Nuffnang

Ahad, 1 Januari 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Loudspeaker Kurang Sambutan Sebab <b>Faizal Tahir</b>

Posted: 28 Dec 2011 08:00 AM PST

Umum sudah pun mengetahui Konsert Loudspeaker Y2K 11 yang berlangsung pada 25 Disember lalu tidak mendapat sambutan memberangsangkan. Dianggarkan hanya 2,000 orang sahaja yang membeli tiket untuk konsert yang membariskan Faizal Tahir, Wings, Azlan & The Typewriter dan XPDC itu.

Walaupun ada yang percaya cuti hujung minggu yang panjang adalah penyebab kepada situasi itu, tetapi ada juga cakap-cakap belakang yang mendakwa Faizal adalah penyebab utama. Kononnya, genre muzik Faizal tidak klik dengan barisan artis lain.

Mengulas tentang pandangan itu, Faizal yang ditemui selepas konsert berakhir memberitahu dia menganggap mereka yang berpandangan begitu adalah kurang bijak.

"Sebelum saya menerima tawaran daripada pihak penganjur, saya sebenarnya sudah terfikirkan tentang perkara ini. Saya tahu akan ada yang berkata saya tidak 'masuk' dengan barisan artis yang lain. Saya rasa pendapat mereka itu kurang bijak kerana muzik adalah sesuatu yang sentiasa berkembang.

"Secara peribadi, saya berasa bangga kerana dapat berkongsi pentas dengan Wings dan XPDC. Mereka punya nama besar dalam industri dan saya membesar dengan lagu-lagu mereka. Saya juga meminati lagu-lagu mereka. Tapi itu tidak bermakna saya harus meniru muzik mereka," ulas Faizal.

Dalam masa yang sama, penyanyi ini juga merendah diri apabila mengatakan dia masih jauh di belakang jika dibandingkan dengan Wings dan XPDC. Jelas Faizal, masih banyak yang perlu diusahakan untuk dia berada di tempat dua gergasi rock itu.

"Saya seronok dapat bekerjasama dengan orang-orang lama dalam industri sebab saya boleh belajar sesuatu daripada mereka. Selain cara kerja yang berbeza, mereka juga banyak pengalaman dalam persembahan pentas.

"Kalau ada peminat muzik yang tidak suka dengan penyertaan saya dalam konsert ini, itu di luar kawalan saya. Sebagai penyanyi, saya percaya pihak penganjur ada sebab tersendiri membawa saya bersama," ujar Faizal.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan