Nuffnang

Isnin, 12 Mac 2012

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


<b>Ramlah Ram</b> feat. Sleeq – Sesaat Kau Datang | Yoyooh!

Posted: 25 Feb 2012 10:01 PM PST

Ingatkah anda pada lagu syahdu Ramlah Ram yang popular pada lewat 80an seperti Kau Kunci Cintaku dalam Hatimu dan Apa khabar mu disana? Bila dengar lagu single terbaru Ramlah Ram terbaru Sesaat Kau Datang, macam tak percaya Ramlah Ram berduet bersama Sleeq penyanyi rap yang berasal daripada Singapura. 2 artis dari genre muzik yang berbeza.

Album baru Ramlah Ram ini adalah kerjasama antara RRG dan FMC. Single Sesaat Kau Datang ini adalah diilhamkan daripada komposer baru, ID Mifzal, dan lirik ditulis oleh Zie Shafuddin, manakala susunan muziknya hasil gubahan komposer sedang meningkat naik, Ady 6ixth Sense. Lagu ini mengangkat tema kekecewaan dalam percintaan atau perkahwinan, dan dalam masa yang sama terpaksa melepaskan orang tersayang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tahniah kepada Ramlah Ram kerana berani mencuba sesuatu yang baru dalam lagunya kali ini. Harap lagu ini akan digemari ramai. Menurut sumber, album penuh penyanyi ini akan menyusul pada penghujung tahun ini, yang juga akan menampilkan sebuah lagu balada berkonsepkan ketuhanan berjudul Sejadah Cinta.

Bagaimana agaknya penerimaan pendengar muzik terhadap lagu single terbaru tersebut?

Beberapa minggu lepas, muzik video rasmi lagu nyanyian Ramlah Ram duet bersama Sleeq telah di muatnaik ke Youtube. Terdapat dua versi dimuatnaik iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jom check it out kedua-dua muzik video tersebut.

Versi Bahasa Melayu

Versi Bahasa Inggeris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan