Nuffnang

Rabu, 16 Mei 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> Dah Putus Hubungan Dengan Zarina Anjoulie

Posted: 10 May 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2012: Sebaik sahaja pelakon, Zarina Anjoulie Lavocah mencetuskan kontroversi melibatkan dirinya dengan penyanyi, Aliff Aziz di Twitter, penyanyi yang berasal dari Singapura itu mengaku bahawa hubungan mereka sudah pun terputus.

Malah Aliff Aziz berkata, tiada apa lagi yang boleh diulas tentang hubungannya dengan Zarina kerana ianya sudah lama berakhir.

"Selepas kejadian, saya tidak lagi berjumpa dan berhubung dengannya. Saya rasa tiada apa lagi yang boleh diulaskan.

"Cukuplah. Kerana saya anggap isu ini sudahpun berakhir dan rasanya kontroversi yang tercetus itu adalah publisiti murahan sahaja," katanya selepas pelancaran albumnya berjudul Aliff Aziz.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-Sayang itu berkata, apa yang telah berlaku dianggap rencah dalam hidupnya yang sudah bergelar penyanyi selama lima tahun di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd.

"Saya kini lebih matang dan berhati-hati untuk menempuh hari-hari seterusnya sebagai seorang penyanyi yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.

"Lagipun kontroversi sebegini tidak membantu kerjaya pun dan saya tidak akan membiarkan orang lain untuk cuba menjatuhkan karier saya," jelasnya yang baru keluar dengan single terbaru berjuduk Jangan Ganggu Pacarku.

Album ketiga Aliff Aziz sudah berada di pasaran sejak 20 Mac lalu dengan memuatkan 8 buah lagu dan dua minus one.

Sementara itu, Aliff Aziz yang sudah selesa mengembangkan kariernya di sini akui belum bersedia untuk memohon kerakyatan warganera Malaysia.

"Saya bukan tidak mahu, tetapi saya belum bersedia untuk berbuat demikian.

"Biarlah saya kukuhkan kerjaya saya di sini dan bila betul-betul yakin baru saya fikir untuk menjadi penduduk tetap Malaysia," luahnya.

Selain muncul dengan album terbaru, Aliff yang baru selesai penggambaran drama Antara Kita iaitu drama yang menggandingkannya dengan pelakon Anne Ngasri sedang menjalani penggambaran dalam telemovie Vilog bersama pelakon Wawa Zainal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan