Nuffnang

Rabu, 25 Januari 2012

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search


Pokok <b>Meet Uncle Hussain</b> | Dulu Lain Sekarang Lain

Posted: 12 May 2011 05:22 AM PDT

Bila anda tonton video di bawah, harap jangan terkejut pula ya :D Memang sebenonya saya mencari lagu Pokok nyanyian kumpulan Meet Uncle Hussain yang saya dengar semasa di jalan raya tadi. Di tengah kesesakkan jalan raya, syok pula bila Hot FM memainkan lagu tersebut. Ia merupakan lagu baru kumpulan hebat Meet Uncle Hussain dengan Hazama sebagai penyanyi. Syok dengar weh.. dan susunan muzik pun baik punya. Namun setelah Google dan check di You Tube, nampak masih belum ada lagi sesiapa yang sudi menaikkan lagu tersebut di internet. Oleh itu untuk menggantikan lagu Pokok oleh kumpulan Meet Uncle Hussain, maka dengarkan video ini pula:

Video di atas  pula adalah nyanyian dari perserta American Idol musim ke 10, iaitu Haley Reinhart yang kini berada di kelompok Top 4 American Idol musim 2011 ini. Keputusan penyingkiran perserta bagi ke Top 3 akan diumumkan malam ini waktu US, iaitu pagi esok waktu Malaysia.

Saya sebenarnya tak meminati Haley Reinhart langsung dan menyangka beliau akan keluar awal, namun minah ini jenis yang kuat semangat dan sentiasa improve dari sehari ke sehari – macam Milah masa menang Akademi Fantasia dulu. Dari underdog kepada juara. Namun, banyak faktor lain selain dari bakat yang akan mempengaruhi keputusan pengundi dan mungkin Haley tak akan menang tahun ini. Namun, persembahan beliau dalam lagu ini "I Who Have Nothing" memang hebat dari segi vokal. Dan saya setuju dengan juri (J. Lo)  yang persembahan Haley Reinhart bagi lagu "I Who Have Nothing" adalah antara yang terbaik di American Idol tahun ini.

- Pokok Meet Uncle Hussain

Related posts:

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan