Nuffnang

Ahad, 13 Mei 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Almy Nadia Tak Tahu Menahu Hasrat <b>Fizz Fairuz</b> Mahu Melamar

Posted: 08 May 2012 01:02 PM PDT

..

Pelakon Almy Nadia benar-benar terkejut selepas mendengar laporan kekasihnya iaitu Fizz Fairuz berhasrat untuk mengahwininya pada tahun ini.


Memetik kenyataan di mStar, gadis kelahiran Pulau Pinang ini memberitahu, dia tidak dapat memberi sebarang reaksi berhubung kenyataan itu kerana tidak mengetahui apa-apa tentang hasrat pelakon yang baru saja dirai sebagai Pelakon Lelaki Popular ABPBH25.

"Maafkan saya kerana tidak dapat nak komen kerana langsung tidak mengetahui perkara itu dan rasanya tidak patut saya berkata apa-apa mengenai benda yang saya sendiri tidak pasti.

"Saya terkejut dan sejujurnya tidak tahu reaksi apa yang ingin diberi mengenai laporan berkenaan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Fizz dalam satu laporan dalam portal Rotikaya.com semalam memberitahu telah memasang niat untuk mengahwini Almy pada tahun ini dan perkara itu akan menjadi kenyataan selepas ibunya kembali mengerjakan umrah pada bulan Jun depan sebelum menetapkan tarikh pernikahan.

Fizz FairuzFizz Fairuz

Dalam pada itu, Almy berkata, dia bukan cuba mengelak daripada pihak media mengenai perkara tersebut tetapi tidak pernah dimaklumkan oleh Fizz tentang hasrat hatinya itu.

Katanya buat sementara waktu ini biarlah Fizz yang membuat kenyataan kepada pihak media namun dia enggan membuat sebarang kenyataan balas kerana takut tersilap kata.

"Sebelum ini peminat dan media sering bertanya kepada saya mengenai hubungan kami sehingga pada satu tahap saya rasa malu.

"Jadi sekarang biarlah Fizz yang bercakap kepada mengenai hubungan kami kerana tidak manis saya turut bercakap mengenai hal yang saya sendiri tidak tahu dan tidak dimaklumkan," ujarnya.

Bagaimanapun kata Almy, dia mahu mengambil pendekatan untuk membuka mulut apabila tiba masanya nanti bagi menjelaskan semua perkara yang menjadi tanda tanya ramai pihak selama ini.

"Sama ada Fizz masuk meminang atau tidak saya akan beritahu nanti serta mengenai apa yang terjadi tetapi bukan sekarang, suatu hari nanti. Buat masa ini biarlah Fizz yang memberi komen.

"Saya sedar pelbagai tohmahan orang buat mengenai hubungan kami dengan mengatakan bahawa kami telah putus cinta. Rasanya tak baik berkata begitu kerana ia boleh menjadi satu doa buat saya dan Fizz," jelasnya.

- mD

<b>Fizz Fairuz</b> Akui Bakal Kahwini Almy Nadia Tahun Ini, Tunggu Ibu <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 12:22 PM PDT

Tidak ramai sebenarnya pasangan selebriti yang sekian lama bercinta namun sehingga kini belum tiba seru untuk berkahwin dan antara mereka adalah pasangan Fizz Fairuz & Almy Nadia.

Pemegang gelaran Pelakon TV Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 25 ini mengakui beliau ada memasang hasrat untuk berkahwin jika menang pada majlis yang berlangsung pada 8 April yang lalu.

Mengulas sedikit tentang keadaan beliau selepas meraih gelaran tersebut, Fizz Fairuz menolak sebarang dakwaan yang mengatakan beliau kini sudah pandai meletakkan harga lebih tinggi untuk berlakon dalam sesuatu produksi.

"Industri hiburan kita ini kecil, tiada guna saya letak harga. Saya sekarang lebih pentingkan watak untuk saya bawa dalam pembabitan saya selepas ini. Saya mahu penonton puas lihat saya berlakon," ujar Fizz Fairuz ketika di'temui semalam.

Berkaitan hasrat beliau untuk berkahwin, Fizz Fairuz berkata jika di'izinkan Tuhan dan segalanya berjalan seperti apa yang beliau harapkan, perkahwinan dengan kekasih lima tahun Almy Nadia bakal berlangsung sekitar tahun ini juga.

"Memang itu niat saya & dengan izin Tuhan segala gala'nya akan menjadi kenyataan selepas ibu saya kembali mengerjakan umrah. Ibu saya bakal ke Tanah Suci awal Jun ini. Sekembali'nya ibu, kami sekeluarga akan berbincang memilih tarikh sesuai," tambah Fizz Fairuz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan