat drama lakonan terbarunya Ogos lepas.

Menurut Lisdawati, penggambaran drama tersebut telah berjalan sejak setahun lalu dan tidak menyangka ia baru ditayangkan pada tahun ini.

Kalau nak tahu, amat mengejutkan apabila drama terbaru saya masa Hari Merdeka baru-baru ini adalah drama yang saya shoot pada tahun lepas. Dah setahun, baru keluar. Jadi, saya harap penonton faham dengan situasi itu.

Kalau boleh, saya nak drama-drama yang saya shoot sebelum berhijab itu ditayangkan pada tahun ini juga. Jadi, untuk tahun hadapan, biarlah semuanya keluar dengan imej terbaru, supaya tidak akan berlaku salah faham lagi.

Rambut Saya Takkan Dilihat Oleh Sesiapa   LisdawatiLisdawati akui Fauzi merupakan seorang yang peramah

Beralih kepada soal gosip terbaru yang melibatkan suaminya, Fauzi Nawawi bersama bekas pelajar Akademi Fantasia, Noni, pelakon wanita tersebut akui lebih selesa untuk memandang perkara itu daripada sudut yang positif.

Bagi Lisdawati, suaminya hanyalah seorang yang peramah dan disebabkan keramahannya, ramai pihak yang telah salah anggap sehingga menimbulkan gosip-gosip tidak berasas seperti itu.

Apa pun, untuk semua peminat Lisdawati dan Fauzi Nawawi, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik mereka sekitar pelancaran butik online Didie Alias, HITHAM petang semalam.

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> Promosi Lagu Di Radio Switzerland | ROTIKAYA

Posted: 04 Dec 2013 09:01 AM PST

Baru baru ini, Maya Karin telah diundang sebagai tetamu istimewa untuk sebuah program radio di Switzerland dan pelakon juga penyanyi ini sempat melontarkan suara beliau membawakan lagu Bintang Syurga untuk para pendengar di sana.

"Program yang disiarkan di Radio Television Suisse itu dikendalikan penyanyi terkenal di sana, Bastian Barker — selain ditemubual, Maya juga berpadu suara dengan Barker untuk beberapa lagu termasuk Bintang Syurga," ujar Pegawai Promosi & Pemasaran Warner Music Malaysia.

"Selain itu, Maya Karin turut mengadakan mini persembahan di Radio Television Suisse yang disaksikan oleh kira-kira 200 penonton," tambahnya lagi.

Dalam kenyataan yang sama hari ini, Maya Karin khabarnya telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton di Switzerland dan mereka menyukai akan alunan suara Maya Karin yang gemersik itu. Mana tahu rezeki boleh bina karier di'sana 'kan? (rtky/m)


Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>KilaFairy</b> Bertudung, Bercinta Dengan Amar Ashraf?

Posted: 31 Oct 2013 12:00 AM PDT

Pada: Khamis, 31 Oktober 2013 Dengarnya Kilafairy kini dah bertudung aka berhijab dan juga bercinta dengan pelakon, Amar Ashraf. Memang tidak dinafikan, sebab gambar-gambar dibawah ini dia bertudung rapi seperti muslimah sejati. Dan hubungan dengan Amar Ashraf itu juga mungkin agak keliru sedikit.

Namun dia buat begini bukanlah atas dasar kekal dan realiti, cuma untuk berlakon jew bersempena Drama untuk Hari Maal Hijrah. Drama ini sudah ditayangkan di TV2, 29 Oktober yang lalu.

Pelakon lain yang turut membintangi lakonan ini adalah, Achong, Ku Fridah, Cico Harahap dan Shafriz Shaharuddin Thamby.

Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>aizat amdan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Dec 2013 11:18 AM PST

aizat amdan - Google Blog Search

<b>Aizat Amdan</b> Dominasi Shout! Awards 2013 - MyNewsHub

Posted: 25 Oct 2013 09:23 PM PDT


Penyanyi berbakat besar, Aizat Amdan dilihat mendominasi pencalonan anugerah hip dan urban, Shout! Awards apabila namanya tercalon dalam empat kategori.

Dia tercalon menerusi Anugerah Rockstar, Anugerah Popstar dan dua muzik video berbeza dalam Anugerah Video Muzik.

Anugerah yang sudah memasuki tahun keempat penganjurannya itu juga membariskan nama Waris dengan tiga pencalonan manakala Azlan & The Typewriter, Faizal Tahir, Hafiz dan Jaclyn Victor masing-masing dengan dua pencalonan.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan NTV7, Airin Zainul, "pemilihan ini dinilai oleh panel juri profesional yang mewakili industri penyiaran muzik dan filem. Mereka akan memilih dan menyenarai pendek calon-calon sehingga menjadikannya kepada Top 6. Jadi keputusan ini seperti yang ditetapkan oleh mereka".

Shout! Awards kali ini seperti biasa akan mengundang penyanyi antarabangsa dan kali ini ahli kumpulan Westlife, Shane Filan akan menghiburkan penonton pada 9 November ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Oleh: AUDREY LEE

Aizat Amdan Dominasi Shout! Awards 2013http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Aizat-Amdan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Aizat-Amdan-150x150.jpgAuthor MNH myArtisTerkini,,

Penyanyi berbakat besar, Aizat Amdan dilihat mendominasi pencalonan anugerah hip dan urban, Shout! Awards apabila namanya tercalon dalam empat kategori. Dia tercalon menerusi Anugerah Rockstar, Anugerah Popstar dan dua muzik video berbeza dalam Anugerah Video Muzik. Anugerah yang sudah memasuki tahun keempat penganjurannya itu juga membariskan nama Waris dengan tiga pencalonan...

Penyanyi berbakat besar, Aizat Amdan dilihat mendominasi pencalonan anugerah hip dan urban, Shout! Awards apabila namanya tercalon dalam empat kategori. Dia tercalon menerusi Anugerah Rockstar, Anugerah Popstar dan dua muzik video berbeza dalam Anugerah Video Muzik. Anugerah yang sudah memasuki tahun keempat penganjurannya itu juga membariskan nama Waris dengan tiga pencalonan manakala Azlan & The Typewriter, Faizal Tahir, Hafiz dan Jaclyn Victor masing-masing dengan dua pencalonan. Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan NTV7, Airin Zainul, "pemilihan ini dinilai oleh panel juri profesional yang mewakili industri penyiaran muzik dan filem. Mereka akan memilih dan menyenarai pendek calon-calon sehingga menjadikannya kepada Top 6. Jadi keputusan ini seperti yang ditetapkan oleh mereka". Shout! Awards kali ini seperti biasa akan mengundang penyanyi antarabangsa dan kali ini ahli kumpulan Westlife, Shane Filan akan menghiburkan penonton pada 9 November ini di Stadium Putra, Bukit Jalil. Oleh:<strong> AUDREY LEE</strong>

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Pengurus Nafi <b>Neelofa</b> Kena Tangkap Khalwat | ROTIKAYA

Posted: 27 Dec 2013 03:45 PM PST

Pengurus Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa, Mohd. Amer Shafiq Khalip menafikan sekeras-kerasnya tentang berita pelakon berkenaan telah ditangkap khalwat malam kelmarin.

Amer berkata, pada malam pelakon tersebut dikatakan ditangkap khalwat, dia menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

Neelofa menerusi akaun laman sosial beliau memberikan komen tentang isu ini.

"Jika benar saya ditangkap khalwat pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya"

"Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut, terima kasih," tulisnya yang turut mendakwa kisah ini menjatuhkan maruahnya.


Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


Terkini!!! Isteri Awal Ashaari, <b>Scha Al-Yahya</b> Disahkan Hidap Kanser <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2013 12:00 AM PST


 

Pelakon, pengacara dan model seksi, Scha Al-Yahya disahkan menghidap kanser rahim atau nama saintifiknya Endometriosis selepas melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 4 September lalu.

Mengulas berkenaan reaksinya selepas mendapat tahu terdapat ketumbuhan pada pangkal rahim, Scha Al-Yahya melahirkan rasa terkejutnya dan tidak menyangka sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah tersebut, dipetik dari Harian Metro.

"Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit."


"Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa."
"Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan."
"Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu."