Nuffnang

Jumaat, 3 Februari 2012

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


Foto: Pilih Kasih 3 Ke Udara, Peserta Lebih Kacak & Cantik <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2012 07:01 PM PST

Maaf terlambat. Pilih Kasih 3 sudah ke udara bukan? Mungkin ada antara anda yang sudah melihat wajah-wajah peserta Pilih Kasih 3 yang kali ini dipilih melalui pakej-pakej tertentu.

Peserta-peserta ini telah dipilih dari seluruh negara dan pelbagai aspek diambil kira bagi mendapatkan kualiti dan hasil yang terbaik. Antaranya termasuklah kemahiran berlakon, menyanyi, menari, dan juga paras rupa. Iyalah, paras rupa wajib ada, semua orang tahu kan tanpa paras rupa, peratusan nak dapat tawaran berlakon akan jatuh mendadak. Itu sudah pasti.

Untuk musim yang ke-3 ini, Rosyam Noor tidak lagi keseorangan dalam memilih bakat-bakat yang bertanding, beliau akan turut diiringi oleh 2 penasihat baru yang juga sangat berpengalaman dalam bidang lakonan, Umie Aida dan Erra Fazira. Peserta musim ini juga bukanlah calang-calang kerana mereka semua dipilih dari beberapa orang juri yang sangat berpengalaman.

"Alhamdulillah selepas berbulan-bulan kami menjelajah, akhirnya kami bertemu dengan apa yang kami fikirkan terbaik. Bukan saja dari penilaian saya sebaliknya dengan bantuan teman-teman lain seperti Umie Aida, Erra Fazira, Fauziah Nawi, Que Haidar, Norish Karman, Lisdawati, Amyza Aznan, Hamzah Tahir, Nanu Baharudin, Erma Fatima dan Dr Abu Hassan," – Rosyam Noor.

Untuk pengetahuan, Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari – 12 April depan sebanyak 24 episod. Pada kali ini, pengacara dan penyampai radio Nasional FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan untuk mengacarakan Kisah Pilih Kasih.

Sementara itu, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan mula bersiaran pada 5 Februari – 15 April depan pada setiap Ahad pukul 9 malam selama dua jam di TV2.

Siaran secara langsung akan disiarkan terus dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang.

Mari tengok gambar peserta-peserta Pilih Kasih 3 selepas ini!

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan