Nuffnang

Isnin, 2 April 2012

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


Kontroversi Tunang, Muhamad Riza. Apa Komen <b>Izreen Azminda</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2012 05:08 AM PST

Beberapa minggu lalu, heboh di blog-blog hiburan tempatan mengenai gosip atau kontroversi yang melibatkan Muhamad Riza iaitu tunang Izreen Azminda.

Secara jujurnya kami tidak pernah mendengar nama Muhamad Riza sebelum ini. Namun dengan tiba-tiba namanya menjadi panas apabila terdapat gosip kurang enak yang menuduh Riza telah menggugurkan anak ketika bersama Rafeda dan juga pernah berkahwin dengan Julia Daud, janda Badrul Muhayat.  Untuk pengetahuan anda, Izreen dan Riza sudah bertunang pada 1 Januari 2012 yang lepas.

Menurut Izreen Azminda, dia sudah membaca e-mail tersebut yang telah menjadi punca masalah dan kontroversi yang menimpa tunangnya. Dia berpendapat bahawa pihak media telah tersalah tafsiran mengenai kandungan email tersebut.

"Sebenarnya orang yang mendapat e-mail itu telah tersalah tafsir perkataan tersebut dan menyebabkan semua orang salah faham. Sebenarnya, saya pun sudah tengok gambar Riza yang dikatakan kontroversi itu sebelum saya rapat dengan dia lagi. Sebab ianya sudah tersebar di kalangan krew produksi. Tapi sekarang saya sendiri tak sangka Riza akan jadi bakal suami,"

"Saya sendiri tidak tahu kenapa ada orang yang hendak buat begini, tapi kalau nak glamour, jadi artis je senang!"

Izreen yang merancang untuk mengadakan majlis pernikahan bersama Riza pada 31 Ogos ini memberitahu bahawa kini dia sudah tidak kisah lagi dengan kata-kata orang.

"Saya dah tak kisah langsung dengan apa orang nak kata, semua orang ada sejarah sendiri. Benda dah lepas tak elok jika diceritakan balik."

Rujukan: Ohbulan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • izreen azminda seksi
  • izreen azminda
  • muhamad riza tunang izreen azminda
  • muhamad riza
  • kontroversi yana
  • izreen bertunang
  • gambar kontroversi tunang
  • Izreen
  • gosip tunang izreen azminda
  • gosip riza

Tags: ,

Category: Wassupz! Tempatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan