Nuffnang

Sabtu, 14 Januari 2012

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>SYAMSUL YUSOF</b> TUKAR NAMA FILEM KL GANGSTER 2: PREKUEL

Posted: 13 Jan 2012 06:00 PM PST

No of View :22
Dapatkan Berita Maharaja Lawak Mega Secara Percuma klik sini

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Syamsul Yusof bercadang untuk menukar judul filem terbarunya, KL Gangster 2: Prekuel kepada KL Gangster 2: The Beginning bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penonton yang kurang memahami maksud istilah 'prekuel' yang digunakan dalam filem tersebut.

Syamsul berkata walaupun filem itu dinamakan KL Gangster 2, ia bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu. Sebaliknya, ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011).

"Apa yang saya perhatikan segelintir besar penonton kita masih tidak faham maksud istilah prekuel dan sekuel yang digunakan dalam sesebuah filem.

"Saya bimbang jika istilah prekuel dikekalkan dalam tajuk KL Gangster 2, penonton yang tidak faham istilah itu akan berasa keliru dengan jalan cerita dan watak dalam filem kedua ini," katanya .

Syamsul berkata sekiranya dia mengekalkan istilah prekuel yang bermaksud bahagian pengenalan filem itu, penonton yang tidak memahami istilah itu akan mempersoalkan kewujudan semula beberapa watak yang sepatutnya sudah mati dalam KL Gangster yang ditayangkan pada tahun lalu.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

"Mungkin ada yang akan mempersoalkan mengapa beberapa watak seperti Shark lakonan saya dan Fadil (Zizan Razak) masih hidup dalam KL Gangster 2 kerana terkeliru dengan plot filem ini.

"Sebab itu, saya berasa adalah lebih baik jika saya gunakan tajuk baru KL Gangster 2: The Beginning yang membawa maksud yang lebih jelas kepada penonton," katanya.

Filem yang menelan kos penerbitan sebanyak RM3.3 juta ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak dan Syamsul sendiri.

Ia masih menjalani penggambaran untuk tempoh 50 hari dan diakui oleh penerbitnya Datuk Yusof Haslam sebagai filem termahal yang diterbitkan syarikat produksi mereka, Skop Production Sdn Bhd.

Terbaru, filem KL Gangster yang mengungguli carta kutipan pecah panggung filem tempatan dengan RM11.74 juta, terus mencipta kejayaan apabila terpilih untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa Hua Hin 2012 di Bangkok, Thailand pada 26 hingga 29 Januari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan