Nuffnang

Selasa, 29 Mei 2012

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> kecewa dan keliru samada mahu teruskan karier <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 10:37 PM PDT

SIAPA tak kenal pelakon Gambit Saifullah yang suatu ketika dulu pernah timbul isu kecoh di Facebook. Kini beliau menjelaskan dirinya keliru dengan hala tuju kariernya sama ada mahu kekal sebagai seorang pelakon atau melakukan bidang profesional lain setelah kecewa dengan industri seni tempatan.

Gambit atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli, 27, berkata, walaupun dirinya jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan seperjuangan, namun ia bukanlah satu isu besar untuk dia meneroka kerjaya seninya.

"Sudah setahun saya berehat daripada berlakon. Selain kecewa dengan cara kerja industri tempatan, saya masih tak tahu apa yang diinginkan untuk dijadikan sebagai karier tetap.

"Malah saya tak tahu sama ada nak teruskan berlakon atau mungkin sambung belajar dalam bidang psikologi di luar negara.

"Mungkin orang akan kata sudah terlambat untuk berfikir tentang masa depan, tetapi bagi saya, usia bukannya penghalang tetapi kita harus berfikir sebaik-baiknya untuk mengenali diri dan apakah perkara yang boleh membuatkan kita gembira dengan kerja itu," katanya

Tambah graduan Diploma Kejuruteraan Mekanik dan Automotif di Kolej WIT ini, kekeliruan yang melanda mengenai masa depannya itu tiada kaitan dengan kontroversi yang pernah dialaminya sebelum ini.

Kontroversi yang berlaku tiada kaitan pun dengan impian saya dan saya bukan mengejar wang, sebaliknya kepuasan diri.

"Alhamdulillah setakat ini peminat-peminat faham dan masih menyokong dengan setiap perkara yang saya lakukan," ujarnya.

Memandangkan pelakon ini berehat seketika, dia sedang sibuk dengan penerbitan rancangan pelancongan bersama penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat.

"Buat masa ini, fokus saya lebih ke arah kerja di belakang tabir dengan menghasilkan beberapa program dokumentari dan pengembaraan.

"Cuma, dengan apa yang dibuat sekarang, tidak bermakna saya berhenti terus daripada dunia lakonan," tegasnya.

Gambit pernah membintangi filem Misteri Jalan Lama, Cinta, Susuk, Rasukan Ablasa, Hantu Bukit Cina dan Karipap Karipap Cinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan