Nuffnang

Rabu, 22 Februari 2012

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


Pelarian, Cerekarama TV3

Posted: 21 Feb 2012 07:18 AM PST


Kalau TV3 tak ubah jadual, Cerekarama Sabtu ni bertajuk Pelarian. Sinopsisnya mengisahkan tentang tiga beradik, Muhamad, Miza dan Bobok mencari ibu mereka yang meninggalkan mereka untuk mencari suaminya. Pengembaraan Muhamad, Miza dan Bobok bermula apabila mereka pergi ke bandar untuk mencari ibu mereka, Ramlah yang turut membawa sama adik mereka yang cacat iaitu Yusoff. Tiga beradik ini melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam usaha untuk mencari ibu yang masih tidak dapat dipastikan nasib mereka. Muhammad mendapat perlindungan di Yayasan Rabiah manakala Miza terjerumus di lembah kota.

Para pelakon, Vanidah Imrah, Sharifah Amani, Aeril Zafrel, Azhan Rani dan Talha Harith.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan