Nuffnang

Jumaat, 3 Februari 2012

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Izreen Azminda</b> damba watak tanpa <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 12:30 AM PST

Walaupun dihimpit cemuhan berkenaan isu beliau bersama kekasih lama, Johan As'ri tetapi beliau masih mampu tersenyum dan menjawab pelbagai tohmahan yang dilemparkan.

Ketika ditemui, dia menjelaskan bahawa langsung tidak menyalahkan takdir. Malahan bersyukur dengan apa yang terjadi dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kini, beliau menjadi tunangan kepada seorang krew produksi dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Terbaru Izreen sedang sibuk dengan penggambaran filem "Pecah" yang mengisahkan kecurangan seorang isteri yang dihidu oleh suaminya. Filem ini turut mengetengahkan isu kemasyarakatan yang sesuai dijadikan pengajaran.

Mari dekati watak Izreen dengan lebih dekat menerusi temubual di bawah.


Hai Izreen! Boleh ceritakan watak Izreen dalam filem "Pecah"?
Hai! Saya memegang watak sebagai Lydia di mana saya merasakan watak kali ini agak ringan kerana sebelum ini saya acapkali membawa watak berat. Lydia merupakan anak luar nikah seorang ayah kandung dan anaknya iaitu Bakar (Zain Ruffedge) dan Sara (Miera Liyana). Bakar telah merogol anaknya itu dan hasilnya adalah saya. Apabila sudah besar, Lydia sudah berkahwin dengan seorang peguam bernama Herman yang dilakonkan oleh Tony Eusoff. Pada masa yang sama, dia mempunyai hubungan sulit bersama lelaki lain yang dilakonkan oleh Ako Mustapha.

"Pecah" merupakan filem utama Izreen tampil sebagai peneraju utama. Apakah perasaan Izreen ketika ditawarkan watak ini?
Pada mulanya saya seperti tidak percaya kerana sangkaan awal saya adalah mungkin diberikan watak pembantu. Namun selepas diterangkan bahawa saya merupakan pelakon utama, saya benar-benar tidak sangka dan semestinya saya teruja untuk berlakon bersama pelakon hebat seperti Tony dan Sofi Jikan. Apa yang pasti, mereka semua adalah gandingan yang hebat.

Mungkin Izreen boleh berkongsi mengapa memilih filem ini?
Saya amat tertarik dengan jalan cerita yang ditonjolkan. Ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri iaitu jalan cerita filem ini berbeza dengan filem yang ada. Selalunya filem yang diadaptasi daripada novel seringkali bercorak cinta. Namun filem "Pecah" pula mempunyai elemen thriller. Disebabkan faktor inilah, saya menerimanya dengan hati yang terbuka.


Apakah perasan Izreen apabila digandingkan bersama pelakon yang mempunyai nama besar dalam filem ini?
Sangat berbesar hati, sudah pasti! Banyak tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka agar saya boleh menghayati watak dengan lebih baik lagi. Malah saya merasakan ia merupakan batu loncatan untuk penonton mengenali siapa Izreen Azminda. Jika dulu, ramai yang mengaitkan nama saya dengan watak Cikgu Zulaikha dalam drama bersiri "Juvana". Mungkin selepas ini, orang akan mengenali saya dengan watak Lydia pula.

Apakah watak yang Izreen dambakan dalam bidang lakonan ini?
Saya sememangya ingin cuba membawa watak yang tidak memerlukan skrip. Perjalanan cerita hanya berdasarkan gerak tubuh dan juga mimik muka seperti filem yang ada di Hollywood. Watak sebegini sememangnya mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon. Jika ditawarkan saya pasti tidak teragak-agak untuk menerimanya.

Bagaimanakah keadaan Izreen selepas kontroversi yang berlaku tidak lama dulu?
Saya agak kekok pada mulanya untuk bertemu dengan wartawan dan menjawab segala spekulasi yang terjadi. Namun selepas itu saya tanamkan bahawa ia merupakan asam garam menjadi artis. Kita tidak boleh lari dari semua ini dan perlu tabah dalam mengharungi liku-liku sebagai seorang anak seni. Saya yakin apa yang terjadi ada hikmahnya. Kini saya masih di sini dan diberikan rezeki untuk terus maju ke hadapan.

Apakah harapan Izreen untuk filem "Pecah"?
Saya sememangnya berharap agar filem ini mendapat tempat di hati penonton kerana filem ini berbeza dengan filem adaptasi novel yang lain. Saya terima bagi sesiapa yang ingin mengkritik tidak kira positif ataupun negatif. Setelah lima tahun berada di industri dan baru sekarang orang nampak kelebihan saya sebagai pelakon.

Terima kasih atas masa anda, Izreen.
Sama-sama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan