Nuffnang

Isnin, 27 Februari 2012

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


(Review) Filem Chantek Arahan <b>Pierre Andre</b> | Oh! Artis | Dunia <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 10:59 PM PST

kerja-cash

kerja-cash

jiraiya-sama

erisya-spa

erisya-spa

erisya-spa

vimax

perfumeberry

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Satu lagi filem bakal menjengah ke pawagam pada 16 Februari 2012 ini. Satu filem yang memang dinantikan iaitu gabungan pelakon Pierre Andre bergandingan bersama heroin dari Indonesia, Nurul Ekasari. Filem romantik komedi ini merupakan hasil arahan pengarah muda berbakat Pierre Andre sendiri.

Banyak babak komedi di dalam filem ini bakal menggeletek jiwa anda menontonnya. Jadilah orang pertama untuk menonton filem ini bersama Pierra Andre dan juga Nurul Ekasari. Bagaimana caranya? Dapatkan maklumat di fanpage filem ini.

Mahu tahu lebih lanjut tentang jalan cerita filem ini. Bacakan sinopsisnya di bawah :

Sinopsis

AD (Pierre Andre) seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, Ad memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus Ad iaitu Sam (Kin Wah) mengupah Chantek (Nurul Ekasari) seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan Ad yang masih fobia dengan perempuan.

Lama-kelamaan kerana kebaikan Ad dan kemesraan mereka berdua, Chantek terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, Ad sedia memaafkannya kerana kejujuran Chantek membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati Chantek berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya. Dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh Ad sebagai bahan latihan filemnya. Chantek benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, Ad tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan Chantek. Berjayakah Ad bertemu dan memenangi hati Chantek kembali agaknya? Kita tonton nanti ya.

Mari layankan trailer dan gambar-gambar berkisar filem Chantek ini dan saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, Chantek ini di pawagam 16 Februari 2012 nanti.

Trailer & sebahagian gambar footage

Kami sempat menghadirkan diri semasa majlis pratonton filem ini minggu lalu. Dapat kami katakan filem ini dari awal hingga akhir langsung tidak memberikan perasaan tidak senang kepada kami. Malah kami amat enjoy untuk menonton filem ini sehingga habis. Kecantikan Nurul Ekasari, seorang model dari Indonesia yang menjadi heroin dalam filem ini juga amat membuat kami terpegun dari awal hingga ke sudah filem ini. Fuhhh!

Walaubagaimanapun, terdapat satu babak yang kami rasa agak tergantung di mana pada awal cerita Pierre ada membeli satu rantai milik Nurul Ekasari dari pencuri yang telah merompak rantai tersebut dari Nurul Ekasari sebelum itu. Walaubagaimanapun tiada kesudahan untuk kisah rantai itu selepas itu. Itu sahaja yang agak pelik pada kami selebihnya tiada masalah dan mampu membuat kami ketawa syok macam orang tengah angau bercinta. Haha!

Dari 4 orang krew kami yang ke majlis tayangan perdana tersebut sebulan suara memberikan 3.5 per 5 bintang untuk filem ini dan kami dapat merasakan ini satu lagi hasil buah tangan terbaik (masterpiece) dari Pierre Andre selepas filem I'm Not Single.

Tontonlah filem ini nanti pada hari pertama tayangannya, 16 Februari 2012. Jika jiwa anda sama seperti kami, anda akan berpuas hati dengan filem ini. Sokonglah industri perfileman tempatan.

+ Lihat gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa majlis pratonton filem Chantek ini di E@Curve melalui link berikut: – (Album) Majlis Pratonton Filem Chantek Arahan Pierre Andre.

OH ARTIS : TAK SABAR TENGOK LAKONAN ZARINA ANJOULIE LAVOCAH DALAM FILEM INI. DAH LAMA TAK TENGOK DIA BERLAKON. PENAMPILAN ISTIMEWA ADA MAN KIDAL TU.. WHOOOT.. AWESOME!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan