Nuffnang

Sabtu, 31 Disember 2011

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


ceritera cinta aku dan pendek: Abang, izinkan aku bercinta!! (Bab 4)

Posted: 28 Dec 2011 10:15 PM PST

   Idham meletakkan kunci keretanya di atas kerusi. Telefon bimbitnya yang tidak henti berdering tidak Idham dipedulikan. Pembantu rumah dari Indonesia yang berdiri tegak di sisinya dipandang tajam.
   Yanti menggaru kepalanya yang tidak gatal. Adeh! Orang tanya bukan nak jawab. Idham bingkas bangun lalu berlalu pergi. Malas melayan kerenah pembantu rumahnya. Banyak lagi kerja yang harus dia selesaikan dari melayan Yanti.
Sekali lagi telefon bimbit Idham berdering. Antara mahu dan tidak mahu, Yanti menjawab panggilan. Idham sudah berlalu pergi. Kedengaran suara wanita yang sedang membebel tika Yanti meletakkan telefon bimit di telinganya.
"U ni kenapa? Banyak kali I telefon, baru u angkat? Ngee. I report kat auntie baru tahu."
Belum sempat Yanti bercakap apa-apa, perempuan itu menyambung.
"Sakit hati I dengan perangai u. Nak jumpa tak boleh, nak telefon pun tak boleh. Busy sangat ke huh u ni? Mengalah perdana menteri la pulak." Sindir perempuan itu.
Yanti mengeluh. Pasti kurang faham butir bicara perempuan itu. Perempuan tu pun tak boleh pakai. Cuba cakap bahasa yang difahami dunia. Bahasa Melayu yang sebenar a.k.a lingua franca bukan bahasa orang kaya.
Telefon bimbit milik Idham diletakkan sebentar lalu dia menoleh belakang. Mana tahu Idham kembali semula ke situ tapi sayangnya, habuk pun tak nampak.
Adeh! Habuk memang tak boleh nampak. Kena tengok guna mikroskop kut.
"Maaf ya bu. Pak Idham nggak ada. Dia udah hilang. Saya juga nggak tahu dia hilang ke mana. Pasti sedang bersantai di kamar."
Arlisa membulatkan matanya. Mati-mati ingat Idham yang menjawab panggilannya. Hatinya yang kian reda kembali membara. Memang boleh masuk kumpulan Jinbara.
"What the kangkung! Dah la. Kasi tahu kat jantan tak guna tu, telefon saya balik!" Terus dia mematikan panggilan panggilan.
Terkebil-kebil Yanti dengan sikap Arlisa. Memang tak ada adab langsung. Suka-suka hati je nak suruh orang. Perempuan macam ni la yang tak boleh buat bini. Nanti tak pasal-pasal kepala suami pun dia pijak.
"Sombong amat. Siapa yang mahu sama cewek kayak dia. Kalau aku jadi laki, pasti aku nolak," omel Yanti perlahan.
  Idham mengeliat malas. Tumpuannya untuk menyambung kerja terganggu. Menunggu
insan yang bakal menjejakkan kaki ke biliknya.
   Serta-merta Idham mengeluh apabila melihat kelibat Yanti yang tersenyum bagai
tiram busuk. Muak barangkali melihat wajah itu dengan pelat Indonesianya.
   "Ada apa kau masuk ni? Tak habis-habis nak kacau aku buat kerja."
    Telefon bimbit milik Idham dihulurkan berhati-hati. Takut tersilap langkah, Yanti
dimarahi. Sudah berulang kali dimarahi tapi dia masih dengan pendiriannya untuk
bekerja di banglo mewah itu.
  Dapat emas ke kerja dekat banglo tu? Hurmm.
  "Tadi ada sorang wanita telefon. Saya mahu kasi kepada bapa tapi bapanya nggak ada
jadi saya jawab tapi saya nggak ngerti butir bicaranya. Emangnya dia orang Jepang apa?" soal Yanti hairan.
   "Minah tu kau cakap orang Jepun? Mati hidup balik pun dia tak akan jadi orang Jepun kau tahu! Dah la. Keluar!"
   Yanti mencebik. Kekadang menyampah dengan sikap Idham. Terlalu kurang ajar baginya. Sedikit pun tidak menghormati orang yang lebih tua darinya. Mentang-mentang hensem.
   "Apa la si Lisa ni nak dari aku. Tak sedar yang dia tu tak layak untuk aku." Idham bersuara sejurus Yanti keluar dari biliknya.
Fail-fail kerja dipegangnya lalu dimasukkan ke almari dan tanpa dia sangka, sekeping gambar milik Arlisa terjatuh. Idham memungut gambar itu lalu menatap sambil tersenyum.
Dah gila ke apa senyum sorang-sorang? Silap hari bulan masuk HBTR free of charge. Muka pun dapat malu free of charge.
Siapa perempuan ni? Lawa tapi hairan. Selama ni si Lisa tu mana pernah kenalkan perempuan ni kat aku. Selalunya dia akan kasi tau. Hurmm. Aku mesti cari tahu desis hati kecil Idham.
 "By hook or by crook, kau akan jadi milik aku untuk yang seterusnya. Boleh la aku buang Arlisa. Hidup.. hidup. Kalau tak kaya, semua benda takkan jadi. Wanita zaman sekarang hanya dibeli dengan wang ringgit.
Tak ada lagi yang menolak. Macam mana la aku nak cari bini ni," keluh Idham.
ALIF memandang Fikri. Fikri memandang kedua-dua orang adik lelakinya. Adam Imran yang di hadapan mereka dipandang tajam. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Alif mengepalkan penumbuknya lalu menumbuk perut Adam Imran.
     "Woi! Apa ni. Sakit tahu tak," marah Adam Imran.
"Banyak la kau sakit. Balik Malaysia bukan nak bagi tahu kita orang. Ni pun kami tahu dari si Fia Aliya tu a.k.a pelajar kau."
Terus pecah ketawa Adam. Yang lain memandang hairan.
"So yang tu la Fia. Fia tu adik kau ke, bro? Haha."
"Tak la. Anak amoi Mei Ling tepi rumah aku. Kami kutip buat adik perempuan," balas Fikri selamba.
Masing-masing sepi. Saling memandang antara satu sama lain. Mungkin kekok. Ye la. Dah bertahun-tahun tak jumpa. Mesti tak tahu nak cakap apa.
Perangai pun mesti dah berubah. Dah lebih dewasa. Tak ada lagi belemoih macam dulu.
"Hurmm. Asal pelik semacam ni? Malaikat lalu ke?" soal Fikri.
Yang lain hanya menjongketkan bahu. Izuddin memandang Farid. Telefonnya yang berdering disilentkan. Aiyyak! Lari dari teman wanita ke?
Izuddin menggaru tangannya yang sama sekali tidak gatal. Kalau tak gatal asal garu? Kang tinggal parut susah.
Adam yang tidak berpuas hati dengan tindakan Izuddin terus merampas telefon Izuddin. Adam dan mereka sudah lama kenal. Sejak kecil lagi jadi tidak hairanlah kalau Adam merampas telefon Izuddin begitu saja.
Kalau bukan kawan rapat, konfem dah lama kena hempuk dan masuk ICU. Adam di dalam kelas dan di luar kelas berbeza. Adeh! Macam ada dua personaliti la pulak. Adam di dalam kelas seorang yang garang tapi di luar, dia sama saja seperti lelaki lain.
"Ada awek la. Adik korang, korang tak bagi bercinta."
Semua orang memandang Adam. Adam hanya menjuihkan bibirnya.
"Ek eleh. Fia tu student aku, mestilah aku tahu. Lagipun she's the only girl in the class."
Alif mengangkat tangan kanannya tanda menyuruh Adam berhenti cakap. Mamak yang menghantar minuman mereka hanya menggeleng. Pasti sudah terbiasa dengan situasi begini.
"Adam! Kau tak ingat ke janji tu?"
Fikri menekankan ayat janji tu. Nasib baik Fikri tak tertekan sekali. Kalau tak, boleh masuk Hospital Tampoi.
Rambutnya diramas berkali-kali. Adam keliru. Haisyy! Kecik-kecik dah lupa. Kalau besar nanti macam mana la. Tak ke haru kalau dah kahwin terlupa status sudah berubah dari single kepada berpunya.
"Janji tu! Ala.. janji tu, Cuba kau ingat balik," gesa Alif.
"M..m..aksud kau janji bertahun-tahun yang lalu tu?"
Tersekat-sekat Adam berkata-kata. Nahh! Baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
"Tapi janji tu dah lama.."
"Janji tetap janji, Dam! Kalau boleh aku pun tak nak tunaikan janji tu tapi kau tahu kan yang kita dah terlanjur cakap kita akan tunaikan janji tu."



tolong komen sat. makaseh no :)

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan