Nuffnang

Jumaat, 10 Februari 2012

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search


Nubhan Akan Nyanyi Lagu Pokok bersama <b>Meet Uncle Hussain</b> <b>...</b>

Posted: 26 Oct 2011 07:16 PM PDT


Hazama masih berhubungan baik dengan Meet Uncle Hussain dan menyerahkan kepada kumpulan itu untuk menetapkan penyanyi lagu Pokok di pertandingan separuh akhir AJL 26.

Penyanyi Hazama Ahmad Azmi atau nama lebih dikenali Hazama, 27, dijangka tidak akan menyanyikan lagu Pokok di pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 seperti yang pernah dirakamkan olehnya dengan kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) sebelum ini.

Sebagai ganti, penyanyi Nubhan yang akan membawakan lagu tersebut memandangkan penyanyi itu pernah membuat beberapa persembahan dengan Meet Uncle Hussain sebelum ini.

"Saya tidak kisah sesiapa pun akan menyanyikan lagu Pokok kerana semuanya terserah kepada Meet Uncle Hussain.

"Tetapi jika mereka mahu saya menyanyikan lagu tersebut, saya boleh menyanyikannya. Jika tidak, saya tidak berbuat apa-apa kerana lagu itu bukan lagu saya.

Menurut Hazama, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan MUH, cuma mereka sudah tidak bekerjasama sejak dia mengikat kontrak dengan pihak pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) selepas menjuarai Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan baru-baru ini.

"Kami tidak bergaduh atau mempunyai apa-apa masalah cuma masing-masing tidak mempunyai masa untuk berkerjasama lagi.

"Jadi, saya serahkan kepada mereka untuk menetapkan penyanyi yang akan menyanyikan lagu itu nanti kerana mereka lebih mengetahui kekuatan antara saya dan Nubhan.

"Saya harap dapat menyanyikan lagu itu tetapi jika tidak pun tidak mengapa," katanya lagi.

Untuk separuh akhir AJL 26, Hazama bakal mempertaruhkan lagu Cinta Teragung ciptaan sepenuhnya oleh Kuncidemak pada 25 November depan, di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 9 malam. Kebetulan lagu Pokok juga akan bertanding pada hari yang sama.

"Saya rasa gugup juga apabila tercalon dalam pertandingan ini buat pertama kali kerana persaingannya sangat dahsyat dan di luar jangkaan.

"Bagaimanapun, saya tetap bersyukur apabila lagu tersebut berjaya ke peringkat separuh akhir AJL 26. Jika layak ke peringkat akhir, ia sudah memberikan pencapaian yang terbaik," ujarnya yang sibuk dengan aktiviti seninya yang padat.~ Via Mstar

Related posts:

  1. Lirik Lagu Pokok – Meet Uncle Hussain feat Hazama
  2. Lirik Putihnya Lukisan – Meet Uncle Hussain
  3. Milk In A Bottle lyrics – Meet Uncle Hussein
  4. Anzalna Nasir akan berlakon bersama Mamat, Shuib dan Jep dalam Sepah The Movie
  5. Lirik Lagu Tanya Sama Pokok -Lagu Kanak-Kanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan