Nuffnang

Rabu, 16 Mei 2012

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


<b>6ixth Sense</b> Terus Bawa Lagu Positif |

Posted: 16 May 2012 06:01 AM PDT

Selepas berjaya dengan single Penerang Hati bersama Saujana, 6ixth Sense kembali dengan lagu-lagu berunsur islamik, kali ini dengan single Cintaku Padamu Seluas Angkasa. Lagu berbentuk selawat ini merupakan single terbaru yang bakal dimuatkan dalam album terbaru 6ixth Sense, Damai Yang Hilang yang khabarnya akan dipasarkan Jun ini.

sixth sense

Gjie, selaku gitaris utama 6ixth Sense, ketika ditemui baru-baru ini di Restoran Sofea Wangsa Maju, menyebut usaha untuk menyampaikan lagu-lagu berunsur islamik ini telah lama mereka perjuangkan.

Antara lagu kami dahulu yang memiliki genre yang hampir serupa ialah lagu Cinta Matiku dan lagu duet bersama Letto, Cinta Yang Sempurna. Kedua-duanya lagu ketuhanan. Kini kami kembali dengan lagu-lagu berunsur nasihat agar kami dan semua peminat mendapat pengajaran dan manfaat. Moga usaha kami mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah."

Apabila ditanya tentang perkembangan terbaru, Gjie mengakui mereka masih sibuk dengan program realiti VERSUS TV9 dan akan kembali fokus pada promosi album terbaru apabila selesai Versus Final pada 8 Jun kelak. Antara rangka promosi yang diaturkan pihak Universal Music ialah tour IPT, showcase TentangKita bersama perunding motivasi Nizal Mohamad dan Idzhar Jumali, serta siri berbuka puasa bersama peminat dan media.

Abang Nara dah dengar lagu Cintaku Padamu Seluas Angkasa menerusi video klip di atas. Sememangnya lagu tersebut menenangkan jiwa dan berkonsepkan ketuhanan seperti yang telah dikatakan. Respek kepada 6ixth Sense yang terus memperjuangkan genre lagu sebegini.

Baca Yang Ini Pulak:-


Cintaku Padamu Seluas Angkasa – <b>6ixth Sense</b> - Munsyeed{Dot}

Posted: 14 May 2012 09:54 PM PDT

Selepas kejayaan single lagu Penerang Hati hasil duet bersama Saujana, kumpulan band terkenal 6ixth Sense kini muncul dengan lagu terbaru berjudul Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat).

Lagu ini ciptaan sepenuhnya oleh Adi, vokalis kumpulan 6ixth Sense dibawah produksi Rumpun Records Sdn Bhd. Produser untuk lagu dan video muzik ini ialah komposer terkenal, Mujahid Abdul Wahab dan beliau dibantu oleh Azalinor Abdul Rahman selaku Pembantu Produser.

6ixth Sense

Menariknya, untuk video muzik kali ini, 6ixth Sense telah menampilkan beberapa personaliti terkenal seperti Nizal Mohamad, DJ Erwan, Affa Nico, Azadan Rabbani, Along Exist, Fitri Haris dan Imam Muda Hassan. Lagu ini juga turut mendapat sokongan vokal dari kumpulan Saujana.

-Munsyeed{Dot}Com

Tentang Penulis

Husaini Hussein menulis 251 artikel dalam blog ini.

Husaini Hussein, pengasas (Founder) Munsyeed{Dot}Com. Masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Undang-undang. Seorang yang positif dengan pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan