Nuffnang

Rabu, 28 Mac 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Shaheizy Sam</b> mahu bertukar karier?

Posted: 24 Mar 2012 11:11 PM PDT

Bakat yang dimiliki oleh pemilik nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad bukan sahaja tertumpu dalam bidang lakonan sahaja, malah dia juga boleh menyanyi.

Ini terbukti selepas filem terbaru Sam berjudul "Aku Ada Kau Ada" memerlukan dirinya menyanyikan lagu tema filem tersebut. Malahan lagu yang sudah dimainkan di corong-corong radio turut menerima sambutan baik daripada peminat sehingga berjaya memasuki carta program "Muzik-Muzik".

"Kalau diikutkan, minat saya sejak dari kecil adalah untuk bergelar sebagai penyanyi. Namun apabila sudah dewasa, tawaran berlakon muncul dan menyanyi pula tiada. Oleh itu saya pendamkan sahaja niat ini. Namun sekiranya ada yang meminta saya untuk menyanyi secara serius, rasanya tidak mungkin. Saya tak mampu untuk menandingi penyanyi yang ada di Malaysia kerana majoritinya ramai yang hebat," ujar Sam ketika ditemui di majlis kesyukuran "Adnan Sempit 2" di Subang Jaya baru-baru ini.

Tidak mahu dianggap 'main rembat' semua tawaran filem, aktor berusia 29 tahun ini memberitahu dia amat teliti dalam memilih filem sebelum membuat keputusan untuk menerimanya.

"Sebenarnya saya akan meneliti skrip filem terdahulu sebelum bersetuju. Jika skrip bagus, tiada sebab untuk saya menolaknya. Skrip bagus itulah yang mampu memberikan pelakon gambaran bagi babak yang diinginkan.

"Disebabkan kelebihan yang ada pada "Adnan Sempit 2" dan juga sokongan daripada para peminat, filem ini telah berjaya dengan kutipan yang cukup memberangsangkan," jelas Sam yang cukup bersyukur dengan kejayaan filem terbitan Metrowealth ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan