Nuffnang

Sabtu, 18 Februari 2012

Hafiz af - Google Blog Search

Hafiz af - Google Blog Search


Foto: <b>Hafiz AF</b> Kini Sudah Berpunya? Cantik Orangnya. | OHBULAN!

Posted: 06 Feb 2012 09:11 PM PST

Sebelum tulis, biar kami ucapkan tahniah buat kali keberapa pun kami sendiri tak tahu kepada Hafiz kerana berjaya memenangi trofi Juara AJL 26.

Baru-baru ini, tersebar di forum dan laman hiburan tempatan gambar-gambar mesra Hafiz yang popular dengan lagu Awan Nano bersama seorang gadis. Kalau sekali imbas, raut senyum gadis ini hampir serupa macam Tiz Zaqyah, eh, mana mungkin Tiz Zaqyah pula kan?

OHBULAN! difahamkan gadis ini bernama Zahira Radzi, seorang bakat baru yang sedang menyerlah dalam industri hiburan dan pernah muncul dalam rancangan "Seekers". Pergh, hot sungguh gadis ini.

Menurut sumber dari pengguna forum Cari, rindusangat, gadis dalam gambar ini dipercayai teman wanita Hafiz kerana bukan sahaja mereka kelihatan memakai baju kurung & melayu bersama, malah gadis ini juga kelihatan pernah mengikuti Hafiz ke persembahannya dari cara pemakaian mereka berdua.

Barangkali Hafiz sedang mengubati hatinya yang terluka kan? Siapa tahu? Tapi kalau betul ini gadisnya, tahniah lagi sekali lah ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan