Nuffnang

Selasa, 6 Mac 2012

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b> Nafi Ugut Pengurus Produksi – Perak Today

Posted: 04 Mar 2012 09:00 PM PST

Pelakon, Lisdawati menafikan laporan bahawa suaminya, Fauzi Nawawi telah mengugut untuk mencederakan selain merampas kereta pengurus sebuah syarikat produksi dalam kejadian di sebuah premis di Wangsa Melawati, Ampang, kelmarin.

Malah Lisdawati yang turut berada ketika kejadian menganggap laporan polis yang dibuat itu adalah atas dasar untuk memfitnah dan menganiaya suaminya.

"Biarpun dalam kejadian saya yang berada di dalam kereta, namun saya tahu perkara sebenar.

"Fauzi datang ke premis mereka hanya untuk menuntut hutang dengan cara baik, sebaliknya mereka mengelak dan cuba membuat fitnah kepada suami saya.

"Kami hanya ingin berjumpa dan selesaikan dengan cara yang baik bukan ugutan seperti yang dilaporkan, malah dia sendiri yang melarikan diri.

"Sebelum ke premisnya lagi, kami sudah mencarinya di rumah tetapi gagal. Malah panggilan kami pun tidak dilayan," jelasnya ketika dihubungi murai.com.my.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, pengurus produksi yang enggan namanya disiarkan mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah.

Pengurus produksi itu mendakwa lagi, dalam kejadian tersebut, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya.

Walaubagaimanapun, pengurus produksi berkenaan menafikan perselisihan yang berlaku disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.

Mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan, Lisdawati yang mewakili suaminya yang kini sedang menjalani proses suntingan untuk filem Pak Pong berkata dia dan Fauzi sudah membuat laporan polis.

"Sebelum mereka membuat laporan polis baru-baru ini, Fauzi sebelum itu lagi sudah membuat laporan polis.

"Laporan polis tersebut dibuat setelah kami ditipu oleh pengurus produksi itu. Sebelum ini mereka ada berhutang dengan warga Iran yang juga rakan Fauzi tetapi belum dilangsaikan lagi.

"Mereka mengadakan cerita bahawa mereka telah membayar hutang tersebut kepada Fauzi tetapi sebenarnya tiada.

"Jadi laporan polis itu adalah untuk keselamatan suami saya," tegasnya lagi.

Hutang yang belum dilangsaikan oleh pengurus produksi itu adalah berkaitan dengan Teater Semerah Padi.

<b>Fauzi Nawawi</b> Ugut Pengarah Produksi | Kakiharu Blog™

Posted: 29 Feb 2012 07:25 PM PST

Kakiharu Blog™ | 1 March 2012 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus produksi wanita berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakannya selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Wangsa Melawati, Ampang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dalam kejadian itu, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya sedangkan perselisihan yang berlaku bukanlah disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.

"Memang kami ada berhutang dan belum melunaskan separuh daripada bayaran pelakon termasuklah RM14,000 membabitkan Fauzi, tetapi mereka harus faham lambat laun kami akan melangsaikan juga hutang itu dan tidak pernah sesekali melarikan diri.

"Untuk pengetahuan, kami baru saja melunaskan bayaran RM28,000 kepada seorang warga Iran itu dan akan melangsaikan semua baki hutang kepada semua terbabit termasuk Fauzi dalam masa terdekat," katanya enggan mengulas lanjut mengenai jenis ugutan diterima daripada Fauzi dan rakan-rakannya ketika dihubungi, semalam. - Mymetro

Label: ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan