Nuffnang

Sabtu, 21 Januari 2012

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


Alasan Awal Ashaari dan <b>Scha Al-Yahya</b> Tunda Majlis Kahwin <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 12:14 AM PST

Post image for Alasan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya Tunda Majlis Kahwin

Disebabkan tarikh yang dipilih oleh pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan pelakon Scha Alyahya sama dengan tarikh majlis perkahwinan pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry KRU, mereka telah mengambil keputusan untuk menunda majlis perkahwinan mereka.

"Sebenarnya saya telah memilih 23 Februari untuk tarikh nikah dan bersanding pada 25 Februari pula. Kemudian saya dengar kawan-kawan ada cakap bahawa Lisa dan Yusry akan bernikah pada tarikh tersebut.

"Manakala mereka akan bersanding pada 26 Februari pula. Untuk mendapatkan kepastian saya menghubungi Lisa kerana kami rapat saya terus bertanya kepadanya.

"Saya beritahu dia, tujuan saya bukannya mahu menghebohkannya sebaliknya takut tarikh kami sama. Apabila diberitahu Lisa, memang tarikh nikah sama dan hanya bersanding saja sehari selepas itu.

"Setelah berbincang dan mengetahui persiapan dia sudah banyak, sebaliknya saya hanya 30 peratus saja, jadi saya mengalah dan ambil keputusan untuk menunda perkahwinan kami,"

jadi Awal dan Scha kini sedang mencari tarikh yang sesuai, mungkin perkahwinan mereka akan diadakan pada pertengahan tahun ini, sama ada Mei, Jun atau Julai. mereka kini lebih fokus dan mengambil masa untuk membuat segala persiapan kahwin serta mahu pergi kursus nikah dan sebagainya," jelasnya yang selesa mengadakan majlis yang ringkas.

Secha juga enggan mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Dengan memilih konsep kotemporari Scha, terang Scha alasan mengapa dia enggan mengadakan majlis secara besar -besaran kerana baginya apa yang penting adalah kehidupan selepas diijabkabulkan.

"Saya memang mahu yang majlis yang ringkas sahaja. Kalau ada orang kata majlis kahwin hanya sekali dalam hidup dan perlu dibuat secara besar-besaran, saya pula berfikiran sebaliknya.

"Saya lebih mementingkan hal kehidupan selepas perkahwinan. Itu yang menjadi fokus utama saya dan bukanlah majlis kahwin sehari yang menjadi tumpuan saya," katanya.

credit to Murai

Full content generated by Get Full RSS.

<b>Scha al-Yahya</b> Mengaku Bakal Kahwini Awal Ashaari Pertengahan <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2011 07:04 PM PST

Well hello dan selamat pagi kawan kawan semua. Ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada semua pembaca kami yang layak menyambut — atau yang buat buat macam layak. Apa cerita?

Seluruh Malaysia bercuti, tetapi tidak kami. Putaran dunia hiburan harus terus berjalan untuk anda.

Jika semalam satu Malaysia tahu yang Yusry KRU & Lisa Surihani bakal tamatkan zaman bujang sekitar Februari 2012, ini kisah satu lagi pasangan.

Scha al-Yahya & Awal Ashaari sebelum ini sudah beberapa kali di'kaitkan sebagai pasangan sensasi yang akan menamatkan zaman bujang sekitar tahun 2012 — tetapi menafikan perkara itu.

Tetapi menerusi satu kenyataan kepada Berita Minggu hari ini, Scha al-Yahya sendiri mengakui yang mereka berdua akan bernikah sekitar Mac & Jun tahun hadapan dan kini persiapan sedang bermula.

Scha al-Yahya juga mengulas khabar angin yang mengatakan Astro bakal menjadi penyiar rasmi perkahwinan beliau,"Desas desus yang mengatakan Astro bakal menjadi penyiar rasmi itu tidak benar sama sekali"

Dalam temubual yang sama, walau pun perancangan sudah ada, Scha al Yahya memberitahu yang beliau dan Awal Ashaari masih belum menempah apa apa termasuk baju pengantin dan tarikh sebenar.

Namun tidak menafikan yang perkahwinan mereka akan berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) kerana mahu menyatukan seluruh ahli keluarga dari kedua dua belah pihak.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan